"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

28 November 2014

Trauma

Assalam. Hai.

Aku trauma.

Haih. Pagi td aku mengalami minor accident. Moto. Alhamdulillah tak langgar orang, cedera tak pun.

Cuma trauma. Dan lebih teruk. Itu moto orang. Dan aku yg bawak moto tu. Dan tuan dia kat belakang aku. Dan tuan dia tercampak. Aku kena hempap je. Dia tercampak. Sian pinggang dia.

Gila tak rasa bersalah weh? Kalau tak bersalah tu dia gila.

Lepas tu aku kena bawak moto ptg tu lepas hantar dia ke bus stop. Gigil aku bawak. Bila nk belok rasa nk jatuh. Serius aku trauma bawak ouh.

Alhamdulillah utk nikmat masih hidup.

25 November 2014

Perasaan

Apa yang kita rasa bila orang lain takut nak cakap dengan kita sebab kita mmg jenis kecik hati?

Bangga kah?
Atau kenapa kah?

Entah saja bertanya. Adakah kita akan stay menjadi seorg yg mudah kecik hati atau kita try to overcome?

Penat tau kalau kita sibuk jaga hati orang sampai hati kita rasa sakit. Sampai dah tak tau nak buat apa bila asyik hati sakit. Buat bodoh?

Tau tak camne rasa hati sakit? Bila kita sedar kita dh terkecikkan hati org, kita cecepat mintak maaf. Tapi kita masih di bolayan kan oleh dia. Sakit tau sakit?

Entah tak matured ke tu? Sape tak matured kita ke orang?

Yg aku tau aku penat dah nk ungkap perkataan "kau okay ke" "kau kenapa ni". Penat. Entah. Sbb aku kot selalu jd punca org tak okay. Aku manusia. Mmg manusia tak sempurna. Tapi aku ni manusia disaster.

Sila jauhkan diri daripada aku. Sbb aku taknak dah sakitkan hati org. At least hati aku pun kurang sakit kan?

Penat,
Shasya.

Assalamualaikum.

17 November 2014

Disaster

Assalamualaikum.

Last week was a disaster. I felt lost, lazy as well. Bila balik melaka rasa takmau jejak uia. And why is that? I donno. *sigh

Kenapalah rasa mcm ni eh? Tau tak tau tak? Penat ah cenggini weh. Bermain dgn perasaan. Otak tk berhenti pkey segala perkara buruk di kepala.

Nk tau apa yg lagi penat? Bila kena jaga hati org. Tu masyaAllah penat. But well mungkin lah ada ganjaran. Entah. Aku taktau jaga hati org tu baik ke tak sampai abai hati sendiri. Tu zalimi diri sendiri tak? Entah.

See aku merepek? Sbb otak aku tak berfungsi dgn begitu baik ye tuan2 dan puan2. Menulis ni pun sbb rasa bosan tatau nk buat apa sambil tunggu ktm lama benar takut tak buat apa kang pergi terjun landasan kesian mama papa kang *baca dlm satu nafas*

Haa ritu en aku beli novel ustaz pink. Omaii rasa nk kawen ngan lecturer tp masalahnya lecturer kita semua dh tua cemanaaaaa? Heh. Dh lah otak takyah berangan okay? Okay? Kbye.

Oh moga Allah permudahkan minggu baru ini yee terima kasih.

11 November 2014

perlu ke perbandingan?


curik masa sikittt. sikittt je janji. esok ada dua kuiz muahahaha.

semalam tulis blog pastu post dr fon pastu dr semalam publishing ntah bila nk published ntah alamat mmg tak arr.

okay. saje nak luah. mesti student mama suka kakcik kan. sbb kakcik peramah. ritu dorg pegi berkelah students ngan lecturers. mama bawak kakcik. tgk the way kakcik upload gambar dorg mmg cam dh jd kawan rapat gittuw. siap panggil kak fatin lg. sbb kakcik tua setahun. bhaha.

pastu terfikir balik, masa taun lepas aku ikut mama berkelah ngan dorg gak. but well aku kan kdg2 introvert. so aku tak bergaul ngan dorg. melainkan dorg tegur aku. mesti dorg cop aku sombong kan kan kan? haih.

untung aa kakcik peramah. menci. sbb tu mama syg kakcik. bahahahah *ayat org jeles*

tak pun. bersyukur lah aku masih hidup dan ada mama, kakcik, family. bersyukur k bersyukur. tak perlu pun nk buat perbandingan. kalau shasya nak jd kakcik, sape nk jadi shasya?

so biar shasya je yg jadi shasya k. cukup. no need to compare.

salam sayang,


06 November 2014

Malu lah!


Hectic week as usual. Well.

Last monday, i perform my isyak prayer at mosque. Then after finished du'a, one sister who's sat next next *read as twice k?* to me asked a question. Oh oh, her name is Alef *i dunno how to spell*.

She said, "i followed mazhab hanafi and after isyak prayer, we will pray 3 more rakaah."

i asked her, what solah is that.

and then she said witr.

i replied, "ohh, we're usually pray witr before we're going to bed."

sambil senyum aku mintak diri. terasa ada batu hempap kepala.

kau cakap solat witir before tdo. betul lah tu. tak salah pun. cuma kau buat ke tak?

tak.

jawapan yg sentap diri sendiri.

aduhh. malu tau malu? cakap bagai rak, confident but yet you didnt perform pun. well, yup its sunnah. but then can you feel?

analogi kau cerita kat org gah nya cara memasak ayam bakar tandoori. but then org kata, "hebatnyaa awak reti masak" pastu kau jawab "eh taklah, sy mana pernah masak pun."

gila tak malu ke? apesal aku yg malu utk itu?

malu lah pada perkara sunat yg anda malas buat tapi rajin scroll insta, rajin tweet, rajin tulis blog. erkk.

tau cane nak atasi malu tu? well easy. maka mula lah berbuat perkara itu. at least lepas ni jawab ngan konpiden sikit pliss.

pray for me. esok ngan ahad ada midsem. may Allah ease us!



salam sayang,

02 November 2014

Bersabarlah


Masih mencari masa dan diri aku sendiri. Aku dah jadi orang lain. Sememeh. Serabut. Gelabah. Heh.

Biasalah, Masa tengah kejar aku kaw kaw. Aku bukan sprinter. Aku pun reti penat jugak. Maka aku berhenti. Tercungap. Masa masih mengejar. Dia tak kenal erti penat eh? Pfft.

"Dan kerana TuhanMu, bersabarlah." [74:7]

Aku belajar satu benda. Busy mana kita pun, jaga ibadat. Jangan sebab busy dengan exam, maka kita solat biasa lima minit jadi seminit, quran ntah ke mana, mathurat ke mana. Sebab masa tu Allah punya. Percaya kat Allah tak? Kalau cemtu, percayalah, makin banyak kita luang masa untuk Allah, maka Allah akan lapangkan masa kita walau sisibuk mana kita mengalahkan pak PM kita. Wallahi tak tipu. Tak caya, cuba buat. May Allah bless.

Salam Sayang,