"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

27 September 2012

aku rindu kau :'(


friend,
kenapa kita begini? kenapa situasi kita jadi mcm nie. aku tknak pun benda nie terjadi. sampai aku rasa awkward dengan kau. kalau kau fikir aku bosan dengan kau, sumpah tak weh. aku tak bosan pun dengan kau :( 

dah 3 hari kau tk dtg bilik aku. padahal dah 2 malam aku tersempak dengan kau kt lobby, tapi kenapa aku rasa ego eventhough just say hai?? kenapa aku sombong sangat masa tu. and last nite, betapa aku mengharap kau duduk kt lobby but then, kosong. kau tkde pun. masa tu aku rasa like an idiot. aku rasa sedih. aku rasa aku rindu kau.

my beloved friend,
walaupun cara aku dengan kau tak sama dengan cara aku dengan kawan kita yang lain, tapi aku tahu kau lain drpd yang lain. cuma aku tk tahu kenapa perlu aku jadi begini. aku jadi segan, tak reti nk menegur kau. tapi aku jawab bila kau tanya aku. but i can feel that weirdness between us. kenapa susah sangat aku nk ckp dengan kau walaupun kita sekelas? 

aku rindu kau yang dulu. kau yang selalu datang bilik aku. kau yang selalu tegur aku. kau yang selalu usik aku. kau yang selalu duduk belakang aku sambil menyampuk. kau yg selalu text and call aku. aku rindu nama yang kau panggil aku dulu tu. walaupun aku tk pernah tunjuk kat orang. aku takut. aku takut orang tk paham aku. aku takut kau an orang lain ckp aku terlalu over. tapi Allah tahu isi hati aku.

we act like we don't know each other well. i know you have many friends that you even don't care about me but i do care about you. friend, if you know how much i miss you lately :'( sorry for all my wrongdoings toward you please?

Ya Allah,
kau peliharalah tali persahabatan kami Ya Allah. kau binalah ukhwah antara kami. sesungguhnya Kau lah Maha Pengasih dan Penyayang. Kau Maha Memahami isi hatiku :'(

salam sayang,

23 September 2012

for my future yang disana,

untuk bakal jodoh saya,
saya selalu teringat kat awak. entah bila kita akan berjumpa? bila agaknya kita tersempak? kat mana eh? mcm mana pulak kita boleh kenal? awak tahu, pelbagai soalan mengasak di minda saya bertanya tentang awak. ape nama awak, adekah nama awak bermula dari huruf a? ke s mcm nama saya? berapa pulak beza umur kita? family awak mcm mana? saya teringin nak kenal rapat dengan family awak so that kita akan bahagia hidup bersama. awak kerja apa eh? banyak kan soalan saya.
awak, ape agaknya awak tengah buat sekarang? awak bangun tak solat tahajud pukul 3 pagi nie? solat awak cukup? solat kan tiang, kalau tk cukup, nanti runtuh tiang untuk masjid yang kita bina kelak. awak dengan mak ayah awak rapat tak? awak tahu tak yang saya selalu fikir pasal awak. saya fikir segalanya tentang awak. awak suka makan apa eh? saya retilah memasak tapi mungkin tak sepandai mak awak. tapi saya harap awak akan suka dengan masakan saya bila awak rasa nanti. awak suka makan belacan? saya tak retilah awak. tapi kalau awak suka, saya akan belajar memasak demi awak.
awak kerja apa agaknya eh? saya harap kerja awak takkan menyebabkan awak mengabaikan saya. nanti awak nak kasi saya kerja tak? ikut suka awak lah. kalau awak kasi, saya okay je. tapi kalau awak suruh saya jadi suri rumah kot, insyaAllah saya akan redha. syurga saya kan di bawah tapak kaki awak. saya taknak masuk neraka sebab menderhakai awak. saya akan mengikut kata kata awak jika itu yang terbaik untuk saya, kita. semoga Allah akan tetapkan hati kita bersama selamanya sehingga ke akhirat sana.
awak, saya nak bagitau nie, saya tak lah cantik mana macam kawan2 perempuan awak. saya tak reti nak menyeksi bagai macam anak muda sekarang. tapi nak kata alim, tak jugak. saya masih ada banyak benda nak perbaiki. sebab tu saya perlukan awak. saya perlukan awak untuk bimbing saya, pimpin kehidupan saya, menjadi imam dalam dunia saya dan laluan saya untuk masuk ke syurga. awak ubahlah diri saya untuk menjadi yang terbaik untuk awak. saya masih banyak kekurangan diri dalam diri saya. awak marahlah saya jika itu boleh menjadikan saya sebagai mithali.

saya nak awak tahu ni, saya tak perlukan awak yang mempunyai rupa paras menawan andai itu akan berubah di mamah usia tetapi saya perlukan kekacakan hati awak yang tidak pernah berbelah bahagi untuk jujur dan ikhlas kepada saya. saya tak perlukan kekayaan harta benda sebuah banglo di bukit antarabangsa andai itu bukan yang menjadi tiket ke syurga tetapi saya perlukan kekayaan iman awak yang akan membawa saya ke syurha hakiki. saya tak perlukan awak yang berpangkat andai itu bukan menjadi ukuran yang utama di akhirat kelak. cukuplah awak biasa2 sahaja untuk menjadi pelindung diri saya.
awak, kalau awak rasa sayalah jodoh yang awak cari, awak buatlah istikharah, awak mohonlah pada Allah jika benar saya ini jawapan kepada tulang rusuk awak yang hilang itu.jika benar itu saya dan jika benar awak sudah bersedia mengambil alih tanggungjawab papa saya, awak masuklah meminang saya. awak jangan mintak saya couple dengan awak tau sebab ikatan yang sah itu sesungguhnya lagi mulia disisi Yang Maha Esa. saya taknak masuk neraka, saya pun taknak awak masuk neraka. marilah kita sama sama mencari keredhaan Allah. tapi kot ye pun, awak tunggu lah saya matang sikit. saya baru 18 wak, muda lagi nie. masih banyak yang perlu saya kecapi untuk family saya.


buat jodoh saya, saya akan tunggu awak jika awak memang benar jodoh yang Allah tetapkan di loh mahfuz. saya tidur dulu eh. selamat malam awak. assalamualaikum.
salam sayang from your future too,

the touched songs.

lately, sya asyik layan dua lagu nie. belum berapa nak bosan dengar. bila dengar boleh rasa tenang sangat, belum part nyanyi sekali. suprano semua kasi redah mcm suara sya lah yg paling sedap. lantak lah, yg lari pun pitching sya jugak. tk kacau kotak suara korang en? so sya nk berkongsi lirik dia kat blog nie. kalau nk dengar acano lagu tu, pegi lah cari kt youtube! takkan nk sya nyanyikan kot. nk banjir ke 1 malaysia nie? taknak kan. haha. merepek meraban. jemput lah hayati.
FIRST SONG : aku yang berdosa - shahir
sejauh mana,
langkahku disana,
aku melupakanMu,
seluas mana,
Kau beri padaku,
masih ku angkuh padaMu,
segalanya dusta,
kelak mengaburiku,
YA ALLAH, 
apa yang bisa,
ku tebus kepadaMu,
atas dosaku.
YA ALLAH, 
hina terasa,
biar ku bersujud untuk ke syurgaMu
segalanya dusta,
kelak mengaburiku,
YA ALLAH, 
apa yang bisa,
ku tebus kepadaMu,
atas dosaku.
YA ALLAH, 
hina terasa,
biar ku bersujud untuk ke syurgaMu.
paham tk lirik dia? padahal pendek je kan? simple je tp sangat menyengat di dada. lirik dia mmg sgt mengena dgn kita. yelah, kita terlalu angkuh dgn apa yg kita ada di dunia nie sampai lupa semua tu kita pinjam dari Allah. nanti kena pulangkan balik. whatever it is, kita milik Allah, nyawa kita tu pun Allah kasi pinjam je. nk tgk mcm mana hambaNya beribadat kepadaNya di dunia yg penuh ranjau nie. once, Dia akan ambik balik jugak. org kata masa shahir nyanyi, dia nangis. tk perlu shahir, kalau kita yg hayati pun boleh nangis kot. ke you tu cold stone??
THE NEXT SONG : muhasabah cinta - edcoustic
wahai pemilik nyawaku,
betapa lemah diriku ini,
berat ujian dariMu,
ku pasrahkan semua padaMu.
Tuhan, baru ku sedar,
indah nikmat sihat itu,
tak pandai aku bersyukur,
kini ku harapkan cintaMu.
kata kata cinta terucap indah,
mengalir berzikir di kidung doaku,
sakit yang ku rasa,
biar jadi penawar dosaku,
butir butir cinta air mataku,
teringat semua yang Kau beri untukku,
ampuni khilaf dan salah,
selama ini Ya Ilahi, muhasabah cintaku.
Tuhan, kuatkan aku,
lindungiku dari putus asa,
jika ku harus mati,
pertemukan aku denganMu.
kata kata cinta terucap indah,
mengalir berzikir di kidung doaku,
sakit yang ku rasa,
biar jadi penawar dosaku,
butir butir cinta air mataku,
teringat semua yang Kau beri untukku,
ampuni khilaf dan salah,
selama ini Ya Ilahi, muhasabah cintaku. 
*sambil mendengar lagu ni*, tau tk kenapa muhasabah cinta? sbb kita selalu paham dengan cinta. fikir cinta, fikir gf bf. eh, bukan gf bf yg bawak kau masuk syurga lah. nie cinta kepada Allah. kita muhasabah balik cinta dalam diri kita kepada Allah. Allah adalah cinta pertama di hati kita sebelum sesiapa. Allah lah segalanya walaupun kita rasa susah, sakit, sunyi, lemah and so on, Allah yang sentiasa di sisi kita. ingat tu! jangan masa dah susah, baru nak cari Allah, masa senang, berlibur tk ingat dunia. isy isy isy manusia, muhasabah jap jom :)
salam sayang,

22 September 2012

bye aiman ‘afif :’)


PENGUNGUMAN : smiley tangisan adalah tanda kegembiran yang keterharuan!

okay, let’s begin. plan bermula hari khamis punya malam. ain cakap yang nazran ajak hantar aiman kt klia. dia nak gi mesir. lepas tu sya pun mcm eh eh exitednya lah kan plus rindu gila dengan genesis!! ain pun dh exited dah tu. hahaha. tp mcm mana nk pegi?? ktorg kalau boleh nak orang bawakkan :)
mula2 pegi tanya nadhir and jas yg dah ada kereta tp dorg tk pegi. alahhh, so saddd. tapi lepas tu taqep pegi tweet ‘sape nk tumpang kereta dia’ ktorg pun main ape lagi, “taqepppp” hahaha. then berjaya lah. taqep akan bawak ktorg ke klia. yeay. then fikir blek, blek acano? flight aiman pkul 3 pagi. nk blek uia? mmg nak kena makan saman lah tu. last2 sya plan tdo dekat klia je lah kan. esok paginya blek lah. ala2 mengembara gituu. teehee.

taqep ckp gerak lepas isyak. bnyak permasalahan yg berlaku sebelum kami smpai ke kereta naza ria taqep yg parking kt masjid. last2 geraklah ke klia sekali dengan nabil and cash. sampai2 sana about pukul 10 plus plus. emy dengan ayen sampai dah. jumpa lah dengan aiman. sayu je sya tengok aiman. yelahh, lepas nie dah tak boleh tengok dah kan. nampak dia dengan family. lepas tu aiman ajak makan, dia kata nk belanja. last treat kata orang. ktorg pun mkn mcd. thanks aiman afif :)

lepas tu makin ramai lah yang datang. amir ehsan, wazir, john, ns, alia, naja, zaza, jaya, hilfi, karo, nazran and piji pun datang. lepas borak2 dan buat ‘kampung’ kat situ, ktorg amek2 gambar. best gila dpt jumpa genesis wehh. lepas rindu. mmg lawak dorg masih seperti dulu! dekat nk pukul 12, zaza first chau, then amir and wazir. nk kejar erl kata dia. lepas tu makin ramai lah nk blek masa aiman nk check in tu. tinggal lah sya, ain, alia, naja, taqep, john dengan ns. borak2 dengan aiman sambil duduk dekat lantai klia. hahaha. then ktorg tulis notes buat aiman. *idea was from taqep. and haa, ada org tanya sya dengan ain “dah amek passport dah?” haha, ada gaya nk ke mesir eh? sbb ktorg pakai jubah kot.

pukul 1.20 dorg yg ke mesir pun berkumpul, ada baca doa and sedikit kata2 darik orang kuat sana. ckp niat kena betul, blajar sungguh2 and so on. kalau hayati boleh nangis tp kurang dengar lah dari tempat sya berdiri tu. lepas habis tu, aiman dh nk turun dah. peluk2 dengan budak boys, sy goodbye to us, salam family dia apa semua. dia nanges, mak dia apatah lagi. ain lagilahh. sya sayu tengok dorang. masa aiman turun, ktorg lambai lagi, last before dia masuk, dia toleh lagi for the last time tengok family dia and ktorg. lepas tu, salam2 family dia and ktorg pun berpecah blek. ain ngan sya tk jadi tdo klia. ktorg tdo rumah alia. hehehehe. plan tk menjadi pulakk. thanks itik :)

teringat kata2 aiman bila ada org tanya dia tk pkai kopiah ke sbb almost lelaki yg pegi pkai kopiah kan. then aiman kata, dia tnjuk diri dia sebenar. dia tknak berubah tp dia nk improve diri dia. dia ckp dekat adik dia, dia tk main ah gf gf nie, dia nk kawen terus. haha. sweet en. dalam bag galas dia ada novel islamik, alQuran. hope dia tk kan lupa utk baca! sekarang dah terasa rindu kt dia. tk sangka he is the first genesis that fly to oversea. lepas nie, amy, ayen dengan khal pulak. ktorg tunggu korang blek dengan kejayaan tau :) sayang genesis. selamat malam semua ;) -3.32 a.m-

boys and girls with aiman :)

at mcd. thanks for treat us


salam sayang,

14 September 2012

just thinking...


and hye guys! whatsuppp?? happy with your life now? i really miss my blog, i miss to express what i feel in this site *really trying hard to speaking as speaking test will be held on 24th sept. help me guys*

so now, i'm at tbs *again*. i'm going to melaka of course *takkan lah sarawak pulak* my life now at cfs. Alhamdulillah. really appreciate it, thanks to Allah for making my life greatest :)
i already got my result for mid term and once again Alhamdulillah. i've got a- for math and a for physics. really shocked after i knew my physic's result because others know how i behave with phy. HAHA. after this i'm going to say ILOVEYOU PHYSICS :P *paling terharu bila farah tanya tips study. "farah, shasya tk pandai mana pun lah"*

okay, what am i thinking actually?? it's about exam and life. i'm just thinking that after we finished our 2 hours of doing exam. we can predict either the exam is hard or easy, we can get A or not, we can pass or not and so on. but in life, after we live about 50 years pun, we cannot predict how much our sin and pahala. true right??

i am sure that nobody will think that they all got many pahala. is there?? everyone know that they had done many sin but why can't they trying to make pahala? if we asked them, they will absolutely answer they want to live in heaven ever after but they still doing something wrong. i don't say i'm perfect and got many pahala. gilaaaa lah. what i'm trying to say is make a change and improve your shorter lives with something good that can bring to akhirat.

"our life is getting shorter right? use it wisely. like SERIOUSLYY."

sorry for the BROKEN english. OME

salam sayang,

06 September 2012

aurah vs akhlak ??


A : ustaz tu ckp perempuan yang tutup aurat tu takde maruah. so sy simpulkan as perempuan yg murah. betul kan? bukan sy ckp, imam muda asyraf yg cakap.

B : walaupun kami tk tutup aurat, tp kami jaga maruah kami. kami mana ada terkinja kinja pun. perempuan pakai tdung tu bukannya baik sgt pun.

A : yes, memang tk semuanya baik. tp at least dia dah menurut perintah Allah kan? awak? setakat awk jaga akhlak dengan manusia, akhlak awk dengan Allah acaner?

B : maruah kami pandaila kami jaga. ramai je antara kami masih suci, belum di sentuhi mana2 lelaki pun. awk pegi lah cek perempuan bertudung mana yg dh hilang dara.

A : itu je ke yg awk boleh buktikan. awk tau tk bila awk dedah tubuh badan awk, dedah rambut perang awk, confirm lelaki suit suit punya kan. awk tk rasa awk tu MURAH ke? sy tahu, mesti awk rasa bangga kan sbb awk rasa awk dah cantik sgt. sbb tu ada org nk tackle. ketahuilah hakikat ini yg awk tu sangat MURAH.

B : perempuan bertudung ade je kena suit2.

A : sbb tu sy nk berckp pasal aurat, bukan tudung. stakat pkai tdung jarang, baju mcm sarung cempedak, baik pergi bogel je kan. nie pasal menutup aurat. pernah belajar etika berpakaian menurut islam kan. agak2 awk kalau seorg wanita yg memelihara auratnya, lelaki lalu nk ke dorg suit2 bagai? tak kan. sbb dorg HORMAT wanita tu. nampak tk kelebihannya di situ.

B : awk tk payah nk menyebok hal sy. kubur kan masing2 punya. awk jaga lubang kubur awk je.

A : mmg lah kubur masing2 tp kalau kubur awk sebelah sy mcm mana? ini dah jd tanggungjawab sy utk membetulkan selagi sy termampu.

B : saya tgh tnggu hidayah lah nie nk pakai tdung.

A : mcm mana awk tnggu? tnggu je depan rumah awk? hidayah tu kena di cari. hidayah tu jugak milik Allah. awk nk tnggu allah bagi tp awk tkak berusaha bersungguh. mcm mana Allah percaya yg awk tkkan sia2 kan hidayah yg dia nk bagi? nanti bila ajal tiba, awk ckplah "eh jap jap, tnggu hidayah dtg jap".

B : . . .

A : sy hanya nk ckp kat sini, belajar lah menutup aurah dengan sempurna kerana insyaAllah aqidah anda terpelihara, maka lahirlah ibadah2 dan akhlak yg mulia. insyaAllah :)

salam sayang,

keramat DAY :\


pada 4 september *tarikh keramat u'olss* dushh, it was like a bad dayyy. syaaaaa, tk baek ckp cenggitu tau. mana ada sya cakap. ain yg ckp :\ ain memang sakai :3 kenapa boleh terjadinya 'bad day' tu? clue nyaa, sya menaip sambil menahan sakit di perut.

yup, thats right. itu lah sakitnya tuan tuan dan puan puan. bukan tk pernah sakit camnie tapi kali nie rasa special sket. sebabnya sya dengan roommate sya, ana kena sekali. sweet kan? sweet lah sangat menahan sakit ini. ceritanya bermula malam tadi. plan nak sahur kan, makan lah roti tuna jenama tttuuuutttt *saman baru tahu* yg ditulis expired date dia 5 sept. sya pun makan lah kan, then hulur kt ana. ana pun makan. masa ana nk pas blek roti tu, bila sya terbalikkan, masyaAllah. tk terucap, tk terjangkau dek akal youu. kulat, fungi semua dah tumbuh. bila ingat blek, rasa nk termuntah pun ada. sya kira2 makan baru 2 suap, ana sesuap. then teruslah campak ke tong sampah. geli sehhh. sya pun rasa takde pape kot nie. okay je kot kan.

esok paginya, sya pun bangun. selalu bangun 6.35 pagi kan, alarm set pukul 6, bangun pagi tadi pukul 5.30 pagi. gila awal kan. sebab nya sakit perut. igtkan sakit perut biasa je kan. pkul 7 pagi sakit blek perut. tanya ana, ana pun sakit jugak. jeng jeng jeng. sah, sebab roti tu lah. pegi je lah kelas physics pagi tu. smpah tak boleh nk focus. kejap sakit, hilang then datang blek. tk ke naya tu. main2 pulak dia. nk dtg, dtg je lah. nie dtg blah dtg blah. dh jd pi mai pi mai cuma tk tang tu ja. last last, classmate sya, shera pun suruh pegi klinik.

dptlah mc sehari, doc suruh rehat kan. dpt ubat apa ntah tp tk boleh nk makan sbb sya puasa. syg nk bukak puasa tu. dah ke3 kot. so tahan je lah kan. balik2 tu terus tdo. bila ana blek, ana pun ckp dia g klinik gak. dia pun dpt mc. at the end ktorg pun rehat dlm bilik je petang nie. sweet kn :\ HAHA. kelakar boleh tk. tp kesian kt ana, dia mmg sensitif sket bab bab perut nie. dah mcm mayat bernyawa dah ana tu. dh tkde energy dah. sya okay lagi, ada lebihan energy. sbb tu boleh menaip nie. hehe. so guys, doakan ktorg ehh. esok nk masuk kelas. ada kelas math, cikgu comel ajar. heeee. bye, wasalam.

salam sayang,

02 September 2012

diari syawal shasya.

kalau rafique ada diari ramadan, sya pun nk ada diari jugak :) teehee. sya nk cerita pasal ramadan sya yg bertempat di kuching, sarawak. tempat tumpah darah yang mengalir okay!
so jom layan cerita diari ini.

sehari sebelum raya : 
sya dengan family pun bertolak ke kpg kat asajaya lepas asar. masa smpai kpg tu, dah ramai gak yg dh sampai, paksu sekeluarga, dak dot sekeluarga. hari tu kami berbuka puasa sama for the last one with nenek but without atok for the first time :'(
malam tu, solat isyak berjemaah kt masjid, dorg bertakbir. sayu :'/ lepas tu, kanak2 riang pun bermain bunga api dengan jagaan org dewasa. sya main 2 bunga api, lepas gian jap. yg dewasanya pulak busy di dapur, masak juadah, isi biskut dalam balang, pasang carpet apa semua.

raya pertama ; 1 syawal :
bangun. mama kejut subuh suruh pegi masjid tp sya dengar dorg dah start solat so sya pun solat kt rumah je. pastu semua beratur nk mandi ready nk pegi solat sunat raya pkul 8.30 pg. before tu, we had the breakfast. ada soto, rendang, lemang dll walaupun rasa pelik sebab dah sebulan puasa. 8.30 tu rumah dh kosong, semua penghuni pegi solat raya kecuali kak tina, dan 2 baby ; ayien and ikmal. and first time jugak imam solat raya bukan atok. this year was a changed for us! balik solat, hantar makanan kt masjud, ada makan2. selalu tahun2 lalu, lepas balik makan kt masjid ktorg akn bermaafan and take a picture but this year ada lainnya. kami bergegas ke kubur atok. baca yaasin utk atok, wa maryam, moyang and semua saudara kat situ. semua sedih sbb kali nie raya without atok, hanya kubur yg kami lawati!
balik tu, dah tengah hari. penat, ada yg tdo, ada yg mandi sebab panas eh, bukan sbb tk mandi. lepas zohor baru ktorg start bermaafan and ambik gambar. then lawat rumah saudara mara. lepas maghrib, beraya dekat kpg tambirat pulak. malam tu sampailah rumah di kuching. so tired that day!












raya kedua ; 2 syawal :
hari nie breakfast makanan bwak dr kmpung. ada rendang, kari daging, kelupis, nasi beriani. pukul 10 lebih, ktorg bersiap pegi melawat rumah saudara yg ada kt kuching. nk senaraikan pun tk igt. tapi tu mcm adik beradik atuk yg tinggal kt kuching. ada kisah disebaliknya yg mama cerita :) ada masa sya cerita eh. petang tu ktorg dah balik dah. kejap je tp tu pun penat kot. raya ketiga, ktorg tk pegi memana pun.


raya keempat ; 4 syawal :
hari nie ada 2 open house. satu kt rumah maksu and rumah kawan mama, uncle is. yg tu mmg betul ktorg pegi 2 rumah tu je. then balik lah. kenyang gilaa wa cakap lu. balik tu terus tido. haha. mcm hape je penatnyaa. 

raya kelima ; 5 syawal :
hari nie, mama mmg tknak pegi mana2 pun sbbnya hari nie hari preparation for open house esok mama nk buat. rumah ktorg nie mmg tkde org nk dtg beraya sesaje sbb mmg org2 yg ramai tu akan dtg masa open house. esok lah. confirm esok akan jd hari yg sgt memenatkan! tgklah esok mcm mane eh :) 

raya keenam ; 6 syawal :
hari yang ditunggu2 telah tiba. jyeahh. its my open house babe. mai datang mai datang. ramai gilaa yg dtg padahal jemput ramai ke eh? tk igt pulak. mama masak 3 jenis masakan iaitu spaghetti, laksa penang and nasi beriani with kambing and ayam masak merah. sedap wa cakap lu sampaikan makanan tu habis licin! selalunya tahun lalu lalu, mesti ada lebih utk ktorg mkn esoknya tp this time mana ada dah. tinggal laksa penang je. ayam masak merah sya pun habis T.T.

raya ketujuh ; 7 syawal :
hari nie ada kenduri kahwin kazen mama. kira mak saudara sya lah kan? tema hijau eh. yg paling best ada belon yg diisi dgn gas helium. terputus tali, terbang ke atas lah gamaknya and belon meja sya lah tu terbang ke atas. HAHA

raya kelapan ; 8 syawal :
pepagi tu mama bwak pegi boulevard beli barang. tk bnyak pun sya borong sbb nya nk naik flight kan. bukannya tk boleh beli kt sini pun. haha. then ptg tu, ktorg hantar syammir balek skolah dia. first time kot sya masuk sekolah sains kuching tu. selama nie igt kat samariang rupanya salah tempat. kt mana ntah skolah tu. namanya budak kuching. sya nie pun. hehe

raya kesembilan ; 9 syawal :
hari yang ditunggu telah tiba. flight at 2.25 pm. sedih kot nk kena balik uia dah. tp 2 bulan blek srawak balek. ini bukan zaman sekolah lagi shasya oi. rasa nk blek? blek je lah. and hari tu tibalah sya kt mahallah khadijah kesayangan nie :) Alhamdulillah
pendek kata, raya tahun nie tk meriah mana pun. rasa mcm sya raya masa spm tahun lepas lg meriah. hehe. whatever it is, janji dpt melawat saudara mara kan. now tga counting days nk blek melaka jumpa along cuti hari malaysia nanti. yeay yeay. sekarang masih mengikuti pembelajaran uia seperti biasa dgn lebih tough lagi. and plus more dlm proses nk puasa enam. insyaAllah. tu je lah diari sya yg boleh dilaporkan buat masa nie, so stay cute guys!

salam sayang,

menerjah bilik selebriti.

title nk menipu je keja. dah lama sebenarnya sya nk post entry nie tk tk berkesempatan. bila baca blog aisyah, sya pun tiru title dia. hehe. padahal terjah bilik dia je pun! so sya kt sini nk bongkarkan bilik sya kat uia tu bertempat kt mahallah khadijah. kalau korg rasa tk kemas kan, korg silap sbb nie lah paling kemas bilik ktorg sbbnya hisbah ktorg buat pertandingan bilik tercantik. so kemaslah mcm apa hari tu. enjoy the pics :)












salam sayang,