"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

13 November 2016

Day 318 of 366: #HIDAYAHxPENANG


Start: 12 nov 16; 2322

Heyya! Lama gila nak menaip tapi since balik dr Penang tu masyaAllah busy betul hakak. Dua minggu hakak stress sampai rasa orang yg takda kaitan say hi pun rasa nak jerkah! Haa gittuw tahap stress dia over betol. 

K k done merepek, so tujuan nak menaip kira appreciation post gitu lah. Ingat tak #TeamHidayah? Aku pernah tulis pasal depa. Uisy sayang masetu kat depa sampai aku terus lupa crush yg baru sebulan aku crush. Hilang terus sbb sayang kt derang dh penuh tak muat utk crush dah kihkih. Cukup chiachia seed tak? Pendekkan je lah, derang ni sesama jadi committee utk jaring outreach kat baling kedah setahun lepas. So bila dah kamceng gilos, ktorg plan utk buat trip yg pertama ke langkawi. Pun ada dlm blog ni jugek. Jap carik link sat.

Ni post pasal team hidayah (klik SINI )

Ni post pasal trip ke langkawi (klik SITU)

K jumpa euw tajuk skema gilaaa hahaha. Okay tu bukan point utama, tu baru muqadimah ye anak anak. K last trip (which was the first) aritu february kan. So plan masuk semester baru ni nak lah trip lagik. Sbb mana puas jumpa sekejap je. Mestilah nak lepak2. Dah lah 3 org drpd kami dh grad, dh kerja pun weh. Maseni jelah nk buat bonding sambil merasa duit gaji derang dgn depa kan. So lepas plan ala kadar (sungguh kadar ye plan kalini) dan lepas bincang2 tempat trip (dan tempat cadangan aku which is cameron highland fail tagunee! Ahahaha) maka kami setuju memilih penang. Aku cadangkan cameron pd awalnya sbb mama baru balik dr sana. Jealous k. Masa gi langkawi tu pun sbb mama ngan kakcik baru balik dr sana. Hahaha hidup aku penuh dgn perasaan cemburu ghupenya heh. 

K k tutup cerita peribadi. Penang dipilih sbb dulu blek dr kedah igt nak singgah penang tgk matahari terbit (pergh iye je aku cerita) tp ada pulak org (read: jati) nak kena sampai kl cepat hahaha sbb dia (read: jati again) ada date lain puleks. So why dont kita naik utara again ke Penang? Aku pernah gi penang tau masa 19 tahun kot sbb dpt tiket free tu pun satu malam ke dua malam ntah. Tp masetu bg aku penang is SO bosan. Haa nampak tak tahap bosan dia lagu mana? So why don't we go maybe my perception would be change kan? Lagi2 dgn kesayangan gila tak happy!

So plan pun start. Plan nya masa hujung cuti midbreak, of course weekend sbb ada org bekerja remember? Lagi2 ada yg kerja sabtu (read: acap je) so kena carik tarikh yg sesuai utk semua. Should be, aku kira bajet tp dlm team ni ada orang terlebih semangat (read: capik) maka dia yg buat tentatif, kira bajet pasemua. Pendek cerita dia pm, dia fc kirakan bajet, dia pc, catering pun dia, kadang2 pubpro so senang cerita bg je semua position kt capik k. Hahahah. Pendek kata aku tk buat papa kecuali mintak duit org (which is my hobby since sekolah rendah). Semua capik plan. Aku ada je usha2 tempat, save link dulu igt masa free baru nak search tetiba capik dh buat semua. Lagi bagus sbb aku busy gila entah lah padahal baru student over betol. Aku cuma search accommodation je. Jumpa dorm utk 8 org rega rm40++ tp capik boleh jumpa rega rm30 cis aku kalah lagi.

Rough plan, gerak jumaat malam (28/10) (sbb derang masih kerja hari jumaat), sampai penang subuh lepas tumpang mandi solat kami memulakan expedisi perjalanan kami round penang satu hari. Ada bukit benda, penang 3d street art. Blek ahad pg tu sbb nak kejar derang nk amek robe and apa ntah lagik tk igt rough tentatif (siap masa lg nasib capik tak buat master plan dan floor plan phew). Lepas tu masa pening bincang nk tdo mana, shera come out with idea tido dlm khemah which most of us agree. Pastu derang igt aku taknak heh igt aku diva ape. Aku cuma humble princess KAHKAH. So dpt kata sepakat, sewa khemah. Dpt 4 khemah RM100. Murah khen kira bajet tdo rm10 sorg kot. Pastu diam2 dalam hati aku dh bahagi kan tempat tdo, which 3 khemah gegirls nyer, laki share satu dahlah derang semua sekeping je hahaha. Kak najah ngan shera, aku ngan nana, jati wani sekali didi. Sbb ape aku ngan ana je, sbb aku tk kecik K. So roughly bajet rm60 sorg. 10 khemah, 5 bukit bendera selebihnya tol dan minyak (NASIB MINYAK TAK NAIK LAGI TAUUUU!)

Heksaited punya nak gi penang ni, ada lah few circumstances. Seperti ada org mcm tak jadi join (read: pian) dan ada org mcm tak jadi join jugek (read: pian lagi sekali) *ye aku ulang hahaha*. Pastu ada masalah paling terbesar sehingga mlm nak bertolak still tk dpt figure out which is PUKUL BERAPA NAK BERTOLAK. Sbb masetukan tgh cuti, ade yg balik ptg tu, mlm tu lah. So masih tk dpt decide nk bertolak pukul brp. Ada org keling (read: PIAN LAGI) ckp bertolak awal pas isyak sbb bawak anak dara org tp dia free ambik ktorg pukul 10.50 mlm kau ghase? HAHAHAHA. Mmg bg aku plan mmg tak smooth weh. Dgn shera ws aku cakap pasal plan, dgn ana tk dpt contact hahaha lawak pulak rasa masetu. Gelabah sikit ah. Tp alhamdulillah lepas pian amek ktorg (naik vios dowh! baru mcm habislah punggung kematu nak bersempit 3 org belakang sbb i kan tk kecik tp dpt kereta selesa but guess what still kematu haha) dan kami gather dpn tangga besar mcm biasa tangkap gambar dan berdoa bersama agar Allah permudahkan perjalanan kami. Dua buah kereta, pian, shera, kak najah, hana and aku satu kereta. Lagi satu acap, capik, wani, didi and jati.

Masa tgh tunggu pian sampai dan aku tiada

Lepas berdoa, ayuh selfie satu kalley

Mestilah nak selfie dlm vios kehkeh
So gerak dalam 11 lebih gak ah. Tak jem tp jalan tak kosong sbb deepavali kan. Berenti dalam brp kali eh tak igt pulak. 2 kali ke eh? Satu berenti masa pian mkn bihun tomyam harga rm6.85 (aku taram je) tp tak habis lalu dihabiskan oleh capik yg pd mula mengatakan tidak mahu dan kenyang poodah! Mase bertolak tu lak aku kena sakit tekak (aku syak sbb minum air tk masak kt cafe ruqayyah semalam nyer tu) seksi betul suara sampai rasa annoying dgn diri sendiri huh. Berhenti kali kedua dekat mana ntah sbb kereta terpisah dan derang nk pi toilet. Uisy maseni lah aku rasa ya Rabbi ape dosa aku sampai rasa kematu sebegini hahah. Lepastu teruskan kembali ke penang. Masa sampai jambatan pulau penang rasa wow gilaaaaaa festime en tp masetu gelap lagi. Sampai terus ke masjid negeri penang. Masetu subuh tk masuk lg. Ktorg sampai dlm pukul 5 pagi. Nak singgah mandi pasemua. Igt kami je rupanye ada geng2 trip ke penang jugak. So ramai gak ah berebut toilet masetu haha. Dah habis solat, mandi dan rehat sebentar maka kami gerak pd pukul 7 pg utk pengembaaran upin ipin. Nak tau apa yg kami buat haritu? K sambung tulis besok nak tdo besok ada ever run bye night!

Depan sejid negeri

Hi! Okay kita bersambung semula alkisah semalam yg tergendala hahaha sebab kalau tidak menaip sekarang, mungkin sudah berhabuk mahu pun bersarang cerita penang ni. Ni pun dah kelewatan dua minggu, habuknya sudah nampak sedikit demi sedikit ye. So kat mana kita berhenti? Oh selepas keluar masjid kan? Okay jom mengembara balik dua minggu lepas...

So our ketua rombongan (read: capik) pun bawak pergi bukit bendera. Tetapi gila apa perut lapar kot. Dah semalam yg makan pian je kuikui. So tengah carik breakfast area situ, yg terlihat hanyalah gerai makanan org cina beserta haiwan haram panggang digantung. Hahaha dekat kuching bersepah jugak gerai mcm tu. So last2 kami buat keputusan breakfast di tempat paling eksklusif yakni di dalam kereta dan makan makanan dibeli di kedai paling popular iaitu 7E. Gila tk famous kan? Kak Najah belanja breakfast masetu. Makan roti jelah mampu takkan nak makan megi puleks dlm kereta mahal hehehe. Thanks kak najah for the treats. Dgr2 kereta sebelah pun breakfast acap belanja wohooo KAN AKU DAH CAKAP BEST BERJALAN DGN ORG YG DAH BEKERJA mwahked!

So dari 7E, kami ke parking bukit bendera belah atas, masuk pakai pintu belakang dah aku rasa haha. Parking situ rm5 utk satu kereta. Tu pun pian ngan acap bayar and refused terima duit kami (yes semua pasal duit aku akan ingat!) Pastu kena berjalan (read: turun bukit jeeee) kejap nak ke kaunter tu. Dah sampai kaunter dalam pukul 8 lebih pg aku rasa, setelah kutip 9 mykad budak hitam, aku pun beratur beli sbb aku yg pegang duit semorang, dan mcm biasa aku tarik tangan wani utk temankan. Aku kan tak boleh hidup tanpa teman kehkeh. Memandang ada promotion siapa yg masuk within 7am sampai 9am beserta mykad, instead of bayar rm5 sekepala, ktorg bayar rm3 je sorg so berbaki rm2 sorg (ingat part duit ni tau). Dah habis beli tiket, beratur utk naik tren dia. Nasib baik masetu tk ramai org weh! Just tunggu satu tren je. Mase ktorg tunggu tu, baru cam ramai gila beratur phew. Tren dia ada dua bernama kuPinangkaudenganbismillah dan imanadalahMutiara (sebenarnya perlu ke aku cerita semua ni? pfft)

Sepuluh budak hitam omei hiks
Ya Allah dek, knp muka hakak tkde cahaya tu

Belanja acah candid sat
Perjalanan take about few minutes je (dan sakit telinga sbb berbeza pressure kan). Tp seram gak ah tengok. Tapi takkan seseram masa turun percayalah. Sebab nak naik kan against gravity so force kena tinggi sikit lah haa enjinior sangat pui. Dah sampai atas masyaAllah cantiknyaa subhanAllah! Cantik tak tipu. Tp kabus agak tebal. Tak dpt nak tengok seluruh penang. But still dapat tengok awan. Angin dia sejukkk tp aku still panas entah kenapa tu yg kipas kehulu hilir tu hehehe. So nah gambar sekitar bukit bendera (sebelum masuk muzium berdosa)

Selfie semua ada adalah wajibbul ghunnah

Derang suruh ambik sini sbb kami pendek kahkah utk acap
Ni pun sbb pendek huwaaaa tu gambar jee

And one with my dearest co captain 
Gambar family satu kalley
Semorang kunci cinta mereka tp bukan kami sbb kami kunci dalam hati ketat2 gittuw

Dah habis sini, turun bawah jumpa muzium owl 3d pastu memandangkan tk pergi muzium art 3d penang rm15 tu, aku eager lah nk pergi. Sbb sini bayar rm12 je. Tp tak semua nak. Yg nak cuma aku dan jati (sebelum dia teragak2 utk masuk hahaha) yg lain kira tunggu luar je lah. Tengah bincang2 kononnya, kauter pun baru bukak pastu ckp rega student rm6 je. Maka semua pun tetiba jd setuju hahahahaha derang sendiri yg setuju kot sbb rega murah. Aku tk lah eager mana pujuk derang aku rasa kehkeh. So lebih duit tiket tu kan ada rm2, pakai rm1 sorg dan lain bayar rm5 je lagik. So bermula lah keheksaited nak masuk muzium ittuw. Tapi kusangka panas hingga ke petang, rupanya panas di tengah hari. Muzium itu hanyalah indah khabar dr rupa (habis semua peribahasa keluar apehal?) sbb bukan apa yg aku ingatkan. Aku igt standard lah lukisan yg seakan 3d dan bila bergambar, nampak sungguh menarik tapi aku cuma berimaginasi sahaja kerasa sesungguhnya muzium itu mempamerkan lukisan 2D je dan koleksi burung hantu yg 3D. I mean its not even an art, its real 3D yg kau boleh pegang dan bawak berjalan kah! Dahla kecik je tempat tu weh. Kira tak worth pun bayar rm12. Bayar rm6 pun rasa tak worth rasa patut bg free je kehkeh. Before keluar tu dia sediakan tempat santai dgn patung2 burung hantu yg capik kata kepam baunya. Aku tengok dr jauh comel je nasib tak pegang phew. So dorg (read: pian) ckp tak berdosa kan aku hajak mereka masuk kesini maka disitu lah tercipta nama muzium berdosa. Dan berdosa hanya aku kahkah. So enjoy je lah gambar sekitar di sana okay.

puteri jati dan burungnya

haaa cukup 3d tak burungnya?

Eh shasya lagi? ni jelah yg ada sini hmm
Keluar situ, naik atas lagi. Nak nengok kincir angin katanya. Tp tak berjumpa pula. Jumpa masjid dan kuil atas tu. Beserta ada org promote tayangan 4d pulak. Rega student rm8. Nasib baik derang taknak, sbb aku on je. HAHAHA bab d ni semua bagi je dekat aku. Aku suka. Naik atas tu penat gak memanjat tangga phew over khen aku? Tunggu acap gi toilet pasemua, maka kami bergambar. Dan akhirnya turun balik bagai sirih pulang ke gagang. Masa nak naik tren balik tu jumpa bos acap pulak. Kerja kt putrajaya, jumpanya di pulau pinang gila tak jodoh? Ibarat ikan di laut, asam di darat dalam periuk bertemu jua (aku kisah apa salah penggunaan hahaha). Pastu bos dia offer ambikkan gambar kami omo so sweet bos acap double hiks ked. Nak turun tu seram kot. Laju pulak rasanya mcm naik roller coaster phew. Eh btw jom buat trip ke taman tema nak?

Haa ni baru patung betul, 3d gittuh


bos acap tangkapkan




nah hakak belanja gambar huduh kasi nightmare ket
Dah keluar penang hill tu, perut kami mula berbunyi mintak di isi. Masetu pukul 10 lebih rasanya. So carik tempat makan. Mestilah makan nasik kandaq pa guna dtg penang kalau tak pekena nasik kandaq yedak?Kami mkn kt nasi kandaq line clear tp parking full, tak clear langsung. Parking jauh sikit dah lah terpisah kereta. Kami berlima (read: penghuni kereta pian) sampai lu order lu. Aku makan lauk ayam dan kuah banjiq (wujud ke banjiq?) bak hang. Nasik dia banyak melampau dan aku tak habis pun makan sbb aku mmg tak suka nasik kandaq. Kari dia pekat sgt tak ngam. Kari mama masak je aku suka. Sepinggan tu RM8.50. Lauk dia banyak wey. Ada ketam bapak besaaaaaaar tp tak berani ambik sbb takut mahal. Nah sepinggan besar utk seorang makan.


Saje je selfie habis mkn beserta shades baru hihi
Habis tu ktorg gerak ke queensbay mall. Sbb nya nak outdoor pun panas namatey waktu tu so solution nya cuma mall yg ada aircond. Maka kami kesitu bersedirian sbb terpisah kereta. Parking full weh sampai ktorg kena parking atas sekali kt rooftop tapi jumpa pemandangan cantek ngat nasib baik. Masa sampai tu, aku punya lah rasa waktu dh lama berlalu siap nak solat zohor lagi tp masetu baru pukul 12 lebih kahkah. Zohor belum masuk. So jalan situ jap and plan buat solat jamak taqdim situ je. Selesa sikit. Mula2 derang nk jamak takhir sbb alang2 nk singgah surau mandi mlm tp atas nasihat kak najah, mereka akur dan percayaaaaaalah kalau derang ikutkan nk jamak takhir mesti nyesal gilaaaaa sbb ada insiden ptg tu. Pian pun rest kat surau sbb dia drive satu mlm dan tk dpt tdo yg proper lagi. Ktorg lepas habis solat dan rest, jalan2 lah kt mall tu (specifically tempat jual makanan kikikik) sebelum keluar dr mall pukul 3 ptg. 

Lepastu ke kedai jeruk pak ali. Pun kereta terpisah sbb tak jumpa kereta derang. Capik kata pi kedai jeruk pak ali bayan lepas. Sampai sana call derang, derang ckp dh sampai padiaaaa takde pun. Rupanya derang kt kedai pak ali di sg nibong. Tidak kah kau rasa seperti mahu ali-kan mereka? nasib baik tk jauh nak menapak. Sampai sana shopping dan makan jeruk free hahaha. Aku beli lah sebungkus jeruk jambu batu sbb aku mmg bkn sejenis mkn jeruk mahu pun asam. Dulu kan papa kerja penang, setiap kali balik kuching mesti beli jeruk pak ali dan setiap tu jugak, terjeruk lah jeruk di dalam peti ais tidak berusik. Satu family tk minat. Yg aku eksaited beli kuah rojak mak bee (favourite family ai) dan guava kering. Ni pun lepas mkn wani nyer pastu sanggup patah balik beli haha. Pastu gerak ke rumah p ramlee sesama sbb kalau terpisah lagi, takut sorg ke rumah pak ali puleks *nada sinis* hehe.

Dan disini tragedi penuh bermakna bemula. Since keluar mall tu dh mmg hujan tau. Bila sampai rumah p ramlee pukul 5 tu hujan lebat, nak masuk rumah p ramleepun kena redah. Sbb dah sampai situ kan, alang2 aku redah je lah. Sbb aku ni kira peminat p ramlee sorry lah iolls ol'skool siked. Dorg pun nak rest katanya, nak gerak pukul 6 kang plan awal. Makan pasembuq dan dinner kang katanya char kuey teow. Tapi biasalah manusia merancang je, yg tentukan semua Allah.Yg naik rumah p ramlee 5 org je. Kak najah, hana, wani, acap dan aku. Setelah bergambar dlm rumah dan di bawah rumah, maka kami pun nak balik. Tetiba jeng jeng jeng . . . . . 

Kawasan keluar rumah tu banjir noks. Kira mmg kereta tak lepas. Dua2 kawasan banjir. Solution dia satu je iaitu kembali ke kwsn rumah p ramlee dan berkampung lah engkorang. Sikit lagi nak bukak khemah tau situ nasib ada pondok. So dlm menunggu hujan berhenti (tp sebenarnya hujan makin lebat), ktorg pun main uno sesama. Ada yg tdo dlm kereta. Nak berhuha huha pun rasa bersalah tengok banjir tu tau. Rasa cam apa dosa aku ditimpa benda sebigini. Tp ni semua ada hikmahnya. Mungkin hikmah yg kami nampak, bonding makin rapat? Sbb dr pukul 6 tu, kami main uno seround. Habis seround main truth or dare pulak. Pastu main acah rm yg pass2 phone, kalau berbunyi masa kt tangan kita kita kena jawab soalan2 org bg. Maseni lah rasa kita makin mengenali derang. Yg aku igt, acap nk kawen tahun dpn tp tak tau dgn siapa haha. Doakan lah beliau (tambah kawen selepas trip ketiga kami). Aku ada satu je gambar banjir naik sampai kt pondok kami lepak tu. Dah maghrib hujan masih dan makin lebat ye anak2, banjir dah paras pinggang dah nasib kwsn rumah p ramlee tu tinggi. Sehingga lah pukul 8, hujan mulai surut. Pukul 9.30 mcm tu hujan rintik2 je. Kwsn pintu dpn pun dah surut. Lepastu pukul 10 aku taktau ape jadi, aku pi tdo dlm kereta. Tau2 dorg kejut pukul 11 mlm ckp air dah surut jom keluar. So kira 5 jam terkandas, 6 jam dok dalam tu wey! Takde kedai nak beli makanan. Makan kerepek dr kedai pak ali je hew. Air masak pun habis. Nasib baik masetu dh solat jamak taqdim kau tahuuuu!

View dr rooftoop queensbay mall

Dgn almari bilik p ramlee pun boleh. Pipi nak kemana tu kak?



nampak lantai putih tu? situ je pondok kami duduk
Keluar je terus cari tempat makan. Mula2 nak gi mcD kau tahuuuuu hahaha nasib baik penuh. Last2 makan kt mana ntah. Tp kedai bukak tgh malam. Makanan pun limited. Kami order nasi goreng kpg dgn telur mata mostly. Nasib baik sedap gak ke kami yg lapar tp still aku tk habis mkn weh kau knp shasya sejak bila berubah? Hahah masetu jumpa cruise parking tepi BAPAK BESAR cantik gilaaaa weh lantas aku terdetik, jom trip naik cruise ceyt. Haha takpelah aku suruh laki aku belanja utk honeymoon nty je lah noks. Baru boleh buat acah titanic ked. Habis makan nak mandi solat pasemua singgah masjid kapitan tp tutup puleks so ke masjid negeri lagi sekali. Mandi dan tdo situ. Nasib baik pakgad baik sanggup bukak kan ruang solat utk sisters tdo huhuhuhu *tacing* sementara brothers tidur luar berlantaikan tikar. Mlm tu mmg tak dan nk bukak khemah weh. Nak pasang lg satu hal. Masetu dah pukul 1 pagi kot ngantok gilos. Selesa lah utk tdo malam tu. Alhamdulillah.

Next morning lepas mandi dan solat subuh, ktorg breakfast kt restoran kapitan. Nak nama je lebih. Padahal mkn roti canai je semua eheheh. Pastu tak silap maseni acap dan capik belanja. Thanks korang hiks. Maseni lah aku lapar gilaaaa habis breakfast ai kay sedap betul. Sbb org belanja lg sedap rasanya haha. Selepas bergambar di kapitan, kami teruskan ke penang street art.

Last gambar kat sejid






So lepas tu penang street art. Kami sewa beskal rm5 sorg utk sejam. Aku cam biasa ah pakai yg warna pink. Tp kematu dowh bawak beskal tu hahahahaha tak best langsung. So sini takde apa nak cakap, tgk jelah gambar yg super banyak ni. Cuma slack nya org kedai tu bg peta street art lambat so tk banyak sempat jelajah. Just enjoy kay!






















Haaaa, muak dah tak tengok gambar? Hahaha sabaq sat. Habis kt penang street art, terus balik keyel. Terasa pantas betul balik. Masa pergi penang terasa lama benar. Berenti rnr apa ntah utk ke toilet. Pastu next rnr tapah utk makan ngan solat. Rnr tapah personally my fav since masa gi kedah 2010 dulu. Sbb aku suka toilet dia cantik. Cuma ni festime masuk surau dia omg CANTIK GILA. Sini rupanya indah harlina belakon kena tinggal kakak tiri yg nak sailang bf adiknya. Tp penuh ah rnr sbb mlm tu kedah lwn selangor. Org kedah mmg turun keyel lah sib bek menang lawan bola haha. So after tu balik lah uia, sampai dpn cac pukul 4.20 ptg, pian nk tukar kereta. Ktorg pun nak kena tunggu derang bertiga amek jubah konvo. Lepas tu tetiba terus buat pre convo shoot. Pastu jumpa kak dils. Pastu shera koyak sbb lama ngat bergambar. Lagi koyak bila aku turut menyarungkan jubah konvo itu HAHAHA bila lg nak amek feel kan? Nk pakai sendiri nyer 2 tahun lg insyaAllah so kena ah amek feel dulu. So enjoy the pics lagi sekali.












Lepas habis, ktorg lepak mkn eskrem sbb nak habis kan rm1 sorg tu haha. Maghrib tu ktorg balik uia maka habislah percutian kami di penang. Officially end *nanges.

So appreciation pos utk semorang.

Cer teka Capik kiri ke kiri?
Thanks for making this trip happen capik. Without kau yg terlebih semangat ni, entah ke langkawi pun takkan terjadi tau aku rasa. So aku yakin trip kita ke Sabah insyaAllah boleh dgn ada nya kau sbg pm, pc dan lain2 kay. Terima kasih jugak menghiburkan walaupun lawak kau agak kureng kali ni hmmm perbaiki lagi eh? Hahahaha. 

Hana
Nana, walaupun setiap hari jumpa kat kelas tp jarang sebenarnya kita spent time sesama, gosips semua tu kan. Aku rasa kita dpt spent quality time kt penang kan? Thanks utk memories dan menceriakan hari aku disana nana. Dan yakinkan mak kau utk join trip ni despite masalah yg kau hadapi. Sayang kau!

Shera
 Since semester ni, since kita sebilik jarang yg amat kita jumpa. Jarang nak lepak sekali. Nak tersempak engin pun payah kan. After the long ws few days before this trip, aku rasa ni peluang yg sgt emas utk kita spent masa yg jarang kita spent sem ni. And yes, aku dpt lepaskan rindu! Walaupun tiap2 mlm aku tengok tingkap bilik kau kehkeh.

Didi
Even masih satu u pun, jarang spent masa dgn didi. Kalau jumpa pun mesti bincang hal caring. Last2 dapat pun buang sebentar hal caring dan get a long in the trip sambil cerita pasal diri sendiri pasemua. Seriously, akk makin kenal didi berbanding masa hidayah dan langkawi dulu. Thanks btw photographer for the trip.

Acap
Haa ni lelaki paling luar alam punya perangai. Apa yg dia nak cakap, dia cakap tak fikir dah perasaan org. Dan dia tak sedar pun dia kecikkan hati org. Dah lah paling poyo antara semua. Haha tapi dah lali sgt dah dgn kutukan dia. Dah lut dan tak rasa nak ambik hati walaupun kengkadang rasa nak tumbuk. Haha thanks belanja acap, good luck out there and finding your future wife ;) 

Jati
 Jati, masa trip ni pun aku makin kenal jati mcm mana. Dia memang gila ya bkn puteri yg bersopan santun lagaknya hahaha. Lepastu gila bergambar dan gila kerusi patah tu haa sampai aku nak bergambar pun kena halau dieni HAHA. Kat uia ni pun, kalau tak pasal caring, takdenya boleh tersempak mana2.

Pian
 Dieni lah nya acah2 tak jadi. Sbb dieni busy orgnya. Nak kata busy kelek anak, bujang lg org nya. Hahah. Nasib baik dia jadi ikut dan jd driver kami. Thanks drive dgn selamat pian. Kalau takde dia, mmg bermasalah bab kereta mmg takde nya nak sampai penang sana haa. Thanks jugak belanja pian! Ni pun geng acap kdg2 mulut boleh tahan lepas nasib baik badan sekeping haha.

Kak Najah
 Kak Najah is our elder sister here. Dia lah kakak tempat kami mengadu, bercerita apa benda yg kami tak tahu. She's the one i refer to bila ada masalah berkaitan fiqh wanita gittuw.  Saya doakan kak najah murah rezeki, bertemu jodoh yg baik insyaAllah. Thanks jd kakak yg bayek buat kami :)

Alwani
Hey my co cap. Thanks sentiasa ada tadah telinga bagi pendapat pasemua bila akk down dan stress. Terima kasih juga menceriakan trip akak dgn lawak awak yg kdg2 boleh tahan hambar wani. Hahaha boleh improve sesama ngan capik tu k. And you should thank me masa teman pi tandas dekat galeri p ramlee seram tuu huwaaa. Dah lah takde lampu lepas tu letak patung luar toilet pebenda ntah! Hahaha.

And ni generally utk semua, terima kasih banyak2 buat semua. Sbb memberi lagi memori baru dalam hidup aku. Terima kasih buat yg mengeluarkan duit dan belanja. Moga Allah murahkan rezeki korg naaa. Sorry salah silap, sorry terlepas laku, tercarutz mana tak patut, teremo bila bila, terbuat muka hodoh, tergelak tak ingat dunia. Sungguh, korang istimewa di hati aku sampai keluar semua perangai buruk aku. Depan korg takde masa aku nak cover hahaha. InsyaAllah kita biar hubungan kita sampai ke syurga. Mana tahu kita berbesan suatu hari. Atau bertemu jodoh antara korang (aku terkecuali) hahaha. Kahwin jemput tau, kerja leklok mana yg dah kerja. Study leklok mana yg student tu. Guys, i love (read: sayang bkn cinta) each one of you. Truly byeeeeee. Sampai disini sahaja nukilan aku mampu tulis. Sampai bertemu lagi. InsyaAllah next trip kito ke sabah pulak yaa.

Ps: Sorry for any typo done. Tak dan nak cek satu2. Aku sampai abaikan semua kerja demi nak menaip ni hiks.

End: 13 Nov 16; 2015

Salam sayang,