"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

30 March 2012

terima kasih :D



walaupun dah 4 bulan sy dah berhenti sekolah, dah 2 minggu setelah keputusan spm telah diumumkan, tetapi bg sy masih belum trlambat untuk sy mengucapkan terima kasih khas buat kalian :)

firstly, terima kasih kepada sekolah menengah sains selangor kerana sudi menerima kehadiran sy selama 5 tahun..sungguh ku tak sangka 5 tahun dihabiskan di smss -.-
okay, jump jump to the next point !
terima kasih kepada ayahanda pengetua berdua ; ayah Ardani and sir Paizin kera menerajui smss dan sy bangge berpayung dibawah kalian..terima kasih kerana menjadi ayah ayah sy yang hebat di smss :)
thanks jugak kepada seluruh guru-guru di smss sepanjang tahun 2007 till 2011..ade yg keluar masuk pun..kepada mana mana guru yang telah mengajar sy mahupun tidak, terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan dan menjadikan sy manusia yang berakal :)
and teristimewa untuk batch Genesis 0711..korang tahu tak yg betapa aku bangga masuk di dalam batch nie..yee, mmg terlalu bnyak dugaan yg kita lalui..korang pun paham kan?kita pun mmg nakal yg amat :P tapi itu menjadikan kita semakin dewasa dan packed sesama batch, i really love you guys ! sangat :D
next to senior, batch legend 0307, enigma 0408, revival 0509 and visionaries 0610 kerana banyak membantu sy untuk bergelar pelajar smss..and tak lupa juga pada semua junior, maafkan sy if banyak kesilapan yg sy lakukan pd junior junior sy :) belajar rajin2 eh junior !
emm, tk kan lupa mereka nie para para motivasi sy yang telah menaikkan semangat sy menuju puncak kegemilangan..siapa mereka?
  1. dr. tengku asmadi untuk program map
  2. encik amin idris yg sgt disayangi genesis
  3. encik raja shamri yang penuh pengajaran
itulah mereka..kalau tk kenal, search di encik google ataupun fb sy  ^_^
siapa lagi eh? emm, seluruh kakitangan smss, pak guard, kakak lab, tukang sapu, cleaner, makcik pakcik dobi, kerani kerani pejabat, pemandu bas dan van, abang abang dm,kontruktor yang mmbangunkan smss -.- dan sesiapa sekali yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung !
terima kasih
syukran
xie xie

salam sayang,

29 March 2012

kita kawen nak??



entry nie untuk budak 18 tahun ke atas yee..harap maklum :)

haha, kecoh betull ! berdasarkan tajuk je dah tahu pasal ape kan?
sekarang, kalau tengok drama je, semua cerita cinta..
pasal kawen lah apa semua, tambah lagi sy nie jenis yang kaki novel cinta
semua kisah rumah tangga sweet sweet belaka !
kalau lah ada yang nak tanya, "ada sesiapa nak kahwin tak?"
sah, memang sy lah orang tu yang gatal sangat nak kawen..
weh, kejap..ingat kawen tu benda senang ke?
memang taklah..isy isy, sy nie belumlah matang sgt nak berkahwin tahu
so please jangan gatal sgt nak kawen :P
tapi en, if cerita pasal kawen, sy teruja sangat
betul tak tipu..nak dengar kisah perkahwinan sy? future wedding lah!
sy masih single okay :D
sy nak kawen masa umur sy 26 tahun which mean tahun 2020..
saje nak membangkitkan semangat wawasan 2020, eleh dan dan je kan..hekhek
tarikh diijab kabulkan 20 februari 2020 iaitu hari khamis, malam lah selepas isya'
majlis persandingan sukahati bila-bila pun boleh..23februari kot?
kalau bertunang maybe 3 bulan sebelum tarikh tu kot..
teruja tak nie? sy dah kata, impian perkahwinan sy nampak sgt yang sy gatal nak kawen..
before kawen, sy nak pastikan sy ada master dan sudah bekerja :D
pasal lelaki impian sy? org yg kenal sy mesti kata sy nak yg kaya kan?
hehe, dulu sy pernah kata, sy nak cari anak dato' atau pun tan sri tapi mama kata dorang tu teruk..yeke?ntah, okayje kawan kawan sy yang bergelar anak dato' tu :)
cuba bayangkan kalau ade anak dato' tu yang kaki perempuan, kaki minum apa semua?
sy nak ke? memanglah nakkk, nak mampus! sy taklah segila tu weh!
walaupun duit berkepuk tapi perangai mcm tuttttt buat ape en?
kawen cerai lah nampak gayanye..
so pilihan pertama sy sebagai suami ialah seorang yang beriman..
biar tidak kaya dengan wang ringgit tetapi kaya dengan iman dan rahmat Allah..
sy teringin sangat menjadi makmum pada future hubby sy, tentulah dia yang akan menjadi imam kepada jemaah kami :D
syoknyaaa, solat berjemaah bersama, suami kita pulak tu yang imam..itulah impian sy..
rumah tangga pun harmoni lah agaknya kan?
the first thing is iman, kalau iman dah cantik, insyaAllah semua pun akan cantik..
next, sy nak cari lelaki johor..kenapa johor? sy pun tak tahu..maybe dekat dengan sarawak kot..cehh,kena jugak terbang kan
eh, mana tahu tetiba plan nak bina jambatan antara johor ke kuching, melampau best tu!
then kerja pilot pun best jugak..tahu kenapa? sbb sy cepat bosan dgn lelaki..haha
tp takkisahlah sbb kalau dah jodoh sy, takkan nk bosan kan? ntah ntah semakin tengok, semakin bertambah rasa cinta..okay, shasya dah jiwang -.- stoppp !
kalau boleh, ini impian sy, dah jd prinsip sy pun cuma sy takut tak terlaksana je
prinsip sy, sy nak bercinta selepas berkahwin supaya tiada maksiat yang dilakukan sebelum berkahwin..
sy anti lah dgn perkataan couple tu rasa cam maksiat gila perkataan tu, tu pendapat sy lah..
kalau bercinta lepas kawen kan senang, semua benda dah halal, bukan kumpul dosa tapi pahala yang akan meningkat..betul kan?
tp sy takut sgt apa yang sy ckp nie, sy pulak yg buat..sy takut iman sy tak kuat nak menepis godaan syaitan..
Ya Allah, tolongkan kuatkan iman aku dan hindarlah dari godaan syaitan :)

p/s : jadi pasangan nie mesti bahagia kan? sbb mereka bercinta selepas kahwin tau !

ally iskandar dan farah lee <3
salam sayang,

asah skill memasakk




haiyaa, sudah lama wa tidak masakk woo..
padahal semalam masak bubur ayam dah..
walaupun sekarang sy bergelar penganggur terhormat, tapi mama dah namakan sy bibik !
banyaklahh~~ sy nie dah lah pemalas :P
semua kerja nk buat haruslah tunggu mood datang dulu..woot woot
so hari nie, kakak sy telah pun berkata begini, " balik nanty, kakcik nak ada lauk! "
begitu tegas ye kata kata dia nie..taulah mama kat sabah..koko dia pun lmbat, dekat nak maghrib baru smpai rumah....
pikey punya pikey sampailah tertidur..haha..
bangun bangun, alamak idea takde lagi..
perah dan perah mcm perah kain basah akhirnya sy dpt idea untuk memasak simple je iaitu nasi goreng ayam..fikir tu pun dah penat tau..okay, jom jalankan tujuan di dapur..bertempur!
tengok nasi dulu, sikit sgt, pi masak lagi 3/2 pot..
then potong potong bawang, sosej and carik carik ayam goreng lebih makan tengah hari tadi..
okay, done, jom start..
masak masak masak, rasa rasa..sedap jugak..
tutup api dapur tu dan tadaaaaa, dah siap :D

atas kuali tu jugak snapp !

salam sayang,

27 March 2012

pergi ; bawaku pergi



straight to the point je lah kan?
buat apa nak sembunyi bagai??
entry ini mngenai kes yg agak meningkat naiknya..
siapa tahu?? jeng jeng jeng :P
kes banyak remaja hilang lah lebih2 lagi after beli kad topup..kan? sy takdelah follow sgt cerita cerita nie tp sy dah dgr 3 kes berturutan ttp tempat masih belum sy tahu..haha..tp tak silap sy, remaja perempuan antara berusia 14 - 15 tahun mcm tulah hilang msa nk pegi kedai beli topup..
kes pertama sy tk sure bila berlaku..tp sy tahu bila dia dijumpai..
mengikut surat khabar yg sy tgk, budak remaja itu ditemui di thailand kerana berjaya melarikan diri dari sindiket pelacuran di thailand and thanks to polis thai kerana membantu..
habis kes tu, keluar lah kes remaja berusia 14 dilaporkan hilang diculik..jgn kan mak ayah dia risau, sy nie pun risau jugak kot..dah terbayang bayang sindiket pelacuran..na'uzibillah minzalik..
tau tau sy bace paper bila ntah, remaja tu rupa-rupanya lari ke rumah boyfie nya,,
MasyaAllah..nie lah perangai remaja zaman sekarang..mak ayah punya menangis risaukan anak takut berlaku any kejadian yg menakutkan alih alih sedap je dia dok lepak dgn boyfriend dia !
sy nie mmg lah tk cukup dewasa nk bagi nasihat..yelah, baru setahun jagung ye takk..
tp kan dik, utk adik2 yg dah ada pakwe bagai, kalau dah pakwe tu ajak adik larikan diri dari rumah better adik tinggalkan jelah lelaki tu..confirm tu lelaki yg tak berguna..mcmlah dia yg mengandungkan adik 9 bulan..tup tup tiba tiba nak merampas adik yang masih di bwah tanggungjawab mak ayah lagi..jangan lah buat perangai tk senonoh..mak ayah mana yg seronok anak hilang dik oii..adik fikirlah, kalau lelaki tu berani paksa2 adik pi ikut dia, ntah berapa lagi mangsa dia dok ayat..laki mcm tu mulut mengalahkan manisnya kuih keria tau..taulah lelaki, apa je yg dia nak pada seorang perempuan? sendiri fikir lah..takkan lelaki tu nak ajar si gadis itu cara-cara solat kot -.-..kalau lelaki mcm tu, confirm dia pinang terus buat jadi bini..lelaki2 begini ada pegangan begini, "habis madu sepah dibuang" percayalah ckp sy..lepas dia dpt apa yg dihajati, dia akan tinggalkan mangsa dia..dia akan buat tak ubah seperti sampah..paham tak?? SAMPAH..
gadis nie tinggi nilainya bagi seorang lelaki yang beriman dan tahu berfikir bukannya dibuat patung mainan..

di sini juga sy ingin menyentuh mengenai lagu yg dibawa oleh kaka dan zizan, tajuk dia bawaku pegi
tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

just nak cakaplah, hangpa jangan lah pulak pi salahkan lagu nie..hangpa yg dok pikey negatif..baik hangpa salahkan diri hangpa yg gatay sgt tu..ada hati nooo nak salahkan lagu2 nie..jangan taktau, cek suka lagu nie lagi2 part dia kata buku merah tu..punyalah berpusing kepala otak cek dok pkey apa buku merah yg tak mau di bagi expired tu..pkey punya pkey rupanya buku passport -.- bagi pening sajalah..eh, berbalik balik..cubalah hangpa pkey yg lagu tu pasai orang tu nak belajaq oversea ka? nak melawat sedara dia kat london ka? hangpa jangan kata lagu nie yg ajaq hangpa lari..bukan susah nk pkey positif tau..cek tau mmg susah pun..tp semua bermula dari diri hangpa sendiri..bukan zizan mahupun kaka :D


salam sayang,

klik klik :D

cinta baru : mentor 6




seumur hidup, first time sy layan mentor ! mentor 6 plak tu..hehe..yelah, af kan dah takde..hehe
memandangkan jugak sy tgk jurnal, ujibakat apa semua so sy minatlah nk tgk mentor 6 :)


antara peserta dia, battle A : faizal tahir - anas , ramlah ram - tisha , ferhad - tisha (selepas wanie terpaksa diberhentiakn :( )
battle B : ogy ahmad daud - zatul , adam - KJ , ella - caroline
nk tau sp yg minat sy?? haha..joking lah for sure..mestilah yg sy minat..hmm, tekalah??
confirmlah faizal tahir..eh tak tak..protege dia lah..anas ridzuan :) dah mcm hermantino dah..haha



mmg lah sy minat anas sbb sy minat faizal tahir tp ada satu yg sy suka kt dia..bila dia kata mak dia suruh dia jd ustaz..
ustaz anas eh??dulu2 dia join nasyid..haha, bagus kan? mcm tulah sy nak cari artis yg bagus..mcm faizal tahir jugak kan?
then ade satu part kt jurnal mentor, diorg tgh trainig then faizal ckp suara anas serak..anas tk cukup tidur so faizal kasi dia bantal suruh tido lepas tu en en en...
faizal kasi sejadah then faizal ckp, " Maghrib karang bangun, tk bangun kang, pangggggg!!! lurus rambut kau bngun nanti"
sy suka sy suka sy suka :) dia solat!! hee..susah nk cari artis mcm tu en? yeke? ntah..sy pun tk tahu..
semalam sy tgk dia perform..BEST smpai kak pah nagis diorg nyanyi lagu InsyaAllah..sampailah katekan..then dpt markah tnggi semalam ; 79 :) tnggi lah jugak for the first week..juri kasi 45/50 kott!
so ustaz anas, sy doakan kejayaan anas..nk jadi peminat tegar nie..haha.. :P jangan lupa diri dan bodoh sombong ! jangan tinggal perintah Allah and gud luck eh :D

salam sayang,

hari nie ; 26mac2012




hai !
penat balik dr kl tk habis lg !
dah lah time nak amik bag tu, ada insiden memalukan..malu ! tp rahsiaaa :P ttteeetttttt !!!
today, mama fly ke sabah..lepas anta mama ke airport, sy and kakcik pegi bank, ada urusan jap..
then g the spring..igt nak tengok wyg, tp tkde cerita best lah..dgn sy nie yg menahan sakit perut dr subuh td !
then, shopping kasut kat padini, teruja gler sbb sale :) borong 2 kasut..taklah semahal korg punye :)


siap ada kembar lg dgn kasut kakcik :D sempat jugak sy main token yg shoot the ball tu..

then, makan burger sugar bun and ice jagung (selepas menigidam dari tahun 2008) haha, lame en?


dapatlah makan gak td..then baliklah rumahh..igt petang tu nak pegi kedai popular, nk beli buku spm..nak kasi otak gerak lah..
jammed tk buat apa apa..tp perut bergelodak..sakit, badan pun tk sedap..so kakcik pegi popular sorg2 and belikan sy pil chi kit te aun..tp tk sembuh pun!
dr subuh td smpai sekarang dah 6 kali masuk toilet buang ape yg patut..Ya Allah, seksanya..sabar jelah..tk tau apa punca..doakan sy cepat sembuh eh :)

salam sayang,

seketika di sana :)




hai ! as you all know, sy telah 'mengembara' ke KL bertujuan mengambil result spm :)
dari 21 mac sampailah ke 25 mac sy di sana..sempatlah beli 3 novel ; cinta kau dan aku, aku bukan mistress and kan kukejar cinta kamu plus novel ainwani kasi ; cinta perisa dia ! sy stay kat shah alam bersama kakak ipar sy, kak siti :)
merasa lah jugak pegi icity en??haha, takdelah kampung sgt en -.- hihi~~
after dinner pukul 6.30 ptg, ktorg pun pegi icity berpandukan signboard ! thanks to signboard :P
after parking semua2 ktorg pun jalan..besar lah jugak sbb penat kott..haha, then pegi bangunan yg ada kfc and 7eleven..nk pecah duit and nk bayar autopay..
then cariklah surau, ade dekat snowhall..pegi punya pegi, ALLAH ! keciknyaaaaa..kalau nk amek air wudhu pun kena g toilet..tgk lah toilet kt sana en..then dlm 1 toilet tu, dia tmpal gmbar lelaki and perempuan which mean tandas kongsi !
OH NOOO !! tidak mungkin ! then nmpak 1 notis yg tertampal..
"surau yg lebih selesa ada berdekatan kedai mamak belakang kfc"
haihhhh..apehall?? baru lepas balik dari tempat tu..jalan punya jalan, kena balik tempat tu balik..
terpakselah jalan balik en..besar lah jugak tp surau campur and tkde kain pemisah..tmpat cantik tp surau??
sendiri fikir okayy..kita kan negara Islam..jaga2 lah jugak surau :)
after solat, jalan2 balik..sy sempat main swinggg :) rm5 per person ! haha
then sy ngn kak siti try spacewalk (rm20 per cable car)nasib baik bestt walaupun agak gayat kalau pusing2 stereng tu..
enjoyy sgt ! thx kak siti :) then balik lah ke ciast, shah alam..sesat banyak kali -.- !!
gerak pkul 9.30, smpai sane dekat nk pukul 11.oo kot..haha, biasalah..itulah try an error en? 
akhirnya smpai jugak kan :) peace..enjoy the pics yaaa :D











p/s : dpt tangkap gambar nie senyap senyap...syhhhhh!!! bertambahlah dosa aku nih!



salam sayang,

23 March 2012

terima kasih Ya Allah :)



azab result spm dah lepas ! yeah, Alhamdulillahh
start dlm erl, barulah ada rasa debaran yg makin cuak !
dup dap dup dap..
smpai sekolah dah, park bag jap..
okay, taknak masuk dewan ! cuak ahh
then merayau jap..jumpa diba..
dia tnya result then i say, " tk tahu lg, blom ambil "
then diba said, "ambiklah, kau takkan sangke result kau punya..aku pn trkejut kott "
okay fine, sy melangkah ke dewan..
sumpah berdebar !
then nampak ustazah hilmoon,
pegi duduk situ..
takde bayaran ape2..
then mnghadap pulak cikgu intan..
then dia bg slipp..
taraaaa..
huh? eh? sumpah tk jangke..
ye, mmglah tk straight tp itu sudah memadai kott..
bak kata cikgu intan, "sama ngn pres awk " :P
haha, nasiblah kan..
hari itu sy sgt gembira..
sy bersyukur sgt..
terima kasih ya Allah atas kurniaan rezeki Kau berikan padaku..:D
nk tau ke result berapa ?
biasa biasa je lah..betul, tk caye??
kan??

tk boleh kasi besar2 :P
salam sayang,

20 March 2012

esok 21 mac..so?



lama tk post kan?
just before sy tkde mood lepas nie
just nak announce awal2..poyo je!
esok kan 21 mac??
memanglah..abes tuu?
eh hello, tanya sikit budak yg berusia 18 tahun, tahun 2012 nie..
esok result spm keluar kott !
mana tak cuak..
cuak gelabah semua ah..
just pray for me yeh?
esok pg, fly to kl and my school just to get result..wish me luck :)
doakan sy ye :) tQ
Ya Allah, Kau anugerahkanlah keputusan terbaik untuk aku dan batch aku :)

salam sayang penuh debaran,

17 March 2012

beloved 5setia in memory :)





dah lama nak buat post pasal nih..kenapa 5 setia??
kenapa tak 1,2,3 usaha? 4 maju ke?
sy memilih 5 setia sbb nie kelas the latest and sy sgt sygkan classmates sy nie..betull :)
nak kenal dgn diorang tk??
jom :D


5setia 2011 :D



first kena kenal guru kelas dulu :

ustazah hilmoon - rindu kat dia kan..sure semua syg dia kan?? especially kalau dia mgajar bab kawen -,- kenal sgt dah korg nie :)

cikgu haslah - baik korg ckp korg rindu dia sbb aku rindu dia..sapa nk join..mmg lah dia garang, dah tu style dia, terima jelah..kita dah habis sekolah pun -,-

kaum putera :

aiman afif - inilah ketua kelas yg dilantik secara demokratik..ye ke?? ye laa..berdedikasi ke takk?? pi tanya aiman sendiri :) inilah kwn perwira aku yg suka sgt duduk atas meja dan aku akn marah dia kalau dia duduk atas meja aku :)

azri azizi - lelaki berlagak :) dia tahu aku cakap dia berlagak..haha..itu satu gurauan yg mengingatkan aku kat kau :) bahirah apa cer?

amir ehsan - pres aku :) tak habis habis bercerita pasal ketegapan badan dia yg sekeping tuu..sorry amir.. yelah, kau taf :) dan sering mengelat bila di sebut psl stf..haha..budak pandai nie, kan amir?

heykal - aku igt utk eja nama kau begini :) penuh dgn cerita cerita..bakal photographer eh heykal?? and aku masih simpan impian nak jumpe adik bongsu kau tu :)

john - saingan sengit aku dalam add math tp dia yg asyik menang..kau pndai pun -,- ..inilah lelaki yg popular.. tanyalah 1 sekolah termasuk cikgu cikgu sekali..sape tak kenal john kan?

harith - lama tak panggil tono..aku tak suka panggil kau tono tp kdg2 panggil jugak kan..haha..budak band yg hot kott :) dlm kalangan dak ssp?? haha, sorry, gurau saja

fathi - budak pra-matang yg aku baru kenal masa f5 kot..kembar bday mama aku..haha..aku suka tanya soalan agama kt dia walaupun dia baru nak matang..haha..fathi, gmbar 'tadika' kau masih aku simpan :)

ns - oit unta..haha..budak paling bnyak scandal..kan kan kan? dia nie pun banyak cerita jugak..akan bengang
bila pakcik halim dikatakan abg dia..haha, sapa suruh ayah kau awet muda?? patung kau bagi, aku simpan lagi kott..

naim - budak yg paling hambar, finelah..lawak lah jugak kadang kadang..and ayat dia mmg berbisa..pada yg mudah tersentuh especially wanita, beware of naim..aku dah pernah rasa ayat pedas dia ! perghh

dak boys ada 9 org je kan?? kot kot ade yg tertinggal
okay, budak girls pulak : berapa org? 19 kan kan??

dja nunu - budak yg duduk sebelah aku..kau mmg suka pun berada di sisi aku kan?? chewah..aku sekelas dengan dia about 4 tahun setengah gara gara f4 rombak kelas balik -,- nie lah kwn aku yg terapat

sara massie - penolong aiman,nie bakal kakak ipar aku :P haha, just kidding ! tempat aku bercerita dekat sara nie lah.. sebelah dorm aku pun, lagilah selalu berkunjung kan..and umi kau mmg sangat baikla..umi kau kan umi aku jugak :)

zati zali - masa masa kita banyak habis kat study room kan drpd dorm? haha..study lah sgt kan ti? kita paling kerap bergaduh eh? mane taknye, dua2 pun senstif..haha..geng hindustan aku..kongsi separuh shahid kapoor eh eh?? igt kita tgk penunggu istana kt dorm kau?? haha, kita dua yg jd penunggu ketakutan!

sarah badri - setiap kali lalu dorm kau, mesti aku toleh kat katil kau..kdg2 curik lah jugak masa masuk.. takpun mlm2 mesti sidai kat luar atau bertenggek bergayut kt tembok dorm..haha..rindu segala kenangan dgn kau..bnyk jugak kau simpan rahsia aku en??

byha - hai kembar ! bila agaknya awk nk mngaku sy nie kembar awk jugak eh??haha..rindu nak mintak 5 minit dgn awk kalau sy dah ngntok sgt ! how's plkn?? mantap tak?? and and rindu nak picit pipi awak yg cubby dr sy :)

dura - kita baru boleh cipta rekod kan?? classmates 5 tahun, sebelah dorm pun 5 tahun..gempak kan??haha rindu dgn lukisan lukisan kau tu..kau kn kreatif :) aku doakan kau berjaya jd owner kedai patung as you wished before..

nad - yo naddo :) rindu nk dgr kau ckp "apa sha.." setiap kali aku buat lawak hambar..5 tahun dok dorm sebelah kan??eh tak tak..ade stahun kau kena melompat ke atas sebelum kau dibawak semula ke 2.7 hahah, kesian :)

anod - kau mmg suka lyn hambar aku dgn mngatekan " ye sha", aku igt kot !eleh, kau pun kaki hambar jugak kan??jgn tk ngaku..haha,keeper hoki yg berjaya nie, jgn main main :)

umi - umi :) suka sebut nama kau bila jumpa kau..haha,,bnyak jugak cerita kita dua..psl kek batik kau, pasal family kau sume..dorg semua okay?? jgn sedih sedih umi :) aku kan kwn yg berada di sisi kau..chewah

tikah - wa rindu sama luu wa ckp lu :) haha..senyuman tak pernah tak lebar ye kak..tp kalau emo, aku pun cuak tik ! jgn emo emo..skrang da jd pnjaga kanak kanak kan? ibu yg pnyayang lah katekan..

mahe - rindu tummy mahe :) hehe, itu rahsia kita tau..mahe yg comel dan sentiasa comel..mahe si budak pndai lame dah tk panggil mahe eyya kan? tk tahu apa motif mahe kumpul plastik kit kat kt bwh meja tu -,-

ija - rindu nk dgr suare ija..haha, gelak sikit ija..kalau jd komander kt kem plkn nie, semua suka ija..haha suka duduk sblah shasya bila time kelas add math yg petang petang tu..ape ntah nama dia..lupa pulak..

zaza - hai jiran bday :) kau suka tnya soalan yg aku blank nk jwb..hey pkb, happy bkerjasama dgn kau tau  :) rindu sparks takk??

mar - nak tau ape yg paling aku rindu pasal kau?? ape lagi, mestilah gelak kau tu yg sorg pun tak boleh lawan. betul takk?? and jugak kasut sekolah kau yg bising tu -,- hahah

khal - kau mesti rindu kan?? haha, perasan kejap..aku kan pnyandar kau time bio..dan kau pendodoi aku dgn selawat dodoi utk baby tuu..nasib baik tak kantoi tdo dgn  teacher syamsinar, kalau tk aku ckp  jela kau yg dodoikan aku..

dba - mana kau menghilang eh?? lame gila tk dgr cerita pasal kau..igt janji kau nk bwak aku g klantan tu?? hee, aku mana lupa..bila la agaknya eh :)

farah - hey ya..kau nie pun suka gak melayan lawak hmbar aku kan?? haha, terasa di hargai apa..msok bab study, kau dah serius dah..takut takut..aku doakan kau berjaya farah :)

emelia - nasib baik tk lupa ! makin nk habis sekolah, makin aktif eli bergurau dgn sarah badri,,haha..dah lama nk ckp nie tp terlupa..tyme dinner batch ritu, you totally look diff..cantik kot :)

semua dah kan?? mmg lah 18 je..takkan aku nk letak pasal aku and aku rindu diri sendiri..sewel agaknya..haha..sumpah aku rindu korg..kalau tk rindu, takdelah aku buat entry nie utk korg kan..siap ada gmbr kita lg..atas ehsan org yg tag aku kt gmbr tu..thx..korg akn membuatkan aku takkan lupa kt korg and Genesis too..rabu dpn, result keluar kan?? aku doakan yg terbaik utk korg and genesis and heyy, sape kata 5setia tak hebat..bak dtg ah..kan kan? good luck guys :) and till we meet again :)

salam sayang penuh kerinduan :)

16 March 2012

kal ho naa ho :')




starring :

shah rukh khan as aman

preity zinta as naina

saif ali khan as rohit

hi, just wanna share about this movie :) yess, i do have this cd long time ago..
and tengok pun time kecik kecik je..so taklah igt sgt..tp i noe that this story is so sad :(
so bila nampak je iklan kat tv2 yg kal ho naa ho akan disiarkan, ape lagi..
mata yang selalu ngntok pukul 11 pun boleh bertahan smpai 1.30 pagi !
tekad kott :) sbb tak igt sgt cerita nie..cd dia pun dah hilang :P
so, sy sorg je lah stayup kat bilik mama smata-mata nak tengok cerita nie..
nie summary cerita nie :)

naina ada family trdiri mak dia, nenek dia, seorg adik lelaki and seorang adik perempuan..keluarga dia asyik bertengkar especially mak dgn nenek dia sbb adik prempuan dia named gia tu actually anak angkat and ayah dia tu mati sebab bunuh diri..lagilah nenek dia tak suka mak dia kan..so hidup naina penuh dgn masalah dan dia asyik membebel and tak pernah tersenyum..oh ya, dia ada kwn nama sweetu and rohit, a playboy kott..tp dia kwn yg baik utk naina..smpailah one fine day, aman jadi jiran dia..
aman such a nice guy,,dia try kembalikan senyuman naina, dia menceriakan keadaan family naina..dia jugak bongkarkan rahsia kat nenek naina yg gia tu sbenarnya anak ayah naina hasil hbungan sulit..mak gia tak snggup nak bela gia so mak naina yg sanggup jaga..nenek dia pun mnyesal but this part kat akhir akhir lah..we move to their love story :)
bila naina rasa dia dah jatuh cinta dgn aman, dia bercdg nak gtau rohit..
at the same time, rohit dah jatuh cinta kat naina..rohit bgtau aman..
aman cdgkan bgtau naina..
so naina pegilah jumpa rohit..
bila naina ckp dia suka aman, rohit tk sempat ckp dia suka naina sbb dia terlalu terkejut and speechless i think..rohit suruh dia luahkan kat aman..then rohit call aman cp naina suka aman..
jadilah cinta 3 segi..haha
bila naina ke rumah aman nak ckp dia suka aman, suddenly dia nampak ada photo aman dgn seorg prempuan in pakaian pengantin..aman kata tu priya, isteri aman..naina pun kecewa..
dia nangis terukk.. aman lagilah teruk sebab dia sgt sgt cintakan naina tp dia tak boleh mngaku !
so, aman tolong rohit dptkan naina balik in 6 days and rohit berjaya..tapi kantoi dgn naina yg rohit dgn aman berpakat..naina rasa rohit tu tak ikhlas lah..then aman try pujuk dia..
aman bacakan diari rohit depan naina tentang perasaan rohit kat naina..sebenarnya diari tu kosong je, tu lebih kpd luahan aman kat naina tp atas nama rohit..mcm peribahasa lembu punya susu, sapi dpt nama :)
naina pun setuju nak kawen dgn rohit..by the time dia nak beli cincin tu, dia tersempak dgn priya..
dia tegurlah..then priya kata dia dtg ngn suami dia..kan naina igt suami dia aman..
tup tup, suami dia org lain, abbay..
abbay pegi cerita yg aman tak boleh hidup lama..
rupa rupanya, priya tu doktor aman..aman ada penyakit hati yg lemah and dia mmg tk dpt hidup lama..
naina dah tahu yg aman mmg cintakan dia tp aman ckp kat rohit, kau kena jaga dia and jgn lepaskan naina..
the end dia, naina kawen dgn rohit, and aman akhirnya mati :'(

komen sy : sumpah sedih ! yelah, aman sgt cintakan naina tp dia tak boleh nk mngaku sbb masa dia hidup tak lama..bnyak dia korbankan utk ceriakan hidup orang lain..very nice guy kan..sedih sgt, habis 5 helai tisu lencun dgn air mata..jgn main main, sy nie berjiwa sensitif tau dgn air mata :)
btw, maksud kah ho naa ho itu : jika esok sudah tiada :')
ape ape pun, hero di hati sy tetap dia,
si aamir khan :)
salam sayang,