"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

19 December 2014

Jodoh


taknak sembang panjang pun. banyak kali dah aku post pasal jodoh ni. as in aku tengah single mingle *k takde kaitan*

"kau percaya tak pada jodoh?"

"percaya je."

"siapa yg tentukan jodoh?"

"Allah lah".

"percaya tak ada je pasangan bercinta bagai nak rak dari bangku sekolah tapi last2 kawen org lain gak."

"normal lah tu. takde jodoh."

"ada jugak yg bergaduh 24 jam tp tgk2 dah kawen anak empat."

tu lah jodoh. jodoh dari Allah namanya.

kun fayakun kata Allah maka jadi lah.

nak pertikai apa lagi? sakit? kan? aku pernah rasa kena tinggal. kalau dah tau sakit, kenapa nak jebakkan diri dalam kencah bermasalah ni? perasaan tu fitrah. aku pun ada je suka org. *cuma takde sape suka aku blek je* yg paling penting salurkan rasa cinta itu pada saluran yg betul. 

jgn obses kejar cinta manusia. takut kau lalai sampai tak sedar cinta Allah dah lari jauh. sentiasalah berfikiran positif. Allah takkan bg ujian kalau kau tak mampu tanggung remember? semua perkara Allah takdirkan berhikmah. Allah takkan jadikan sesuatu perkara sia-sia. even kucing kau mati pun bukan sia-sia.

satu je. percaya pada Allah. cukup. tak payah percaya sgt pada manusia. manusia ni auta je lebih. lagi2 lelaki. pfft. mulut je manis.

satu je. kalau nk syg sesiapa hatta mak ayah, suami sekalipun jgn berikan 100% sayang pd mereka. at least simpan 0.001%. 0.001% ni lah yg bg kekuatan utk terus hidup. kalau bg 100% nak nak hidup cemana? yg boleh bagi 100% hanyalah mas idayu pada Allah sahaja.

kau cinta Allah tak? cinta Allah berada di tahap yg mana? pertama? baguslah. Kalau yg pertama, jika Allah tarik cinta manusia dr kau pun kau tak rasa apa. sebab kau ada Allah.

"kau cakap senang lah. yg rasanya aku"

itulah function aku nak cakap. nak kasi kau rasa senang mcm mana aku rasa senang.

terima denga reda. yakin dgn takdir Allah yg akan bawa kau bangkit semula dan berikan sinar pelangi yang baru.

duduk diam2 muhasabah kenapa Allah timpakan masalah ni. mungkin Allah rindukan kau. mungkin kau terlalu lalai merindui manusia sehingga terleka. bangkitlah. keluarga kau masih ada. kawan2 kau masih ada. move on bebeh.

p/s: selagi tak ada hubungan halal, tak payah nak cintan cintun. hubungan mcm ni mmg lemah tambah lagi godaan syaitan kan?

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~