"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

17 August 2014

Menantu Vs Mentua by Dyadila

Hai assalamualaikum! Selalu buat review kat ig kann. Pastu taip panjang2 pastu org lain annoy. Haha. So i just buat review sini lah eh. Novel aku baru beli. Menantu vs mentua. Penulis dia dyadila yg turut tulis doktor cinta dgn giler kau dan kedua2nya aku takde pun.

So kenapa aku pilih review novel ni? Sbb aku nanges galak sgt baca. Sampai habis 10 helai tisu. Aku tgk kal ho na ho pun pakai 3 helai je! Before ni mmg ada aku nangis baca novel. Spt novel ketiga karya siti rosmizah lafazkan kalimah cintamu tu antara novel sr yg aku galak nangis. Siap teresak2. Novel kedua yg aku igt aku nangis teruk masa tarikh luput cinta. Nk ckp teruk tu sampai aku tak boleh teruskan pembacaan. Aku tutup novel pastu nangis semahunya. Kahkah. Nak igt balik pun malu.

Novel mentua vs menantu ni pulak aku nangis lama sampai mata sembab! Ye sembab ada gambar bukti yee. Sbb tu aku rasa ni teruk. Tak pernah lg aku nangis sampai sembab. Tapi sebenarnya nk suruh aku nangis sgt senang, bila ada kematian mmg confirm aku nangis. Sbb semalam tgk satu iklan yg ayah dia busy kerja bila balik rumah tgk anak bini takde. Igtkan eksiden rupanya g tarawikh. Masa tu tatau kenapa aku boleh nanges galak gilaa. Iklan je kott.

Well, like i said. A girl name nur syafiqah yasmin amat membenci perpisahan. Lagi2 perpisahan kekal iaitu kematian. Dan ye, that girl mmg cengeng. Kuat nangis. Hewhew.

So aku nak review sikit ah novel ni. Aku suka watak perempuan dia sbb aku rasa mcm aku sikit. Mcm arr. Sbb qeesya ni terlalu terus terang menyatakan perasaan nya pd rayyan. JAtuh cinta pandang pertama dan terus lamar. Sbb dulu masa kekecik masa zmn jahiliah kalau aku suka org, aku ckp terus kat org tu. Lani entah lah. Dh kurang kot. Kot lah. K. Sambung balik. Pastu kawen. Pastu biasa lah cerita novel. Tp laki ni tak luahkn dia cintakan bini dia sbb dia berpendapat actions speak louder than words. Masalahnya sbg perempuan mesti lah nk dgr kata hati suami kan kan *emosi* so qees dh anggap laki dia tak cinta pun. Pastu nk amek hati mentua yg tak sukakan dia sbb igt dia nk rampas harta. Biasalah typical org kayoo.

Aku baca pun sakit hati dgn mereka. Budak2 sgt. Pastu dtg cousin ngan makcik rayyan. Cousin rayyan nama dahlia yg juga ex rayyan dulu. So ada lah adegan nk rampas, pastu buat plan nak kena tangkap khalwat. Cliche angat novel melayu. Dah takde maruah gamaknya.

So apa yg sedihnya. Dia takde pun scene pukul2 dera ni. Tp ye lah dera mental lg sakit ye dak. Qees ni dh lah yatim piatu. Pastu jumpa khairul masa kecik, mak khairul jd mak angkat dia. Kira mcm hubungan dia ngan khairul tu sgt rapat mcm adik beradik. Tp rayyan lah jeles. Siap suruh pilih lg nak sape. Qees ada tulis dlm diari jgn suruh pilih antara khairul ngan rayyan sbb tu memilih kematian. Khairul tu umpama abg, adik, abah kpd qees. And qees do love rayyan. Tp Rayyan ni tak matured tol. Haha.

Part sedih nya memuncak bila rayyan jeles. So halang qees jumpa khairul. On the spot pulak tgh gaduh, khairul call so rayyan terus baling fon qees. Tau tak kenapa khairul call? Sbb nak suruh qees balik kpg tgk mak dia buat kali terakhir. Mak dia mati eksiden. Tp tk dpt call, tanam je lah mayat tu. Sampai lah a few day dia g rumah jumpa rayyan gtau. Masa tu rayyan rasa sgt bersalah. Dgn khairul. Dgn qees. K masa ni dh sedih. Dah lebat hujan air mata. Pfft.

Lepas tu qees jumpa khairul semua. Nangis2. Sekrang dia hanya ada rul je. Nak lg mantap sedihnya, a few days later, rania adik rayyan nak kena tangkap ngan laki jahat. So rul selamatkan rania tp kena tembak. Dan mati. K ni lebat tahap petir kilat dah ni. Qees hilang diri sendiri. Rania pulak trauma tk dpt nk cerita siapa yg bunuh rul kat polis. Qees berubah jd pendiam. Dia rasa sbb suami dia, mak ngan rul mati. So dia marah. Tanak ckp. Cara rayyan pulak bila dia rasa bersalah dgn qees, dia bkn pujuk or minta maaf. Dia mcm gaya marah jugak sbb dia rasa sgt bersalah ngan qees. Sampai qees nk mintak cerai tp rayyan tanak.

Sampai satu tahap masa bila eh. Oh masa qees masuk spital, masa tu rayyan nak pujuk tp takut. Dia tanak qees makin benci dia so dia kata dia tunggu luar je. Masa tu lah qees ckp dia perlukan semangat rayyan sbb dia rasa sgt lemah. Bila rul mati lg dia sgt perlukan rayyan. Tp rayyan ni ego tk paham bini sendiri. Perempuan kan bila dia marah, dia ckp lain tp dia maksudkan lain. So lelaki take note plis. So lepas tu dh bebaik. Smpai satu masa, qees ceroboh masuk bilik rahsia rayyan dia tgk banyak potret muka dia rayyan lukis. So baru qees tau rayyan cintakan dia gak. So pendek kata happy ending.

Oh ye. Kisah mentua qees? Mula2 kan kata tak suka. Dh lah qees tu tak pandai masak. Suruh masak ayam masak kicap, di bubuhnya satu botol kicap. HAha. Tp dia terdgr yg qees ckp kat tuk wan, qees ckp yg mentua dia tu ibu yg hebat sbb melahirkan rayyan yg hebat. Camtu2 lah dia terharu. Dh lah rul yg selamatkan rania pulak tu lepas tuduh qees curang ngan rul. So dorg dh kamceng walaupun masih gaduh bak anjing kucing lg. Oh ye aku tanak masukkan kisah dahlia dan emaknya. Buat semak.

So conclusion aku sgt suka jalan cerita dia. Sbb aku dpt get into the line. Feel what the character feels. Tp satu je cara penulisan dia harus ditingkatkan. Ceh bajet pengkritik pulak. Tal serius. Aku nk jenis bila baca akan terbayang. Tp penulis tak elaborate more mcm dia kat mana. Cth dia mcm mula ada kat luar rumah. So aku pun byg luar rumah, baca2 tetiba dh kat dapur sedangkan bila entah masuk rumah. Padahal tebal je kot novel ni. Tp kurang part tu. Bkn sikit tp banyak sgt sampai daya imaginasi aku terkeliru.

Novel mmg mcm tu. Dia bkn mcm komik yg ada gambar. Novel hanya sarat dgn tulisan. So penulis kena lengkapkan penulisan. Tak perlu lah spesifik sgt cerita sampai sarung kasut warna merah sebelah kanan lepastu kiri. Pastu menapak 3 langkah lalu bukak pintu kereta. Tak bkn mcm tu. Cukup sekadar lengkap tempat, siapa, dan actions. So taklah imaginasi tetiba masuk watak ni ckp padahal bila watak tu ada tak tau pun. Paham tak? Ye, aku bkn penulis tp aku sbg pembaca. Walau jln cerita menarik mcm mana pun, aku lebih suka melihat cara penulisan. Seperti contoh novel fixi - asrama. Aku tak suka gaya penulisan mcm tu.

K dah penat taip. Nak tdo. Nak hilangkan sembab. Dh lah nangis, tdo lewat. Pastu kena bangun awal sbb tolong mama masak nasi lemak. So for now genite!

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~