"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

19 December 2016

Tinta Musafir 2.0 #5: Masjid Nabawi

171216 jam 0936

Hari ni nak balik dah. Flight malam kang. So skrg busy packing. Bag aku leklek je 😌😌😌

So kali ni nak cerita pasal madinah. Madinah ni berbeza dekat mekah. Beza first kiblat nya lah. Semua lurus ke depan. Pastu org nya pun berbeza lah pastinya. Org kt madinah ni lebih lembut. Jarang lah org tolak2 dan ambik space saf org 😂 pastu karpet dia lembut lagik ehehe. Warna merah. Kalau warna hijau maksudnya dlm kwsn raudah. Then kwsn perempuan dekat tepi belakang. Lepas tu before ke pintu perempuan, ada pagar kwsn perempuan yg akan ada guard yg jaga dan akan jerit 'haji/bhai sab' if ada lelaki masuk atas dasar alasan apa sekalipun. Pastu kt sini dia nampak je kau mcm malaysian dia akan sebut ibuk instead kt mekah only hajjah for all.

Pastu bunyik hon tk sebanyak kt mekah. Mekah bising ngan hon. Sbb madinah ni teratur sikit. Jalan ke masjid tepi2 laluan kedai so taklah kacau jalan. Sini mall pun bnyak. Sempat gak ah jenjalan kt mall semalam. Kira cam exclusive siket madinah. Bangunan pun tersusun. Pastu mcm tingkat semua sama setiap bngunan. Takde yg bangunan tinggi gilaaaaa semua sama je.

Hotel sini pun aku terpegun. Mewah ah mmg beza dr mekah tp mewah sgt sampai ramai sgt jemaah sini tak dan nk kenal muka pun. Beza gak dr hotel mubarak silver zaman umrah dulu. Silver tu haa lg besar biliknya tp holeh mawaddah al waha ni lg modern ah. Ah tk kesah lah janji selesa tdo.

Oh btw sini suhu rendah wei. Sejuk namatey. Kt mekah takat 26°C tp kt madinah ni cecah 16° wei. Pak sejukkkkkk. Kena pakai sweater pegi masjid sejukkkkkk. Laki aku untung ape sbb aku takkan request air cond kt bilik sbb aku alah sejuk kot kahkah sejenis promotion kah ini?

Lepastu solat kt sini agak lama. Nk start solat pun lama tunggu. Mcm subuh masuk 5.36, pukul 6 baru start solat. Dlm 6.20 baru habis solat subuh. Tu belum part nk keluar masjid jalan ke hotel. Masa first day nk ziarah dalam ke raudah, ust cakap gather pukul 7 pagi maka aku makan pun cecepat sbb sampai hotel je dah 6.40 mana nk beratur lg, amek air wudhu lagi hewhew. Main point nk cakap lama lah, rukuk sujud pun lama. Tk rushing boleh leklek. Sbb solat kan utk rileks.
Then kalau kt Mekah org berebut nak solatbkt hijr ismail, coum hajarul aswad kan? Kt madinah semorang berebut nk masuk raudah. Kalau lelaki, waktu solat mmg dia bukak. Kalau perempuan, dia bukak raudah after subuh, zohor and isyak je. Nk tunggu masuk tu mmg lamaaaa and banyak checkpoint. Tp kalau dh lepas pagar first nk masuk raudah tu kira pass lah. Kira cam insyaAllah kau akan masuk walau brp lama kau tunggu. Raudah ni kwsn antara maqam nabi dan mimbar. Juga digelar sbg taman syurga. Tu yg org berebut nk solat situ. Lepastu ustazah pernah cakap, kalau doa situ, nabi aminkan. Dan Allah mesti nk kabulkan kan doa yg kekasihNya aminkan?

Tips nk masuk, sabr. Banyak selawat dan berdoa. Mmg berhimpit sikit before tu. InsyaAllah ada space kau nk solat sana even kecik. Solat sunat mutlaq ke, sunat dhuha or anything would do.

Ape lagi eh? Takde idea dah. Tengah layan sendu sobs. Bye je lah.

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~