"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

25 December 2014

Nak mati ke tak?


pernah tak satu saat kau penat sangat dengan hidup sampai kau rasa "Ya Allah, percepatkan ajalku?"

pernah tak?

lepas tu sambung "eh jangan lah dulu. sebab aku masih belum banyak pahala nak tunjukkan padaMu"

tapi bila saat kau masih bernafas sekarang kau takde pun buat pahala sangat. masih sibuk dengan maksiat dan segala benda lagha.

apa lagi yang kau mahu? sedang Allah perkenan doa kau yg satu itu.

doa terus hidup lama konon nak tambah pahala.

yet what are you doing now?

buat sesuatu ada fikir Allah? kerana Allah?

hidup kerana Allah.

bukan dunia.

bukan manusia.

aku futur.

lemah.

down.

hilang arah.

19 December 2014

Jodoh


taknak sembang panjang pun. banyak kali dah aku post pasal jodoh ni. as in aku tengah single mingle *k takde kaitan*

"kau percaya tak pada jodoh?"

"percaya je."

"siapa yg tentukan jodoh?"

"Allah lah".

"percaya tak ada je pasangan bercinta bagai nak rak dari bangku sekolah tapi last2 kawen org lain gak."

"normal lah tu. takde jodoh."

"ada jugak yg bergaduh 24 jam tp tgk2 dah kawen anak empat."

tu lah jodoh. jodoh dari Allah namanya.

kun fayakun kata Allah maka jadi lah.

nak pertikai apa lagi? sakit? kan? aku pernah rasa kena tinggal. kalau dah tau sakit, kenapa nak jebakkan diri dalam kencah bermasalah ni? perasaan tu fitrah. aku pun ada je suka org. *cuma takde sape suka aku blek je* yg paling penting salurkan rasa cinta itu pada saluran yg betul. 

jgn obses kejar cinta manusia. takut kau lalai sampai tak sedar cinta Allah dah lari jauh. sentiasalah berfikiran positif. Allah takkan bg ujian kalau kau tak mampu tanggung remember? semua perkara Allah takdirkan berhikmah. Allah takkan jadikan sesuatu perkara sia-sia. even kucing kau mati pun bukan sia-sia.

satu je. percaya pada Allah. cukup. tak payah percaya sgt pada manusia. manusia ni auta je lebih. lagi2 lelaki. pfft. mulut je manis.

satu je. kalau nk syg sesiapa hatta mak ayah, suami sekalipun jgn berikan 100% sayang pd mereka. at least simpan 0.001%. 0.001% ni lah yg bg kekuatan utk terus hidup. kalau bg 100% nak nak hidup cemana? yg boleh bagi 100% hanyalah mas idayu pada Allah sahaja.

kau cinta Allah tak? cinta Allah berada di tahap yg mana? pertama? baguslah. Kalau yg pertama, jika Allah tarik cinta manusia dr kau pun kau tak rasa apa. sebab kau ada Allah.

"kau cakap senang lah. yg rasanya aku"

itulah function aku nak cakap. nak kasi kau rasa senang mcm mana aku rasa senang.

terima denga reda. yakin dgn takdir Allah yg akan bawa kau bangkit semula dan berikan sinar pelangi yang baru.

duduk diam2 muhasabah kenapa Allah timpakan masalah ni. mungkin Allah rindukan kau. mungkin kau terlalu lalai merindui manusia sehingga terleka. bangkitlah. keluarga kau masih ada. kawan2 kau masih ada. move on bebeh.

p/s: selagi tak ada hubungan halal, tak payah nak cintan cintun. hubungan mcm ni mmg lemah tambah lagi godaan syaitan kan?

Judgemental


Memandangkan takde post langsung untuk bulan 12 maka jari telah dipaksa menaip jugak. well, alhamdulillah hari ni habis lah pembelajaran utk my very first sem. tinggal lg nk submit satu project esok yg baru siap buat td. hahaha.

final nk dekat oiiii. k.

baiklah. since ada org request tanya pendapat pasal judgmental. and i knew who is that. well, as you know, my url blog dh tukar baru so mmg tade sape tahu pun kecuali awak. ye awakkk.

judgemental eh? entah. aku bukan yg pakar untuk menjawab soalan sebegini. kerana aku bukannya perfect. dan aku juga seorang yg judgemental. okaylah kalau kita perhatikan manusia satu2, sape je yg tak judgemental? ok mmg ada je mereka yg least judgemental but as for me no one yg tak pernah judge. antara kerap atau tak je.

judge ni kan menghukum. hukuman ni pulak ada banyak tahap. in my opinion eh. hukuman dosa2 manusia kita mmg tak layak nk cakap apa sebab itu kerja Allah kan? takley masuk campur dah. hukuman yg sering manusia buat adalah menghukum perkara2 atau sifat2 yg ada pada seseorg yg tak kena pd mata kita. betul?

pernah dgr tak first impression tu penting? sbb tu first thing org akan nampak. tau tak benda tu pun bg aku is judgemental. okay aku baru jumpa kau then aku kata kau sombong. sbb first impression aku nampak kau MACAM sombong. see. macam je kan? nampak tak siapa sedang mengjudge sekarang?

judge ni jugak ada baik ada buruk. ada buruk membawa ke baik. dan baik yg membawa ke buruk. bila dh kena judge, apa inisiatif yg kita ambil? berubah atau biarkan saja? judge ni tak semua nya keburukan. ada jugak kebaikan manusia yg suka judge yedak?

judge yg paling senang berlaku adalah pada org yg tak pernah kenal, tak pernah jumpa. bak kata soalan tu lah. mmg lah dah nama tak berapa kenal sbb tu perlunya judge. cumanya baik atau buruk je. takut2 dok judge sampai ke fitnah pulak. tu dh bahaya.

as i said before. judge is normal. normal thing. heh mulut manusia mana boleh tutup pun.
 cuma jaga. jgn over. sometime its hurt a lot!



salam sayang, 

28 November 2014

Trauma

Assalam. Hai.

Aku trauma.

Haih. Pagi td aku mengalami minor accident. Moto. Alhamdulillah tak langgar orang, cedera tak pun.

Cuma trauma. Dan lebih teruk. Itu moto orang. Dan aku yg bawak moto tu. Dan tuan dia kat belakang aku. Dan tuan dia tercampak. Aku kena hempap je. Dia tercampak. Sian pinggang dia.

Gila tak rasa bersalah weh? Kalau tak bersalah tu dia gila.

Lepas tu aku kena bawak moto ptg tu lepas hantar dia ke bus stop. Gigil aku bawak. Bila nk belok rasa nk jatuh. Serius aku trauma bawak ouh.

Alhamdulillah utk nikmat masih hidup.

25 November 2014

Perasaan

Apa yang kita rasa bila orang lain takut nak cakap dengan kita sebab kita mmg jenis kecik hati?

Bangga kah?
Atau kenapa kah?

Entah saja bertanya. Adakah kita akan stay menjadi seorg yg mudah kecik hati atau kita try to overcome?

Penat tau kalau kita sibuk jaga hati orang sampai hati kita rasa sakit. Sampai dah tak tau nak buat apa bila asyik hati sakit. Buat bodoh?

Tau tak camne rasa hati sakit? Bila kita sedar kita dh terkecikkan hati org, kita cecepat mintak maaf. Tapi kita masih di bolayan kan oleh dia. Sakit tau sakit?

Entah tak matured ke tu? Sape tak matured kita ke orang?

Yg aku tau aku penat dah nk ungkap perkataan "kau okay ke" "kau kenapa ni". Penat. Entah. Sbb aku kot selalu jd punca org tak okay. Aku manusia. Mmg manusia tak sempurna. Tapi aku ni manusia disaster.

Sila jauhkan diri daripada aku. Sbb aku taknak dah sakitkan hati org. At least hati aku pun kurang sakit kan?

Penat,
Shasya.

Assalamualaikum.

17 November 2014

Disaster

Assalamualaikum.

Last week was a disaster. I felt lost, lazy as well. Bila balik melaka rasa takmau jejak uia. And why is that? I donno. *sigh

Kenapalah rasa mcm ni eh? Tau tak tau tak? Penat ah cenggini weh. Bermain dgn perasaan. Otak tk berhenti pkey segala perkara buruk di kepala.

Nk tau apa yg lagi penat? Bila kena jaga hati org. Tu masyaAllah penat. But well mungkin lah ada ganjaran. Entah. Aku taktau jaga hati org tu baik ke tak sampai abai hati sendiri. Tu zalimi diri sendiri tak? Entah.

See aku merepek? Sbb otak aku tak berfungsi dgn begitu baik ye tuan2 dan puan2. Menulis ni pun sbb rasa bosan tatau nk buat apa sambil tunggu ktm lama benar takut tak buat apa kang pergi terjun landasan kesian mama papa kang *baca dlm satu nafas*

Haa ritu en aku beli novel ustaz pink. Omaii rasa nk kawen ngan lecturer tp masalahnya lecturer kita semua dh tua cemanaaaaa? Heh. Dh lah otak takyah berangan okay? Okay? Kbye.

Oh moga Allah permudahkan minggu baru ini yee terima kasih.

11 November 2014

perlu ke perbandingan?


curik masa sikittt. sikittt je janji. esok ada dua kuiz muahahaha.

semalam tulis blog pastu post dr fon pastu dr semalam publishing ntah bila nk published ntah alamat mmg tak arr.

okay. saje nak luah. mesti student mama suka kakcik kan. sbb kakcik peramah. ritu dorg pegi berkelah students ngan lecturers. mama bawak kakcik. tgk the way kakcik upload gambar dorg mmg cam dh jd kawan rapat gittuw. siap panggil kak fatin lg. sbb kakcik tua setahun. bhaha.

pastu terfikir balik, masa taun lepas aku ikut mama berkelah ngan dorg gak. but well aku kan kdg2 introvert. so aku tak bergaul ngan dorg. melainkan dorg tegur aku. mesti dorg cop aku sombong kan kan kan? haih.

untung aa kakcik peramah. menci. sbb tu mama syg kakcik. bahahahah *ayat org jeles*

tak pun. bersyukur lah aku masih hidup dan ada mama, kakcik, family. bersyukur k bersyukur. tak perlu pun nk buat perbandingan. kalau shasya nak jd kakcik, sape nk jadi shasya?

so biar shasya je yg jadi shasya k. cukup. no need to compare.

salam sayang,


06 November 2014

Malu lah!


Hectic week as usual. Well.

Last monday, i perform my isyak prayer at mosque. Then after finished du'a, one sister who's sat next next *read as twice k?* to me asked a question. Oh oh, her name is Alef *i dunno how to spell*.

She said, "i followed mazhab hanafi and after isyak prayer, we will pray 3 more rakaah."

i asked her, what solah is that.

and then she said witr.

i replied, "ohh, we're usually pray witr before we're going to bed."

sambil senyum aku mintak diri. terasa ada batu hempap kepala.

kau cakap solat witir before tdo. betul lah tu. tak salah pun. cuma kau buat ke tak?

tak.

jawapan yg sentap diri sendiri.

aduhh. malu tau malu? cakap bagai rak, confident but yet you didnt perform pun. well, yup its sunnah. but then can you feel?

analogi kau cerita kat org gah nya cara memasak ayam bakar tandoori. but then org kata, "hebatnyaa awak reti masak" pastu kau jawab "eh taklah, sy mana pernah masak pun."

gila tak malu ke? apesal aku yg malu utk itu?

malu lah pada perkara sunat yg anda malas buat tapi rajin scroll insta, rajin tweet, rajin tulis blog. erkk.

tau cane nak atasi malu tu? well easy. maka mula lah berbuat perkara itu. at least lepas ni jawab ngan konpiden sikit pliss.

pray for me. esok ngan ahad ada midsem. may Allah ease us!



salam sayang,

02 November 2014

Bersabarlah


Masih mencari masa dan diri aku sendiri. Aku dah jadi orang lain. Sememeh. Serabut. Gelabah. Heh.

Biasalah, Masa tengah kejar aku kaw kaw. Aku bukan sprinter. Aku pun reti penat jugak. Maka aku berhenti. Tercungap. Masa masih mengejar. Dia tak kenal erti penat eh? Pfft.

"Dan kerana TuhanMu, bersabarlah." [74:7]

Aku belajar satu benda. Busy mana kita pun, jaga ibadat. Jangan sebab busy dengan exam, maka kita solat biasa lima minit jadi seminit, quran ntah ke mana, mathurat ke mana. Sebab masa tu Allah punya. Percaya kat Allah tak? Kalau cemtu, percayalah, makin banyak kita luang masa untuk Allah, maka Allah akan lapangkan masa kita walau sisibuk mana kita mengalahkan pak PM kita. Wallahi tak tipu. Tak caya, cuba buat. May Allah bless.

Salam Sayang,

21 October 2014

Hetchu Homesick

Assalam alayk.

Ergh menci ah kalau homesick ni. Sebab rumah jauh angat so kalau homesick pun bkn dpt balik pung. Haih.

My connection with family mungkin tak sama cm others. Or mungkin kami je cemni. Ke aku je sebenarnya? Aku dan mama jenis call kalau ada benda je. Contoh nak beli tiket flight ke. Tak dan nk tanya khabar apa semua. Cuma muqadimah tanya lah khabar. Cuma nk cakap kami jarang call.

Bkn cm org lain kena call tiap2 hari.

Aku jeles kenapa aku tak cm dorg.

Pernah je terfikir biar aku je ubah. Biar aku yg call hari2. But wey nak ckp apa je? Haha. Teruk tak? Aritu lama tak call pun awkward tatau nk ckp apa. Yg special nya hanya kat tempat jauh je lah. Kalau kt rumah, bising aje cakap. Haha.

So aku just call bila rindu. Bila ada benda nk cakap. Contoh ada exam. Kalau keluar jalan, aku mana reti cakap. Keluar je lah kan? Hehe.

So after a week tak tanya khabar langsung, td msg mama. Seronok. Tetiba rasa homesick. Ergh benci rasa itu. Rasa nak peluk mama. Mama takde pulak ke kursus kat kl ni? Heh.

Takpelah. Dh okay dpt kata semangat td. And hey i said i love you and got back love you too from mama. Hahahahahaahaha *angau* kbai sambung hadap static.

19 October 2014

Mahallah Asiah UIA Gombak

Assalamualaikum. Since i have some free time, i'm going to post abt my room. Hahaha. Jual bilik derr.

Eh tak lah. Sbb before i enter uia, i was so excited abt how my room looks like. So sbb rasa tak sabar itu maka guwe google namun apakan daya tiada. Ada satu je. Tp tak puas. So basically i will post my pics of room at mahallah asiah.

Jap kalau rasa tak kemas maaf. After habis midsem ungs, punya lah aku gigih mengemas. Mmg cantik aa *puji diri* tp asyik lupa amek gambo last2 semalam baru ambik di kala tgh tak kemas dan bersepah dah. Hewhew. Life as student bro. Dpt masa bak kemas pun kira bertuah sgt tau.

So here it is. Sape ada allergic dgn colour pink, boleh exit lah takut termuntah pelangi kang. Tak shasya aaa kalau tak pink ye dak? Kbye.

15 October 2014

Give me your time please!


tolong lah. bagi lah sikit masa kau kepada aku. sungguh aku kesuntukan masa.

minggu keenam. selepas seminggu bercuti. heh. busy gila. rasa teruk sangat. rasa penat. rasa takde masa. assignment ungs due khamis, assignment circuit due senin dpn, assignment drawing due esok! khamis ni midsem ungs. esok quiz static. mcm takde masa nak belajar langsung. cuti je seminggu, haram nak baca buku. sapa suruh layan tv. bkn masuk exam pun -.- boo shasya boo.

perasan tak? oh mungkin aku jelah perasan sbb diri aku sendiri kan. kalau ada quiz, midsem dan lelebih lagi final exam seperti ungs, btq, ui dan sejenis dgnnya, mesti aku emo dan takut. takut tak perform. entah. sbb tu agama yg mengalir dlm darah. malu kot tak perform. ke tak? ke darah aku je?

so sbb tu masa aku kekang. sbb tak belajar. tadi dr ptg dok buat drawing. lepas tu belajar static. alhamdulillah baru paham pasal moment. kalau tak aku plan nak tulis atas kertas quiz aku mcm ni je, "maaf, moment sy bersama subjek moment tidak begitu indah". mmg dh terbayang markah teruk. mcm quiz kedua dpt 2/10. teruk gilaa oi mana nak letak muka padan muka malas belajar. hmm k. tp alhamdulillah baru paham mlm ni. baru paham sikit lah. kena usaha lagi setadii oii.

bila dh masa tak cukup mcm ni baru kemain pulun doa kat Allah supaya bagi masa dan dipermudahkan. well, Allah pegang masa kita kan. kita yg kena pandai menguruskan. tp tak semestinya bila kita mintak masa lebih, Allah bg kita 25 jam sehari. tak. Allah bg nikmat masa dlm pelbagai contoh. contoh masa study static td. Allah bukak hati supaya cepat paham. kan dah singkat masa tu? nampak tak mcm mana Allah bg masa kat aku. sbb tu boleh taip nii. LOL. gurau k gurau.

dah. nk study ungs. aku rasa aku tdo dgn lampu terbukak mlm ni. sbb aku taknak tdo. aku nak TERtdo. beza tau. beza dia pegang note ungs masa tdo. so sbb tu tertdo. haha. 

kbai. nasihat sy kalau kekangan masa, mintak kat Allah bersungguh tau. jgn salahkan masa yg bergerak pantas sbb masa gerak pun atas izin Allah. selamat malam awak. #muahciked

salam sayang,

10 October 2014

For my NSY

To the person who share the initial name same with me. If you can read this, good. Kalau tak pun takde masalah. I just want to spit some words. Kinda for replying the thing that you wrote.

Hmm. Tbh aku terharu kau masih igt aku. Kau masih igt kita berkongsi initial nama yg sama. Kau masih igt kita pernah ada status kawan. Paling aku terharu, kau masih mencari masa untuk mencari diri kau yg baru untuk menemui diri aku yg masih sama.

Sumpah aku terharu. Kalau tak aku takkan menangis tatkala membaca apa yg kau tulis. Walau diri aku dah rasa cukup kuat. Lately aku selalu je sebut kenangan kau dan aku depan kawan2 aku without any hard feeling. Nahh im not a baby girl nmore yg cengeng. I've grown up babe.

By the time i'm read ur words. That you will make a move on some good day that will happen in future i guess. But both of us taktau bila masa yg sesuai. Entahlah. Aku gembira nak menunggu hari itu tiba. At the same time aku takut.

Confirm there will be an awkward moment punya. Kita bukan setakat lama tak bertegur. Kita masing2 punya sebab kenapa kita tak bertegur. Ini tak sama seperti aku dan budak genesis lain yg jarang berjumpa. Were different. Kita ada sesuatu yg mereka tak ada. Which was malam tu.

Pfft aku taknak bercakap pasal malam tu. 17 september 2013. Its hurt me a lot. And you too right? So how will i make myself normal when the day come when i always remember that night everytime ur name appear? Rasa bersalah tu takkan pernah hilang agaknye kan.

Mungkin kita akan sama2 berlakon seperti biasa. Atau mungkin aku saja. But deep inside we're know there's something. Kau jugak pernah kata, parut dlm jiwa mana dpt nak padam kan? Haih. Aku berharap sgt bila masa itu tiba, aku boleh menjadi biasa. Menjadi seperti bagaimana kita berdua dahulu. Hope so.

But in other way, aku tak berharap masa tu tiba. Yes. Why? Sbb aku takut benda ni berulang lagi. Hadapi sebulan pertama sgt sakit. Dan kekecewaan itu lagi parah dr break up dgn pakwe. Parah sgt. Mungkin berdarah. Dan aku mmg tak menjangka yg kau sebenarnya sedang mengumpul masa dan kekuatan. Sbb aku igt, kita dah takde harapan. Aku igt the friendship already dead. But no. Never. Kau tak pernah lupa kewujudan aku rupanya. So how can i change my mind when it is not easy as changing boyfriends? Dan satu lagi. Kalau kerana sikap aku yg lama kita bergaduh. Aku cuma nak ckp setahun berlalu, aku masih dgn sikap yg sama. Mungkin kau takkan tahan jugak. So you can decide now masih nak tunggu atau lepaskan. Up to you then.

Tapi. Aku masih menanti hari itu tiba. Cuma aku sendiri tak pasti apa respon aku. Aku taknak pikir sekarang. Biar aku hadapi dulu saat itu.

Semoga Allah melembutkan hati kita berdua. Sampai mati pun, aku tetap sayang kau. Ingat tu.

09 October 2014

Islam dan Agama lain

Aku cukup tak paham kenapa ada je mereka mereka yg suka memerangi islam ni. Weh ape masalah nak perangi? Ktorg tak perangi korang pun. Korang kutuk Allah dan rasulullah. Ktorg tak kutuk pun jesus malah we're believe in jesus. Yeah jesus mmg wujud cuma dia bukan Tuhan. Dia itu nabi isa a.s. kan. So kenapa ktorg taknak caye?

Next when syiah love saidina ali so much but hate saidina abu bakr etc etc. Yes ktorg pun syg kat saidina ali tp kami juga syg sahabat2 nabi yg lain seperti saidina abu bakr itu. So why kamu nak perangi sunni?

Dlm quran pun Allah dh ckp kamu boleh pilih agama mana yg kamu nak. Freedom kan. Cuma ada satu agama je yg benar. Islam.

Semalam bila dpt wasep pasal persatuan murtad diluluskan tu aku pun baran seketika. yelah satu pasal nak sebarkan maklumat dekat wasep mmg cpt sbb tu kalau nak sebar maklumat palsu pun senang. Entah honestly aku sendiri taktau benda tu betul ke tak. Tp aku memilih utk logik.

Dah sah2 ni negara malaysia. Islam agama rasmi. Jadi manusia mana yg luluskan persatuan ni? Ke mereka taktau dlm islam, yg murtad ni patut kena bunuh. Kenape b*d*h nak dedahkan? Mcm kau curi emas pastu esok kau gi mhi ckp kau curi emas. Tu dh kategori mabok.

Next wasep tu kata depa pi hantar memorandum kat pm mintak undang2 bg kebebasan agama pd anak yg dilahirkan. Lutut tu. Dlm hadith pun ada yg corakkan anak tu parents. Dan lagi satu ye. Anak2 yg baru lahir tu semua dlm keadaan fitrah which means semua islam. Seriously, pm mana yg luluskan tu mmg aku rasa dia baik pi masuk persatuan tu sama lah. Kalau nak setuju demi keamanan negeri, benda tu pun dh dikira kucar kacirkan negara. Kalau lulus pun okay arr gak semua anak mmg islam cuma nty parents spoilkan dgn agama lain lak.

Entah aaa. Bagi aku. Takyah gentar dgn benda ni. Kita semua Allah dh kasi aqal pkey lah baik buruk. Semua dh besar kan. Jgn bg alasan iman goyah sbb bila takut tu je iman kau dh goyah. Maksudnya hati kau mmg nak jugak. Kan? Baik takut dgn fitnah dajjal. Tp yg memurtadkan org pun dajal gak tu.

Sorry ah ayat kasaq. Entah aku cukup marah bila org dok ckp pasal agama ni. Dulu aku igt bila dh lelahir islam ni, mmg susah nk paham islam. Sbb bila muallaf mesti depa kaji islam dulu kan. Tp lama2 aku pkey kalau aku lahir bkn islam, adakah aku akan kaji islam dan kembali pd islam atau pun mati dlm keadaan nauzubillah? Benda tu buat aku bersyukur aku dilahirkan islam. Benda ty anugerak nikmat yg tak terhingga so kenapa tak ambik peluang kenal agama sendiri? Buat malu je kat saudara baru yg lebih gah bila berkata ttg islam.

Kdg2 aku pkey kenapa org dok perangi islam. Dan aku jumpa satu je jawapan.

Sebab islam itu agama benar.

Biasalah kebenaran itu kan pahit. Sbb tu lain tak puas hati kan? Sorry. Kbye.

07 October 2014

Dear You

I'm crying again after read her wordpress. Of course that for me. And the date she wrote i can say as "happy first anniversary" even though that day was a bad day nway.

Argh stress lah gini bila nak move on dr diaaaa. Aku benci diri sendiri. And girl, bila masa itu tiba. Reaksi yg aku boleh berikan hanyalah diam. Yg bermaksud aku meminta masa utk terima semua ini, segala apa yg berlaku. Dan apa aku minta, biarlah aku mati sebelum masa itu tiba. If i can.

Harta ini Haji Nana Yang Punya

Hai assalam alayk. This time i'm going to talk abt logic. After i watched one drama, bkn drama tp cerita 2 jam. Kat tv3. Tajuk 'Harta ini Haji Nana yg punya' kalau tak silap lah.

So tajuk pun dh merapu kan? Tp aku mestilah gelak tang timah yg hj nana suka tu akan jd menantu dia. Luls. Lg satu lawak org pi suruh azan owais pi takbir raya. Tp ayda jebat ngan alamak lupa nama dia yg heroin kisah kaisara tuuuu. Failed gila ckp bahasa utagha. Hj nana tu je lah power sbb lakonan farouk hussein.

Sinopsis dia takdak sbb aku tgk sambil buat kerja sambil kakak aku tukar2 channel so aku tak dpt main point dia. Cumaaaaaaaaaa ni haa.

K lah depa laki bini pi buat haji. Then adegan masuk bilik hotel with ihram and so on. So dorg ckp dorg dh habis buat haji so aku assume tu after saie dan tahallul lah kan. Sbb nana tu pakai ihram lagik. K tu logik lagik. Namun apa aku tak puas hati lepas tu adegan di malaysia pak lebai ckp kat owais "jgn sesedih. Lusa dh nak raya." So get the point tak?

Cmni lah. Raya jatuh on 10 zulhijjah. So wukuf arafah shud be on a day before which is 9th. After tu masa hari2 tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 zulhijjah tu masa melontar jamrah, bermalam di mina apa semua. Jd lepas 13 tu baru boleh masuk mekah balik utk habiskan tawaf, saie dan tahallul. Baruuuuu habis haji. So sgt tak logik dialog "lusa raya" dr pak lebai tu. Sbb paling comman habis hj dlm 13, 14 gak lah.

So paling aku boleh assume pun adegan lusa raya ty terkeluar lambat sepatutnya sebelum mak bapak dorg habis perform hajj. Aku boleh lah assume pasai aku tahu lah jugak fakta itu. Kalau taktau?

Mmg lah depa boleh kata, alah sajeee je nk buat drama gitu2 je. Eh remember, drama tv pun shud bg ilmu or info berguna. sbb tv tu medium yg bagus. Tp bila di pandang enteng pada sesuatu info, so apa yg dorg yg taktau ni dpt?

Let say aku budak kecik dan mak ayah aku gi buat haji. Disebabkan cerita itu, aku tunggu mak ayah aku balik on raya sbb mesti haji dh sempurna kannn? See? Nk buat sesuatu pun pikir future gak. Jgn penting diri janji org gelak.

Ke ape aku ckp salah? Maap zahir batin.

05 October 2014

Salam AidilAdha

Assalamualaikum buat aidil dan adha yg dtg menjengah *lawak paling hambars baik pi tejun bangunan plis.* kbye.

Sehari sebelum raya korban...

Aku: Ma, ustad kata boleh korban utk nama org len ma.
Mama: Mmg lah boleh. Tp mama mampu sorg je. Utk mama.
Aku: Mama dh buat korban berapa kali.
Mama: Rezeki lebih, alhamdulillah mama buat korban tiap2 tahun.
Aku: Ohh tahun dpn ma buatlah korban atas nama adik ma.
Mama: Apa pulak, tunggu lah kau mampu sendiri nty buatlah korban.
Aku: Alah lambat lg. Ustad kata kalau buat korban, dekat akhirat nty kita ada binatang tunggangan. Kalau mama ada banyak, bg lah adik sekor binatang tu?

Masa hari raya korban…

Aku: Nanti ma buat eh nama adik. Adik nak ada binatang tunggangan kat akhirat nty.
Mama: Tunggulah kau ada duit sendiri.
Aku: Alahh nty kalau tak sempat cemana? Mama bg adik sekor eh?

Tetibe ptg td…

Mama: Tahun dpn kakcik boleh masuk korban dah.
Aku: Adik nak masuk gakkkk. Kalau adik pakai duit tabung haji boleh?
Mama: Yelah tahun dpn kalau ada duit lebih mama buatlah korban dua.
Aku: Yeayyy mama letak nama adik tau. Nty adik bg duit jugak.
Mama: Jgn korban harga 650 kau bayar 50 je.
Aku: Taklah adik bayar lah ratus2. Mama support sikit.

Alhamdulillah. Target next year punya korban. Apa salahnya korban duit sejemput demi reda Allah dan tunggangan masa akhirat? Maka beruntunglah siapa mak bapak yg buat korban utk nama anak2.

So selamat haru raya korban guys. Makan tu makan jugak. Tp tersasar bg daging korban ke non muslim pulak yunk. Emmuah.

P/s: Kalau adik mati, tinggal wasiat buat korban atas nama adik cm over ke?

29 September 2014

IIUM Song - Leading The Way






Firstly, let's play the song. Sambil dengar boleh baca. The first time nak nyanyi masa tawe. Masa tu ramai orang kata lagu uia ni tak best, Dorang kata lagu cfs lagi seronok. hehe. sorry dah lupa macam mana lagu cfs.

the moment committee cakap kita nak pasang lagu uia, bawak keluar lirik dia. then dorg pasang lagu in as video so ada lyrics atas tu. nak tau apa respon aku? TAK LAYAK!

LAGU NI TAK LAYAK JADI LAGU UIA. okay maybe layakkk. aku tak nyanyi lagi sebab nk dgr lirik je. sambil aku membaca lirik, guess what, mata aku bergenang dgn air mata. sbb bg aku lagu dekat sekolah, u patutnya membosankan dan menyanjung amat sekolah atau u tersebut. tp feel lagu ni lain mcm sgt.

feel inpired.
feel motivated.
sungguh.
tak pernah aku bergenang air mata pada lagu yg pertama kali aku dgr.
sungguh, aku jatuh cinta.

music dia eventhough cm slow sikit tp sedap dgt. boleh bawak masuk bilik karoks masa tension study.
sampai satu tahap aku ckp kat diri sendiri, kalau aku stress nty, aku nak dgr lagu ni. so here aku letak lirik lagu ni.



Lets lead the way
Enlighten the future
Share the wisdom
Through the spirit of Islam
Revelation and Reason
We shall excel, we shall prevail
Merging faith and knowledge 
Were the khalifah
Well fulfill the Amanah

Chorus:
Together,
We make the world a better place
Forever,
Expand the culture of Iqra
IIUM,
Is to realise, the meaning of
Rahmatan lil-Alamin

Together,
We make the world a better place
Forever,
Expand the culture of Iqra
IIUM,
Is to realise, the meaning of
(Mercy to all the worlds)
For all mankind



what can i say, yes baru a month, i can say that i am very proud to be as one of student in here. carik lah memane lagu u, ada sentuh kenapa kita ada di dunia as Allah said in quran, kerja kita jadi khalifah. ye, antaranya jd org berilmu dgn belajar. tp tak semestinya dgn belajar, awak boleh menjadi khalifah Allah yg benar. got what i said?

lagi aku jatuh hati pada lirik Rahmatan lil alamin :') semoga terus tabah di uia :D


salam sayang,

25 September 2014

Jatuh

Assalam alayk. Every sem in cfs, mesti ada one day yg aku down. Stress with studiea. But selalunya at the end of semester.

But today, the third week or studies. And i felt down. Stress. Bila pandang tuto static pastu stuck tatau nk buat apa. Blank habis. Tuto patut buat last two weeks tp sampai sekarang tak habis2. Sungguh aku masih tk dpt adapt masa sini lagi. Balik bilik patut buat tuto tp pi tdo. Bukan setengah jam, tp dua jam. Masa aku makin berlari kencang. Dan aku tersungkur utk mengejar.

Lagi pula bila aku lagha pd laman sosial. Oh why i have smartphone. Why why?

Memanglah, life kat degree tak seindah biasa. Rasa nak nanges.

Cukup lah Allah bagi ku. Aku ada Allah kan. No worries. Hasbiallah wanikmal wakeel.

22 September 2014

Tepati Masa

Hai korang *i mean to the walls and so on. Hewhew*. Assalamualaikum to those yg boleh jawab salam. In case awak tu human. Sbb since sy tukar url, takde siapa nak layan blog sy ni. Kurang promosi ni.

Okay now i'm in a bus. Nak balik kl balik. From melaka. Bas ni bertolak pukul 9.56. Wngauuu. Mungkin ada yg kata "ni lah lebih punctual ni". Yelah awal 4 minit dr pukul 10. So since bila malaysian punctual? Hakikatnya aku patut naik bas pukul 9.30. Tp bas sampai pukul 9.55. Aku cuba utk husnudzon dgn mengatakan tiket aku tersalah cetak mungkin? Mungkin sebenar pukuk seploh. Mungkin. Mungkin jugak the driver tak perlu nak pkey sakitkan hati penumpang, sbb penumpang ada 3 bijik je. Eh?

Hakikat tetap kisah yg benar. Dan mungkin itu hanya utk menyedapkan hati yg sedang panas membara. Heh setan, jgn porak peranda kan lg jiwa aku? Sbb aku mengejar kuiz static pukul 2. And i need to discuss something yg aku tak paham with shera and dira. Dan aku nak tdo dlm bas tp takut perjalanan tak smooth, baik aku belajar dlm bas kan? Korbankan sedikit waktu. Haa masa lah tu.

Kebenarannya aku cuba meletakkan kesalahan kpd bas yg dtg lambat. Padahal aku boleh je balik semalam? Kan? Banyak je cara lain. Boleh jugak yg aku tak paham tu, pi tanya along angah but dorg way too genius and selesaikan cara yg aku tak paham. Aku cuma pelajar tahun satu. Depa semua dh graduate. Araso?

Kembali pada masa. Malaysian mmg terkenal dgn punctualnya tahap kaki di kasut. Ye aku org malaysia. Dan aku tahu bukan semua begitu. Cuma most of. Termasuk aku. Bila aku yg melengahkan, chill lah. Bila masa aku yg dilengahkan, melatah pulak. Sgt manusia nya aku ni kan?

Antara dialog common, "lek ah, dia mesti lambat jugak." mencerminkan mmg semua expect malaysian ni tak reti nak tepati masa. Dekat uia, lect yg masuk sebelum aku mesti lect foreigner. Yg masuk selepas aku tak semestinya dh lambat. Boleh jd aku dtg awal kan? Boleh je jadi.

Just kagum dgn mereka yg punctual. Tp iman dorg ni tak setebal mana kalau korg nak duga. Dh kalau asyik dia yg paling awal tp dia kena tunggu jugak, tak ke namanya hilang kesabaran dan kewarasan? Aku pun sakit hati jugak. Contohnya mcm td.

Dan tak semuanya aku on time, tak semuanya aku awal dan tak semuanya aku lambat. Aku fleksibel. Depend on 2nd or 3rd party. Kalau sudah terang lg mau suluh depa lambat, kenapa aku kena awal? Baik lambat lah sekali. Heh, iman aku kan tak tebal utk bersabar.

Kalau semua manusia mcm aku, either malaysian ni punctual or lambat. Or tau. Bkn dan. Cuma jgn lah semua mcm aku. Nanti bumi haru biru.

Kata imam syafi'ie aku petik dr buku Dianogsis, "peredaran masa memang aneh namun lebih aneh bg manusia yg melengahkannya."

Indeed masa itu emas, malah lebih berharga dr emas. Sbb masa berlalu takkan kembali. Tapi kau boleh beli emas yg baru. Precious than gold. Seriously.

Sekian dr sy manusia aneh yg selalu melengahkan masa.

19 September 2014

Ta'aruf Week Iium 14/15 Part 2

Assalamualayk! Haha. Dah tiga minggu baru nak tulih pasal tawe part 2. Well well nak carik mood nak menaip kau pikey semudah mengail ikan di lautan samudera? K taip lagi mudah -_-

Ookay. Ni tulis atas dasar hengat tak hengat namo eeh. Hmm. Last i wrote pasal kj and merdeka and so on right? So i just continue on cultural night and baiah ajo lah eh.

So cultural night is not under tawe committee. Ni kira kau nak gi, pepandai hengkau lah. Pakaian pun pepandai hengkau lah. Pasal pakaian tu aku ada tulis kat entry tweet acah paneh melecur hati aku tu. Puih. Hahaha. So ktorg bertiga plan lepas isyak baru pegi. Depa start dlm 8.30 kot. Apa2 pun solat di utamakan k? Si smpai tu dh kat persembahan keempat. And typical shasya was amazed by the guy that playing cak lempong. Walau tak nmpak muka hensem ke idok, but typical shasya love the way of his style. Dia pakai kemeja putih and pakai kain sal warna hijau lilit kat leher. You know kain sal tak? Yg pak arab suka pakai kt kepala. Org mesia pakai kat tengkuk jaa *gelak kecik* masa tu ya Allah amazingnya the only one brother main. Siap ada part solo lg. From that moment, i want to enter caklempong club. Atau nama lain setelah aku gigih cari twtr mereka iaitu andeka caklempong. Style enn. And typical shasya, dia dah lupa mcm mana rupa bro tu. Sbb emm sbb ehh perasaan typical shasya can fall in a minute. And hilang in two minutes aa *kasi can aa*.

And lastly baiah. Why i like? Sbb kami dh official jd iium student lah kan? Hewhew. I like the way uia sambut rector dia dtg. Pasang zikir ya Allah alunan dia sedap yahamat. Geram aii. Takpun kdg2 dorg psg bunyi kompang ke gendang ntah yg penting percussion. Sedap ohoi. And shasya sang the iium song dgn penuh semangatnye sampai rasa nak mic, takpun nk karoeke lagu tu bulih?hahahaha. After baiah tu, Ada slot usahawan tuuu. So semua dh jd students rasmi so semua malas nk dgr so aku tdo. Weeee. Seronok hokay seronok. After that habis lah tawe kami.

So zillion thanks to all committee members. Specially khaled *hewhew* and head multimedia bereau *pipi memerah*. For entertain weolls. For marah weolls. For taknak senyum. But weolls paham, keje tu penat angat. Tp the video of committee tu mmg best. Style. And funny? Eh? Boleh lahh. Lastly, enjoy the pics yaa.

16 September 2014

Kenapa Ana Ditarbiyah?

halaqah kedua di uia gombak. dengan task tazkirah ringkas 'kenapa ana ditarbiyah' betul2 membuka fikiran ana. yg asyik berat hati untuk meneruskan langkah di dalam dunia tarbiyah ni. namun ana sering menjadikat ayat 41 dari surah atTaubah sebagai rujukan hati.
Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. [9:41]

sewaktu cuti 3 bulan yang lepas, memang ana sgt teruk. iman mmg sgt futur. agaknya jika boleh diukur, iman ana merudum jatuh tak naik naik. sehingga ana malu untuk menghantar mutabaah kpd murobbiyah ana. ana merasakan yg ana tak mampu menggalas gelaran akhwat pada bahu ana. memikirkan memang halaqah ini akan diteruskan pabila di gombak kelak. cuma, hati ana terlalu rapuh. terlalu lemah untuk kembali mengikutinya.

walau ada sahabat ana berkata, tak join usrah, tak semestinya tak boleh ke jalan Allah. benar, tarbiyah ini bukan the only way nak menuju Tuhan kan? tapi kenapa kaki masih melangkah ke masjid sewaktu msg dari akhwat mengajak pertemuan halaqah yg pertama? tak sampai hati kah? lalu otak ana berputar dan hati berbisik, 'ye, kenapa aku masih berada dlm gerabak tarbiyah ini? walau hati aku berat?' 
dan ini menjadi minggu kedua adanya halaqah. kerana otak ana terlalu berat memikirkan, maka ana menggunakan bantuan google. dan berjumpa dua blog yg amat membantu. bukan setakat membantu ana membuat tazkirah, juga dapat menjawab segala persoalan di kepala ana.
oh ye, ini blognya --> KLIK SINI dan KLIK SINI JUGA
jadi, ini hasil tazkirah ana yg akan ana sampaikan kelak. in few hours more!

apa itu tarbiyah? tarbiyah ini pendidikan. ana mungkin masih lg orang baru dlm dunia tarbiyah ini. jadi iman ana banyak turun dr naiknya. ana tertanya-tanya pada diri ana, kenapa ana masih mengikuti tarbiyah ini? soalan in berlegar-legar di kepala ana.

tarbiyah ini bukan satu-satunya jalan menuju Allah. jadi kenapa ana memilih jln tarbiyah?

ana percaya proses tarbiyah ini adalah proses yg paling berkesan untuk ana berjumpa Tuhan ana kelak. untuk ana memasuki syurgaNya. kerana proses ini membentuk peribadi ana sendiri. secara peribadinya, ana dpt merasakan ana boleh mengawal marah dan kesabaran ana walaupun belum sepenuhnya lagi.

lepastu ana dapat mengenali lagi Tuhan ana. dan Tuhan kita semua lah. melalui apa? melalui surat cinta dariNya :) iaitu kitab Furqan. mungkin dari dulu ana hanya baca tanpa memahami. namun bila mengikuti tarbiyah, at least ana paham utk tadabur al quran, sharing favourite ayat ana dari quran ^^ seronok sgt masa tu.

ini semua ana dpt masa ikuti tarbiyah sebentar di cfs. jd bila ana pkey blik, semua ini bg manfaat. jd kenapa ana harus berhenti perjuangan ini?

mungkin cuti dulu ana futur kerana tiada akhwat di sekililing ana utk saling igt mengingati. jd sekarang ini lah masanya ada kembali akhwat2 di sekeliling ana. ada halaqah utk saling igt mengingati kan? so why shouldnt i grab the chances? get it?

dan harapan ana, untuk mentarbiyah diri ana supaya dpt mentarbiyah orang lain juga. lagi2 akhir zaman ini, manusia semua berpesen-pesen ouh! at least ana dpt sediakan jawapan utk Allah bila Dia tanya kelak. dan tarbiyah ini bkn berhenti takat hentinya ana di iium. biarlah seluruh hidup ana ini, sentiasa ditarbiyahkan. insyaAllah. doakan ana istiqomah ye? dan tak futur pabila cuti. eheh.

p/s: kalau rasa awkward, tukarkan 'ana' as 'aku' sbb tazkirah, kena pakai ana. tp bila berbicara dgn diri sendiri, aku adalah pilihan bagi aku. chow.
salam sayang,

14 September 2014

A new beginning


akibat naluri terlalu mendesak. biarpun ketakutan menembusi hati, namun tekad harus di kuatkan!

aku masuk ke bilik, pergh bau perfume nya. kuat amat. oh, nampak gaya mcm nak keluar je ni. so lets move bebeh. aku meletakkan purse dan kertas2 yg aku print di bilik bawah di atas meja aku. dan aku tunggu dia dia 'ruang tamu' bilik. melihat dia keluar, lantas suara aku terlontar keluar.

"err hai? boleh kenal?" sambil menghulur tangan.

tangan ku di sambut lantas diteruskan perbualan, "nama apa?"

"panggil siti je."

"oh siti. second year ke?"

"umur berapa?"

"doploh"

"haa, sebaya. panggil aku-kau je boleh kan?" direct. sungguh direct dia yg bernama siti ni. dia yg aku baru hendak menegur setelah seminggu lamanya. heh. sungguh bangga.

"eh boleh boleh."

"sorry ah, aku mmg bukan jenis menegur."

"aah, takpe takpe. aku pun awkward." nampak tak aku awkward sampai aku tak paham kenapa perlu aku keluarkan dialog awkward padahal aku nak cakap yg aku tak suka tak bercakap bila sebilik.

perbualan seterusnya berkisar mengenai pertanyaan dari dia, "siapa johor? oh kau sarawak ah ni" dan dia keluar kerana hal nya yg sendiri.

tazzabar nak kenalkan shera dgn siti. hewhew.

so i guess this is just a start. and hope will find pretty ending between me, shera, latifah and siti. tp masih nak prereg mahallah kelak aku nak bawak dira dan bila. hehehehehehe.

salam sayang,

Dunya

Dunya matters make me sick! Sometimes when i was so tired enough to face the life, i feel like want to leave the world right now. But then i afraid, were my deeds enough to be presented in front of Allah later? After while i know, there's reason why Allah still giving me oxygen to breath. There is.

Dunya dunya. Even me, myself feel so attract to dunya. Like i don't even know that i will die soon. See, i'm totally into dunya that i forgot abt akhirat. Shame on me.

I'm not an angel without a sin, but i am a human or should i call myself as sinner?

12 September 2014

Genite


ni masa tulis ni tengah down! td balik bilik en, lepas keluar teman faz amek anith kat pekeliling. baru tau anith tu silent reader blog haku *lelambai anith* hahahahahahahah. bangga mak nyah! okay tp bukan tu buat aku down.

aku ada roommates. selain shera, ada latifah budak afghanistan dgn lg sorg yg tak pernah ckp walaupun dh seminggu! so td dgn semena2 sy tgk dia masuk compartment latifah ckp ape ntah pastu gelak2. pastu sy jeles ya amattttt. kenape tanak tegur sy selama ni? sy sikit lg nk nangis tau! dh lah shera takde. lagi sadis ni. so dgn itu, plan study mlm ni ke laut aaa. sbb stress lalu ingin tdo awal. bai!

p/s: going to plan something to overcome this problem. shasya benci bila dlm bilik yg sama tp tanak bercakap baik takyah duduk bilik, masuk kubur sorg2 -.- *kasarnya, silap2 aku yg masuk kubur dulu!*

11 September 2014

Aku Rindu Kau

setelah beberapa lama berlalu, mungkin berbulan. lama aku tak menangis kerana kau. walaupun mulut aku mengatakan tidak kisah, tapi hati aku tidak menipu. malam ni, air mata aku gugur kembali. sudah setahun lebih kita bergaduh kan? aku tau aku takde peluang langsung utk bersahabat dgn kau kembali. aku tau aku tak layak. you deserve better friends. even when i wrote my name as nsy, i will remember you. you give me such in pain girl. kau fikir aku dah lupakan kau? tak pernah sekali pun. ye, aku stalk kau punya wordpress. dan aku berhenti di post yg ke 20 bertajuk mulut. aku nak tulis sini boleh?
Mulut,
Terkadang bicaranya sungguh lantang,
Membuat semua mata memandang,
Lagi-lagi bila butirnya indah penuh kasih sayang.
Tapi sayang,
Terkadang bila diri dikuasai amarah,
Mulut turut beraja lela,
Semua orang diherdik dicela,
Sehingga menyakitkan jiwa.
Itulah,
Pabila marah jangan bicara apa-apa.
Berapa kali mahu dikata.
Terkadang diri berkata lancang ketika emosi sedang kencang.
Semua hati telah ku calarkan.
Walau bertahun sudah berlalu.
Walau sudah meminta ampun.
Perkataan kasar yg terlontar itu tidak sekali engkau lupakan.
Yang sesekali membuat hati penasaran.
Betullah orang kata,
Once it was said, it can be forgiven but not forgotten.
Maafkan aku ,
Wahai hati-hati yg tersentuh dengan kata-kata ku yg jahil dikuasai syaitan.
Maafkan aku kerana tidak menjaga perasaan mu,
Aku juga turut terluka ,
Yelah,
Kerana mulut badan binasa.
Berhentilah seketika.
Mulut perlu dijaga,
Jangan biarkan bisanya menyerang.
Kelak diri tak lagi disayang.
Mulut.
Pembawa bencana,
Pembawa bahagia.
Antara dua.
Pilih sewajarnya.
kenapa aku terkesan? kerasa setahun kita bergaduh kerana mulut aku yg mengeluarkan perkaatan yg kau tak suka dlm keadaan aku amarah. dah banyak kali aku ulang tayangan mlm itu dlm otak aku. tk dpt hilang. masa umrah, kemain aku doakan supaya kita dpt berbaik. namun balik malaysia, doa itu hilang. entah, reda mungkin? pernah satu ketika aku marah kenapa Allah uji aku begini but then maybe this is the best for me.  aku igt aku dh lepaskan segalanya. tapi tak. sumpah aku rindu kau sgt. and no one could replace you. even though aku bukan pun salah satu dr bff kau. takpe aku sedar diri. ini kali kedua aku ckp, kalau aku masih igt, jika aku ada anak perempuan, aku akan namakan sempena nama kau. tanda aku masih igt kau dan berharap dia akan menghilangkan rindu di hati aku terhadap kau. cahaya mata kewangian :')

10 September 2014

Good friend

Assalam. How do you define a good friend? A friend that care for you? Be there whenever you need or you dont need? Always stay by your side? Wipe your tears when your cry? Laugh when you makes jokes?

No. My answer that is not enough to be a good friend! Is that so, there were many good friends around us. Buy thats not a good friend in my term. You know how i define it?

A good truly friend is whenever he or she with you, you will remember Allah. Or in other word, a friend that can lead you to the right path. Not just happy with anything that can make he or she happy even thought he or she is doing wrong!

Allahu. Ternyata aku bukan kawan yg baik. Kerana aku mampu membenci dalam hati segala perkara buruk yg dia buat. Itu lah selemah lemah iman. Walaupun orang itu amat rapat. Namun utk mengungkapkan aku lemah. Aku biarkan dia hanyut hanya kerana dia bahagia. Bahagia in term of dunya. You're leaving the world soon but why pleased dunya more than akhirah?

And me? Hanya mampu mendoakan rezeki kecepuk Allah kurniakan pada mereka, ibu bapa yg mahu mereka kawen awal. Please oh Allah. Please let them get married. I beg You T.T sbb aku tahu aku turut sama mengumpul dosa sdg dosa aku yg lain bertimbum tak terampun.

In my life, there is no 'putus kawan'. Takde istilah 'aku tak layak nak kawan dgn kamu sbb aku tak sebaik kamu'. No, aku takde hak nak ukur layak tak layak. Aku hanya layak pimpin kamu ke jalan yg Allah reda. Namun itu pun aku tak mampu. Sebenarnya aku yg tak layak bersahabat dgn kamu.

In conclusion, i know i'm not a good friend.

05 September 2014

#TweetPanas1

So whatt with that skema things? Janji tutup aurat sudah lah. Well mata manusia. Like to judge! Pfft.

-lepas geram. Sbb org lain pakai baju lain, tudung tak putih. While aku pakai tshirt tawe and tudung putih sbb mls nak iron. Then i saw depa gelakkan kwn dorg pakai tawe tshirt and tudung hitam. Nape tak gelakkan aku je pakai tudung putih? At least aku dh basuh tshirt ni en. K. So geram ini terluah nak tutup malu gak. Tp sedapkan je lah diri ini. To the citra we go!

Ta'aruf Week Iium 14/15 Part 1

Hai. Assalamualaikum. Plan nak cerita kat blog tiap2 hari. Cumanya asyik busy, takde masa. Kalau ada pun, prefer tp rest. So aku amek kesempatan tgh merdeka celebration kat cac dgn all staffs iium untuk tulis tawe part 1. Kira dah 3 hari dah aku bertawe.

First of all, daftar masa pagk 2 sept. Disebabkan mama nak cepat sgt, so aku terpaksa daftar cepat. Dan shera pulak dtg serentak. Dira lambat just few minutes. So aku dpt sebilik ngan shera je. Sorry dira :'(

Then pukul 2 dah kena gather kat compound mahallah asiah sbb nak start dah tawe. Sampai2 cac amek tawe kit ada baju, jadual,mathurat and so on. Ada patut dia bg aku saiz m?Perli lettuw brother tu. Then tunggu utk dgr tawe briefing.Berkenalan dgn pm for tawe and some committee, masa tu committee told us that once dah sampai masjid or cac, mmg takkan balik selagi segala slot tak habis! So agak culture shock gak ah. Gila kau panas melekit tak boleh nak mandi lg oii. 1 baju for one whole day! Like seriously? Heh. 1st day sampai bilik Ya Allah rindunyaaa bilik oii. Pahtu okay dah pun. First day punya activitiea cm play gak. Sbb mlm.tu ada slot dgn Prof Datuk Dr Mizan Hitam. He's so cool as i felt like falling in love. Haha. Sbb aku tak mengantuk masa mlm tu.

Second day gerak since subuh. So bila calculate, lapanblas jam pakai baju kurung yg sama! Tp dah pandai gak ah. Bekal bedak, perfume. Yelah tak mandi enn. Kahkah. So second day tu jumpa rector. Oh ye. Aku suka budaya sini bila vip dtg. Music alu2an dia sgt gempak. Then baca asmaul husna. Sekali nyanyi lagi IIUM. Aku boleh katakan aku suka sgt lagu nk. Walau tak rancak mana pun tp lirik dia buat aku meremang bulu roma ouh. Nanti aku share lirik dia okay. Rasa mcm kalau down, stress pasal study, lagu ni boleh jd lagu motivation. Second day ni sgt penat tatau kenape. Padahal ulang alik cac dgn masjid je pun. Cac pulak selesa. Oh haa tak seronom sbb dpt kerusi bawah. Tk dpt tdo, kerusi sakitkan ontot. Harhar.

Semalam third day tu galak. Satu sbb ktorg overslept so ponteng subuh jemaah. Pahtu dorg bg nasi lemak. So aku terpaksa tdo dekat dlm cac. Dpt seat atas pulak en. Pahtu shera amek gambar pulok -..-. Jatuh maruah aii noks. Pahtu sesi kaunseling and finance okay ah. Tak ngantok mana. After zuhr kena balik mahallah tukar baju. Ada slot ngan mahallah memasing. Pukul 6 pegi balik masjid. Masa tu aku rasa bagusnya dia tak kasi balik mahallah selalu. Penat kot. Yg pasti mlm td betis aku sakit gila sampai kena solat senget. Muscle tumbuh kah? Kehkeh.

Last night should be slot with KJ tp dia tak dtg pulekk. Aku dh eksaited dh okay! So mlm td berlatih for baiah ajew. Menyanyi lagu iium 3 kali noks. Baca oath apa semua. So thans to KJ, ktorg dpt balik mahallah awal sejam okeh. Rasa cm dh tdo awal kot. Tp still subuh pagi ni terlepas g masjid lagi :( Terukk perangai oii.

Banyak benda aku puas hati adalah makanan dorg. Semuaaa sedap oi! Dah lah free lagi. Tak jd nak kurus cenggini. Hahahahahahahahaha. Committee pulak? So-so lah. Sbb ada yg garang, ada yg okay. Tp aku paham lah dorg. Mestilah stress tau. Nak uruskan ktorg yg almost 2 ribu ni. Ktorg pulak of course lah nakal. Haih. Hehe. Sorry and thanks a lot committee.

Okaylah sekarang tgh KJ berucap. Nak fokus ke idok? Sbb iolls ngantok. Panjang pulk speech dia. Mungkin ganti mlm td punya. Haha. Kbye. To be continue kalai rajin dan ada mood k? Nah pics.