"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

16 October 2016

Day 290 of 366: Third Year

Alhamdulillah. Tahun ni dah tahun ketiga semester 1 which mean dah habis 2 years of studying. Dan minggu ni dah tujuh minggu start new semester. (Masa taip ni awal sem, masa post tau2 dah tengah sem kehkeh)

Have to admit, workload semakin bertambah.Seperti tambahnya tahun belajar.

Okay. Tiga minggu gak lah peram entry ni. Kan tadi aku cakap aku busy. Hectic gak lah. Daripada before start sem nak tgk movie miracle in cell no 7 sampai la ni tak tengok lagi nak cakap tahap busy nya tu. Selebihnya adalah drama. Maaf.

Sebenarnya point utama mengenai mahallah dan teman sebilik. Dari tahun pertama sampai kedua duduk blok G. Level 3. Bilik kalau tukar pun sebelah je. 3.6 dan 3.5. For 2 years aku adapt suasana situ tapi tahun ketiga ni kena pindah. Dengan alasan blok tu untuk mereka yang ambil shor semester sahaja. K.

Dan of course roommate aku semua baru. Alah baru tak baru, sebenarnya dorang ni jiran bilik masa second year. Biasa lah buat lawatan bilik tp bukan sehingga bermalam. First night masa ahad tu aku dah tdo bilik roommate lama dekat block g. Sebab apa? Yes aku tak boleh move on. Aku susah sebenarnya nak terima sesuatu perubahan. Boleh terima. Cuma tu lah perlukan masa. Aku nak adapt degree life pun take time for a month. Nak adapt majoring pun sama lama.

Dengan masalah bertimpa pada hari itu. Mesin basuh blok aku rosak pulak. Wifi pun cam tak best sgt. Tp better lah dari sem lepas. Dengan toilet jauh dr bilik. Before ni bilik point 5, 6 je. Even bilik roommate lama pun 3.7. Tapi bilik aku point 1. Which was the far (farest tak wujud kan? 😅) Pendek kata, cuma satu hari tp aku ada banyak sangat complain. Complain yg buat aku rasa aku nak kembali masa lalu. Tapi aku ambil langkah berdiam diri. Dan terima. Yelah, aku bilik kat situ for a year tau. Takkan selamanya nak memberontak? Memang the only way is to accept it. You don't need to be fast. Biar slow tapi terima lah.

So itu cerita aku tiga minggu yang lalu. So how's now? Alhamdulillah. Thats the answer in a nutshell. Roommate aku yang baru semua sejenis bangun awal (read: dan senang bangun), tak suka bukak lampu tengah dan suka kunci pintu bilik. Which are sangat sangat lah berlainan tau. Aku ni dah lah susah nak bangun pagi hatta dengan bunyi alarm pun. Dan bilik lama pun biasa terang2. Dan ktorg lepak je pasal kunci ni. Nak mandi pun kenkadang biar je bilik tak berkunci padahal manade orang pun. Tapi as i said. Terima perubahan dengan hati terbuka.

Oh btw, my roommate dua org tu jiran (sorg sama negeri so no need to rindu kelaka bahasa sarawak gik) and the other one junior and tak kenal pun. Tp dah berkenalan lah haha. Lama2 dah terbiasa dgn tabiat mereka.Dorang ni pun okay bila kena kejut aku yg liat bebenor ini. Sama mcm roommate dulu yg gigih kejut aku :')

Lepas tu aku perasan satu benda. Roommate aku ni bagus bebenor. Bangun sesubuh terus mandi. Lepas solat subuh dah pasang zikir dekat lappy, baca quran. Manada tido lepas subuh dah. Lepastu siap pi kelas bapak awal. So disebabkan tu, aku ni pun reti lah jugak rasa malu. Sekarang alhamdulillah aku mandi pun dah awal, pergi kelas pun awal. Aku yg dulu kelas pukul 8.30, pukul 8 baru nak pi mandi. La ni 7.15 mandi weh 😂Aku pun terkejut dgn perubahan diri aku. Tp kalau benda ni elok so why not kan? Lepas tu rasa best pulak siap awal2 ni. Hewhew.

Moga perubahan seorang shasya selamanya lah baru jadi calon menantu mak mentua kah!

Bye!

P/s: updated. Since this is eighth ke seventh week ntah, workload aku semakin bertambah. Dan aku dah jd mrc asiah wuwuwuw penat kei. Minggu ni ada pat midterm. Doakan aku ye.