"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

03 April 2016

Day 95 of 366: Vietnam Epilog


Haiiiii. Ye besok aku ada mentoring awal pagi *pukul 9 tu pagi sgt tau* dan aku masih gigih menaip. Besok liat bangun bagus shasya bagus.

Ni saje nak share. Acah panduan ke vietnam. Ceh acahnyaaaa. Okay buat first timer ke Vietnam nanti. Ni ada sedikit panduan. Ceh lagi dekat diri sendiri.

First, dalam memilih hotel. Oh ni kalau turun ke Ho Chi Minh tau. Kalau Hanoi pi main jauh2 tunggu aku hanimun nanti *muntah*. Pilih lah hotel area lorong Hajar Basiroh or area belakang ben thanh tu. Situ aku confirm ramai org melayu. Org malaysia lah. Nak tau klu dia hotel apa, carik hotel yg nama org putih. Tp ni assumption aku lah. Sbb hotel aku jauh sikit dan nama vietnam gila dan takde org malaysia pun tinggal sana. I mean nak sampai ke Lorong Hajah Basiroh tu jauh. Kena lintas jalan raya besar yg takde line yg kau akan rasa cuak setiap kali nak lintas! Selain tu, Carik hotel dekat sikit ngan Ben Thanh. Senang lah nanti kalau nak habiskan duit yedak? Takyah nak upah teksi bagai. Jalan je. Boleh kurussssss hmmmmmm. Bak kata mama, hotel kt sana murah and cantik2.

Second, bab tukar duit. Duit sana pakai dong. Tapi kalau beli brg kan pasar malam ke, ben thanh ke pakai ringgit je boleh. Even penjual pun promote harga ringgit erbanding dong. Tapi jangan tak tukar langsung. Sbb kedai makan, teksi apa semua kena bayar dalam dong. Lepas tu sini main tips. Ceh betul. Org hotel angkatkan bag jgn lupa bg tips. Mcm naik teksi balik ke airport kan dah bayar kt hotel. Pastu masa sampai aku pun sopan bak perempuan melayu terakhir cakap "thank youuu" dan pemandu teksi cakap "no, u tips me". Ceh tak cukup ikhlas thank you aku, duit yg kau mintak eh. Haha bagi jelah dah dia mintak kan. Kang tak bagi label memacam lak.

Tempat makan halal nak carik kt Lorong Halah Basiroh tu beribu! k tipu je. Banyak ah gak. Maksudnya takyah risau pasal makan. Aku suggest try restaurant Hjh Basiroh dgn Daun. Makanan dia sedap dan harga standard lah. Kalau nak murah, aku makan kat Halal Amin. Tu murah sikit. Tp makanan sana mmg mahal. Paling murah sepinggan nasi 70 000 tu pun kat halal amin mkn nasi goreng. dlm rm12 sepinggan. Paling mahal ktorg makan bertiga dekat Daun. Almost 500 000 dong. OMG aku baru translate rupanya dekat nak seratuih HAHA mahalnyaaaa. Sib bek sedap. Aku tak suggest kedai melayu je lah tapi kalau kau rindu nk makan melayu boleh jeeee tak halang punnnnnn.

Pastu kan kat sana kau jangan pelik. Aku syak kenderaan dorg mmg moto paling utama. Banyak weh moto derang. Pastu pesen dorg bwk moto, pakai penutup hidung, pakai glove pastu sorok rambut dlm hood sweater. Apa function dia tak sempat nak tanya lak. Pastu jgn terkejut lah bawak moto sambil bawak pintu *ye ini serius aku nampak*, bawak paip lah. Siap masa mama tempah katil tambahan, org yg hantar tu masih pakai helmet aku syak katil tu dia bawak naik moto gak ouh HAHAH.

Jalan kat sana always busy. kau takley bawak lelaju kat sana tau. Dan tangan ready kt hon, kaki ready kt brek. sbb kau takkan perasan tetiba kang ada kereta zup zap lalu je depan kau. Lampu isyarat ada tp mcm tak function je aku rasa. Aku boleh kata jalan raya dia hebat ah. Lek je kereta redah kiri ke kanan terus. Lek je boleh buat u turn tetengah alam walaweh betul. Lepas tu kalau nak melintas kann, syarat dia kau lalu sikit2. Mcm clear sesaat je langkah setapak. Sbb mmg moto akan try elak kau wehhh. Takyah lari nak melintas. Aku dah selamat kena jeling dah tau sbb lari. Ceh. Kalau nak lintas gak, angkat tangan. At the end sampai lah kau jugak ke sana. Aku tetiap hari keluar hotel je rasa satu cabaran yg sgt besar utk melintas jalan ni. leuls. Tapi nak senang, lintas kt zebra crossing. Carik geng nak melintas sekali dan kau fiolloe je org tu tanpa pandang kiri kanan, selamat ouh. hehe.

Shopping? Ben thanh ah the best. Tapi masa awal2 sampai jgn berabis duit awal sangat kt ben thanh. Tunggu malam, pergi pasar malam dekat area tepi ben thanh dan harga barang jauh lebih murah wei. HAHA. Pasar malam dia buat tetiap malam. Pasar malam dorg hidup ah. Pastu, next tempat best Saigon Square but as i told before, Saigon Square a lil bit up dari Ben thanh. So rega pun mahal sikit ah. Pastu ada lagi Chinatown tp aku tak pernah sampai. Tak sempat hahahaha. Selain tu, kalau nak cari baju siap, jubah, boleh carik butik2 area luar ben thanh. Ada peta aku lukis dlm day 1 tu. Yg kedai Rohani murah kalau nk carik telekung, tudung, jubah. Pastu da kelas bahasa vietnam apa ntah pun best utk shopping kain cotton and silk. Boleh gila pi sana!

Orang kt sana ada yg ramah ada yang tak. Mcm penjual ah. the first kedai ktorg pergi peramah sgt. Terus jd best. Terus mama borong sakan kain dia. Kedai kedua jual keychain siap suruh mama senyap lagi. Huduh betul perangai bhahahaha. Tapi penjual dia mmg peramah sampai kadang tarik tangan kau. Buat bodoh say no dan blah je. jangan bertumbuk lak. Viral kangg tatau. Oh kalau nak beli brg, wajib tawar tauuu. Lagi2 kt pasar malam. Dorg mmg letak harga tinggi sbb dia tau kita2 ni suka menawar eheh. Tp jgn melampau sgt lah. Biar padan lah harga dgn brg kau beli. Bag cantik mintak rm10 mana dia mau oi. Haha.

Pastu even kat sini penuh dgn benda2 utk di shopping, ada je tempat best utk lawat. Boleh amek pakej pergi CuChi Tunnel ke, City Tour ke takpun the famous one, Sungai Mekong. Aku pergi tunnel je. mekong tak sempat pergi sbb jauh sgt en. tunnel ni pun dah kira okay je. Pakej ni kalau kau tak pi dgn agent cam ktorg, boleh direct ke hotel. Tanya je receptionist, mmg ada pakej dekat hotel utk kau pilih. Siap ada mekong 2 days, 3 days lagik. Haaa tdo lah kau kat sungai mekong dia. hahaha.

Last sekali, aku tatau dah nak cerita apa lagi. haha. Mungkin aku pergi lagi utk beli kain kt butik aku. Sbb aku kan taknak jd engineer. Nak jd suri rumah tangga sambil bukak bisnes. HAHAHAH. Apa aku buat ni. Hahaha k tak follow the flow je nanti tgk lah end up dia apa. Tp yg pasti, aku takkan mark ho chi minh as haneymoon place ah baik gi korea boleh jumpa minho. K tu je aku nak share. Tatau nak share apa lagi dah. haha kbai. Gambar dah takde. Ni link ke tiga hari aku ke sana. 

Vietnam Day 1

Vietnam Day 2

Vietnam Day 3

Salam Sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~