"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

18 March 2016

Day 78 of 366: Kifarah?


Hei. Aku rindu sangat nak menaip. Tapi selalu malas. Entah. Mungkin busy? Sebab sekarang kan musim midterm. Last week lagi haru, 3 midterms and 3 quizzes berderet and sumpah its really killing me. Bilik sepah gila. Baju 3 hari tak berlipat. If and only if i get married masa belajar, pergh aku boleh bayangkan rumah aku. Sorry bang! HAHAHA. Thats why mama tak kasi. Mama knew me well awwh. K back tu midterm, Alhamdulillah Allah permudahkan.

This week ada satu je midterm. Math. Tapi seriously i take time for granted. Bayangkan rabu malam baru nak study. Exam khamis malam. Senin malam tu mmg haram tak buat apa. Pastu rabu malam tu niat nk belajar tp tertido! Hampeh gila. Terus satu hari khamis tu aku ponteng  3 kelas. Teruks kannnn. Ada satu kelas ni, madam meroyan tgk attendance teruks. Yelah aku ingat aku sorang tak datang sekali yg dtg tu maybe dlm 20%? Teruk kan. Aku mmg rasa diri aku teruk tp dah lepas. Nyesal je lah mampu pun.

Dan disebabkan aku rasa perangai aku minggu ni tak memuaskan, mungkin Allah turut tak berpuas hati dengan aku kot. Aku rasa kena bayar cash dalam satu hari. K bayangkan moto aku dr miri sampai dah. Waktu malam tau dia hantar. So kena pergi main gate uia, sampai2 moto takley start. So tolak sampai parking. Balik bilik, kunci hilang *kried*. Pastu tdo lewat sebab nak siapkan lab report. Pastu besok pepagi nak basuh baju, tempat coin tu problem. 60 sen aku rugi kat situ dan 10 minit dok figure out cara nak atur. Terjadi engineer jap pepagi subuh. Dah molek jemur, petang tu hujan tak sempat nak angkat. Sbb aku kena rushing gi guard register moto. Siap angkut (read: yeas angkat moto) pindah tempat parking molek. Dgn handle terkunci, mmg jalan dia ngangkat je lah.

Walaupun aku ditimpa masalah ni kan, Allah still tak bagi aku terkapai. Dia hantar lah sorang insan ni utk tolong aku. Sumpah aku rasa dia baik sgt nak tolong. Yelah masa aku tengah susah, sape je yg nak tolong? Siap offer pos kunci spare kt dia, nanti dia uruskan. Pastu bg pinjam lock motor. Aku dah lah super noob pasal moto. Thanks Allah for giving me chances dgn hadirkan dia.  May Allah bless him.

Allah bagi ujian tapi dia still hantar bantuan.

Yet aku bermain dengan masa. Masa yang Allah pernah sumpah. Take for granted kan. Aku teruk sangattttttt wuwuwuwuw. Aku ada masalah jiwa lah haih.

Maaf Tuhan. Aku terleka dengan dunia. Terima kasih datangkan ujian untuk buat aku sedar.

Salam Sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~