"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

26 March 2016

Day 86 of 366: Vietnam Day 2

Assalamualaikum hai 👋

Back in day 2. Bangun2 lambat muahahaha seronok ai. Sebab ben thanth bukak lambat satu hal. Tapi aku 8.30 dah bangun hebat weh hebat. Tema hari ni shopping dan shopping.

Dalam kol 10 pg ktorg plan ke Saigon Square dulu. Tak tau jalan pun. Tapi gasak je lah. Kak siti dah screen shot jalan ke saigon square dari hotel (sbb wifi dlm hotel ajew) so jalan lah ikut instinct dan jugak tanya org maka sampailah kami ke sana. Dia jauh sikit dr ben thanh tp expectations kami jauh rupanya jenguk muka luar saigon square nampak dah benthanh tepi tu. Kira dlm 5 minit jalan lah.

Beza saigon square ngan ben thanh ni saigon square lg up lah. Nak banding cane eh. Ben thanh tu mcm pasar payang terengganu lah. Saigon square maybe mcm pasar payang versi up sikit HAHAHAHA. Sama je kannn. Tapi saigon punya barang lg mahal dan tak semua ada kt saigon ada kat bt. Kat bt banyak kain. Kat saigon bnyak blouse. Brg hello kitty pun ada kt Saigon. Sempat lah sambar 1 pillow neck antek.

Habis shopping kt ss, pergi bt sat. Mama nk beli lukisan. Pastu jalan ke kedai kak siti nak pergi. Mmg recommended lah kedai tu. Banyak weh kain cotton and silk aku pun boleh jd gilaaaaaaa 😍😍😍 tp ktorg borong cotton ah. Aku sambar 3, mama bayar 1. Aku bayar dua utk rm56. Murah en? Entah bila nak pakai pun tatau 😂. Oh before that ktorg minum air kelapa sini sbb org kata sedap. Tp nk buek cemana aku mmg bkn peminat air kelapa. So mestilah tak habis hewhew. Coconut shake je aku suka k. Igt tu lelz. Kelapa tu sebijik dlm 20k dong.

Dah habis shopping, tangan aku pun dah tak berkudrat tau nak bawak barang berat gilaaaa 😭 sampai lenguh terus. Lepas tu ktorg lunch kt lhb. Mula2 nk makan osman tp dia tutup utk solat jumaat. bagus ennn. So ktorg makan kt halal amin. Okay lah sedap. Harga pun kira berbaloi gak. Makan tiga org for 230k je. Dlm rm46. Kira okay lah gak en 😂. Ktorg mkn nasi ayam, nasi goreng ayam dan nasi pataya. Air kopi ais dua dan kopi o ais. KOPI DIA SUMPAH SEDAP I'M IN LOVE 😍 tp tak beli pun serbuk dia hahaha malas den. Habis lunch balik bilik! Kemas brg dan rest.

After maghrib dlm 6.50 keluar lg. Cari tempat mkn. Nk makan kt daun restaurant penuh pulak so pergi osman pun penuh gak last2 mkn kt hajah basiroh. Ktorg semua makan makanan popular vietnam. Aku pho daging. Dorg pho ayam. Pho tu apa? Haha bahasa melayunya ktorg mkn kuey teow sup je tp kuey teow dia nipissssss dan sup dia pun dap. Pastu tambah cili dia yg dah campur ngan kacang dan perah limau purut 👍 Kira makanan wajib di vietnam lah. Tp cari yg halal tau! Haha. Oh pho daging lg best sbb dia bagi daging dan juga bebola daging. Bebola daging tu sedapppp weh dan aku ngan kak siti order kopi lagi. Addicted lak ai bhahaha.

Pas makan shopping kat pasar malam je. Then singgah festival. Kebetulan ktorg dtg, weekend ni derang buat festival sempena 40th diplomatic relations viet ngan thai. So brg thai ngan viet di jual. Siap besok ada meet and greet retis vietnam lagi. Sib baik aku tak kenal! Hahahahaha.

Habis shopping balik tdo besok ada tour ke tunnel. Dah dua hari berturut kan shopping je 😂 Dan aku rasa tak sedap badan lak mlm ni. Doakan besok tak buat hal. Genite uolls 😴

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~