"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

15 October 2014

Give me your time please!


tolong lah. bagi lah sikit masa kau kepada aku. sungguh aku kesuntukan masa.

minggu keenam. selepas seminggu bercuti. heh. busy gila. rasa teruk sangat. rasa penat. rasa takde masa. assignment ungs due khamis, assignment circuit due senin dpn, assignment drawing due esok! khamis ni midsem ungs. esok quiz static. mcm takde masa nak belajar langsung. cuti je seminggu, haram nak baca buku. sapa suruh layan tv. bkn masuk exam pun -.- boo shasya boo.

perasan tak? oh mungkin aku jelah perasan sbb diri aku sendiri kan. kalau ada quiz, midsem dan lelebih lagi final exam seperti ungs, btq, ui dan sejenis dgnnya, mesti aku emo dan takut. takut tak perform. entah. sbb tu agama yg mengalir dlm darah. malu kot tak perform. ke tak? ke darah aku je?

so sbb tu masa aku kekang. sbb tak belajar. tadi dr ptg dok buat drawing. lepas tu belajar static. alhamdulillah baru paham pasal moment. kalau tak aku plan nak tulis atas kertas quiz aku mcm ni je, "maaf, moment sy bersama subjek moment tidak begitu indah". mmg dh terbayang markah teruk. mcm quiz kedua dpt 2/10. teruk gilaa oi mana nak letak muka padan muka malas belajar. hmm k. tp alhamdulillah baru paham mlm ni. baru paham sikit lah. kena usaha lagi setadii oii.

bila dh masa tak cukup mcm ni baru kemain pulun doa kat Allah supaya bagi masa dan dipermudahkan. well, Allah pegang masa kita kan. kita yg kena pandai menguruskan. tp tak semestinya bila kita mintak masa lebih, Allah bg kita 25 jam sehari. tak. Allah bg nikmat masa dlm pelbagai contoh. contoh masa study static td. Allah bukak hati supaya cepat paham. kan dah singkat masa tu? nampak tak mcm mana Allah bg masa kat aku. sbb tu boleh taip nii. LOL. gurau k gurau.

dah. nk study ungs. aku rasa aku tdo dgn lampu terbukak mlm ni. sbb aku taknak tdo. aku nak TERtdo. beza tau. beza dia pegang note ungs masa tdo. so sbb tu tertdo. haha. 

kbai. nasihat sy kalau kekangan masa, mintak kat Allah bersungguh tau. jgn salahkan masa yg bergerak pantas sbb masa gerak pun atas izin Allah. selamat malam awak. #muahciked

salam sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~