"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

08 April 2016

Day 99 of 366: Masa

Assalamualaikum.

Hai. Semalam aku stress terox. Teruks gak ah sbb aku boleh menangis sengsorg huhuhu sedih noks.

Bermula dgn stress nak exam besoknya tp aku satu hapak tak start membaca lagi. Dgn kuiz nya lagi. So aku buntu. Tahap tatau nk baca apa. Kalau baca pun, satu habuk tak masuk kot. Frust sgt sampai aku duduk hadap laptop dan menangis. Sbb tu je aku mampu buat. Berhuhuhu je lah.

Sampai lah aku decide utk mengadu dan consult dgn org. Then aku dpt semangat balik utk study. Dlm 11 lebih baru aku start. Mmg lah lambat. Tp yakin je lah aku mampu kan? Selit sekali doa agar Allah permudahkan.

Tu satu hal. Tu catalyst buat aku stress. Punca dia masa. Sbb aku serabut aku takde masa. Yg lagi aku geram malam before that aku takde kerja tau. But still aku pergi melagha tau2 dah pukul 1 lebih dan aku pi tdo dgn senang hatinya. Lepastu berhuhu je lah malam kendian nya. Sape suruh buat perangai mcm tu.

Sampai satu tahap aku muhasabah blek. Seriously aku rasa masa aku skrg tak berkat. Aku mmg percaya masa tu Allah yg beri. Mmg semorg dpt 24 jam. Masalahnya apa beza berkat tak berkat? Mcm aku masa tak berkat ni bila aku asyik melagha je tak buat kerja. Semua benda tak jalan. Tau2 je masa satu hari tu dah habis. Nak belajar pun tal masuk pape. Pastu dh set nk buat bila, pun akan jd postpone gak. Tu lah nama dia tak berkat. Masa berkat bila kau buat semua benda smooth je. Belajar pun sng. Sbb apa? Sbb Allah tolong.

Allahu. Mlm semalam buat aku sedar sgt. Aku terfikir asal masa aku tak berkat ni. Dan aki jumpa satu jawapan. Sbb masa aku utk Allah sgt berkurang skrg. Berbanding aku yg dahulu. Skrg nk solat pun lambat. Lepas tu kdg2 berkejar meeting pukul 8.30 isyak lambat satu hal. Eh banyak lah. Sampai kdg dlm sehari, tak baca quran sbb busy dgn hal dunia. Mcm apa je. Kalau sempat pun baca satu surah. Takde dah mcm dulu. Dulu sepanjang maghrib ke isyak dok je baca. Seminggu boleh habis berjuzuk. Ni skrg ni? 😢😢😢 Mesti Allah marah sgt kt aku sampai hantar ujian mcm malam td en.

Maaf Allah. Aku cuba perbaiki balik masa aku dgn Tuhan. Ingat, nak masa banyak, banyakkan masa dgn Tuhan. sama lah mcm memberi. Nak rezeki lebih, banyakkan memberi. Semoga Allah lindungi kita semuanya.

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~