"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

09 August 2015

Sehari di Melaka

Hai gais assalamualaikum. Disebabkan quiz sem ni dah habis. Pnp pun dah habis tinggal kelas soal jawab je. So rajin pulak nak menaip. Eh selamat hari raya guys .

Okaylah hari tu aku pergi melaka patutnya 2 hari 1 malam bertukar kpd 2 hari 2 mlm dan akhirnya bawak ke 3 hari 3 mlm. Ktorg bertolak khamis mlm sampai ahad siang tu balik uia balik. Cost for backpacking ni dlm 200 gak ah. Ni pun meleweh makan cendol, buat keychain, siap beli kerepek koo. Haha. Ni pun kira murah sbb 3 malam tu menumpang rumah along ngan kak siti. Lepas tu yg bawak2 jenjalan pakai kereta tak pernah naik public transports pun hihihih manja betul.

So i just wanna share 1 day di melaka. Sbb hari jumaat tu mmg hari melawat melaka ah. So pepagi bertolak dr paya rumput pukul 9.30 pagi pergi parking kereta kat dataran pahlawan. First sekali pergi naik afamosa punya bangunan tu. Penat mak aihh. Pastu turun and jalan dekat situ. Memang mengundang peluh gak ah. Lagi2 aku pakai baju kurung. Lamanya sbb banyak bergambar. Sepanjang kau jalan pusing tu mmg banyak sgt tempat menarik utk kau amek gambar. Kira ktorg spend masa banyak gak ah kat situ. Banyak tempat bersejarah yg korg leh masuk. Ada berbayar ada tak. Jalan kaki je. Penat naik lah beca. Hahaha. Beca dah cecantik ada hello kitty ada frozen. Tukang bawak je tak berapa cantik 

Lepas je bergambar di laman hipstur ktorg pekena abc ngan cendol rm3.80. Lepas tu jenjalan jap dlm dp aku teringin nk gi heritage punya kedai dpt lah keychain tulis nama Yasmin. Dpt beli kerepeks apak sedap! Haha pastu ktorg solat zohor kt mahkota parade. Lepas tu ktorg lunch. Patutnya nk gi kedai asam pedas tapi tutup puleks so makan je lah kat kedai memana. Aku mkn nasi campur ayam masak merah, sayur kacang, kuah asam pedas ngan air teh o ais limau for only rm6.90 kira worth lah kan sbb makan kat luar? Kalau makan kt dlm uia ngamok mahai. Hahahaha.

Then after tu singgah jap telaga hang tuah. Rupanya dlm tu ada rumah tradisional melayu melaka  yg di buat pamer. Sape nk masuk amek gambar jemput bayar rm2 sorg. Tp mmg aku cakap rumah dia mmg sumpah lawa. Sumpah tak bohong weh. Mmg lawa. Nanti aku masukkan gambar2 berkenaan.
Lepas tu ktorg dibawak ke rumah berg utk beraya. Kuey teow goreng, biskut2 raya rumah berg bapak sedap mak dia buat wehhhh. Tak pernah aku suka cmtu ngan kuih semperit mak diaaaa betul sedap.
Ptg tu sambung perjalan ke pantai klebang. Sebelum tu singgah beli coconut shake kay batu berendam. Mmg lah coconut shake klebang sedap tapi berg kata dia malas nk beratur so okay. So kay klebang nore to photo shoot and sight seeing je lah. Menghargai ciptaan Tuhan yg mmg subhanaAllah. Wow. Mesmerized gituu.

Lepas maghrib ktorg pergi river cruise pulak. Sbb dh dikira harga weekend, so satu tiket for rm15.90. Pusing2 sungai jauh gak ah pusing dia worth lah jugak. Walaupun ada bau busuk kdg2 menyampuk hidung *bm fail*. Tp pemandangan malam2 cantik ngan lampu2. Disajikan pulak ngan lagu melaka zaman dulu yg amatlah kelakau. Hahahaha. Lepas tu balik rumahhhh dh. Lepas tu aku keluar balik ngan along beli dinner. Lepas tu tdo dgn nyenyaknya. Dah hanis cerita satu hari. 

Thanks berg bawak jenjalan kat melaka. Thanks along ngan kak siti tumpangkan rumah ngan belanja dinner! Nanti bebila aku update kisah satu hari di water a famosa theme park hokeyy. Kbaii. Nah gegambar. Enjoy. *will upload soon iA*