"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

28 December 2012

coretan panjang kerana rindu!

sini, dengar aku membebel. banyak aku nak membebel. aku tk tahu nk membebel kt sapa. baik aku bising kt blog. sebab aku nk bising lama, nk coret panjang. at least tkde sape nk bebel blek kt aku. am i right? okay, aku tengah di tahap kerinduan yang melampau. aku rindukan apa? asal nya kerana aku baru lepas belek buku budi edisi ke 36. yes, buku budi tu buku sekolah. smss. aku rindu zaman sekolah menengah aku. paling utama, aku rindu family aku di sana, genesis! please bagi aku peluang nk luahkan segala benda. aku nk cerita semua yg aku tahu dengan bebasnya. tanpa ada siapa nk halang.

2007, aku form 1. aku masok smss, atas tajaan ys - yayasan sarawak. tk peliklah kalau jauh sgt haa aku terbang. 10 januari tarikh keramat. sebetulnya, aku malu nk igt masa form 1 especially masa minggu orientasi. no wonder lah, aku tk igt apa2 pun sekarang. muahaha. tu zaman memalukan. first day school, aku pkai baju sekolah tk beriron, sbb bangun lmbat. setengah tahun aku pegi prep pgai bru kurung renyuk tk beriron. tu lah namanya zaman hingus meleleh. bukan sbb tk tau iron, sbb aku tk reti jaga penampilan. sebenarnya betul lah tu, f1 baru aku reti iron. sbb kt rumah, org gaji ironkan baju sekolah. mmg mendidik aku jadi berdikari dan tak selekeh. drpd tk kenal kasut prep dh pandai beli kasut prep. dh pndai pkai stokin kaler2. dh pndai perfectkn tdung pkai starch. bhasa dgn kwn sana pun skema smpai aku kena ejek sbb nya aku guna saya-awak. haha. aku mana reti guna aku-kau. sekarang hambek kau berdas-das punya keluar. classmate is our housemate. semua classmate aku tu dak perwira ah. mana lah tk ktorg packed!. 3 tahun bersama. masa ni aku keluar perangai gatal aku yg gilakan lelaki terutama abg senior. nk listkan pun berjela jela sehh. haha, tk mampu. tp confirm classmate aku kenal abg akp. haha. siapa dia. biarlah menjadi rahsia perwira-usher. masa f1 jugak aku kenal dgn cinta monyet smpai aku bercinta dgn monyet kt hutan nuu. masyaAllah syaa. masa ni semua pakat nk mencuba jd librarian, prs, koopian semua. masa ni jugak aku start ada handphone and bawak pegi skolah. haha. sorry warden, langgar peraturan. masa tu aku guna no 013-282.... aku igt part tu je no lama aku. apa lagi ehh? ada lagi benda best ke? igt cikgu kh kita? yg suka mencubit tu? haa, now i forgot her name. cikgu apa eh? garang tp sportig. mcm mak mak je gaya. haa, masa ni aku rapat dgn nad dgn dura. ain masa tu buat group lain sbb dia tduh aku curi pemadam ke ink pensel. tau knapa dia tduh aku? sbb aku dok sblah dia. dan sbb itu, dia pindah duduk. haha. masa tu ada lah jugak kecik hati. tapi bila pikir sekarang, rasa nk gelak tergoleng. ada jugak pergaduhan antara lelaki prempuan sbb hal ejek nama bapak. ayokk, smpai cikgu tahu! smpai ada org tu nk bwak pistol ayah dia nk tembak. haha. so childish. ada lagi satu insiden, masa hari keusahawanan, kelakar punya. bob pegi jual krepek rm1 utk 10 paket. muahaha. kena marah! and ketua kelas masa tu amal, dia fedup dgn ktorg so dia letak jawatan. ain jadi ketua lepas tu. haih, kenangan f1, tkkan padam smpai bebila.

2008 - f2 time. haha. masa ni lah aku start BELAJAR guna aku-kau. konon gaya gangster lah. padahal biasa2 je pun. masa ni ktorg makin rapat dgn classmate. kelas pun cantik. ada karpet bagai. mana nk cekup kelas ada carpet wehh! tp kena curi! suspek, batchmate kelas lain lah. masa ni kelas wira rapat ngn dak deka dgn lima. sbb lawa kt bawah tingkat sorg2 dgn budak f1. ohh, dh ada junior dh nie, eheh. ada title hakak kau. tp dak boys dh mula tnjuk belang dorg. keluar fly, smoking dh jadi benda lali dh. dorg rapat gk dgn budak f4. selalu kamceng nk buat jahat. dua2 pun honeymoon year kan. smpai masuk paper belasah budak luar guna besi. tu lah, fly lah lagik. apa lagi benda best? haa, aku dpt jadi prs masa ni. dan bergaduh pulak dgn amal. smpai aku menangis kau. yelah, gaduh dgn classmate and dormmate. tk gila namanya tu? smpai amal mengadu dekat bf dia pasal aku. hahaha. kelakar tau igt balik. hah, cinta monyet lagi. ohh aku, dh pandai dating dgn senior. smpai kena tangkap dgn badar f5. malu gilaa. siap ada kakak f5 jeles dgn aku. zaman monyet betul lah. malas nk igt. tu lah namanya zaman jahiliah. zaman ni jugak, ada kes histeria terlampau. aku, Alhamdulillah selamat bertahan dlm AH. akademi hantu. haha. tinggal aku, aliah dgn ain je hari jumaat tu. yg lain semua dh cabut dah. masa ni jugak ustazah mek ana mengamuk dgn dura sbb tido smpai dibalingnya duster kt dpn tu. mana tk kalau bercerita sekarang, ktorg akn ungkit benda tu. masa ni jugak, ain digelar penjual ikan busuk sbb dia selfish yg teramat. nk pandai sorg2 smpai snggup belajar dlm tandas! ain jugak pernah gaduh dgn semua classmate girls sbb dorg habiskan air yg ain bekal. haha. aku neutral tk pihak sesapa.
2009 - zaman nk pmr ni. masa ni bond classmate trsgtlah kuat. dh 3 tahun kami sekelas, go usher! belajar pun sesama. kelas pun dh tersusun buat grouping meja. lagi galak kami bergosip. duduk pulak dpn meja cikgu. igt cikgu geografi "rujuqlah buku". zaman kena tegur oleh madam sbb gaduh manja dgn amal. zaman tgk alahh, comelnya cikgu kartiwani. kena denda dgn cingu shahrul sbb aku TERlelap. aku sumpah kaki tido dlm kelas wehh. pantang lepa sikit, mulalah nk tersengguk. paling best ukur meja. belajar dgn ustaz syed pasal agama. terigt soalan rongge, "boleh tk sodom kt bilik ikut imam bawah" soalan paling kelakar weh. and kes jugak dja gaduh dgn hilfi pasal hal duty sapu sampah. biasa lah. sometimes girls rasa tk adil bila mana asyik ktorg je kena sapu! maka dja pun tensyenlah smpai ktorg kena panggil dgn ustazah syima dan kena isi borg keeskan harinya. tp aku rasa borang tu konon nk gertak je. masa ni ktorg stayup tk igt dunia lg2 dekat nk exam. dh nk pmr kn. kenalah stayup bagai. aku dgn ain lah khususnya. stayup dekat study room mcm nk gilaa. smpai tk tdo pun ada. lg2 masa nk kh. aku poyo nk lawan kh ain padahal dia anak emas cikgu anifah, cikgu kh ktorg. pernah sekali, aku dh letak letak air kopi, fon, buku semua dekat study room. p ain tk trun lg. confirm dekat dorm aku sbb ain mmg ahli dorm aku yg ke11. tmpat dia kt katil aku lah kan. kalau tkpun, aliah. aku masuk dorm tgk dia cantek punya landing kt katil aku. padahal trial kh esok ni. dia pun kata "jom sya tdo jap. kol 1 kita stay up" aku pun on je lah. esoknya haru baru bangun pukul 5 lebih. bnyak lah ktorg punya stayup. haha. masa jawab kh tu mmg tawakal habis siap aku nazar lg kalau dpt a. sbb kh aku be4 ni susah dpt a. akhirnya kh aku masa tu a ckup2 mkn. happy gila. sejak tu Alhamdulillah kh aku a memanjang. sekali je aku dpt tnggi dari ain and highest dlm kelas. bangga sikit lah. tp masa tu soalan 30 je. aku tk igt tu exm apa. selepas aku tempur exam dgn angka giliran WP037K055. habis lelah, ktorg kena jadi org gaji kt sekolah, eh tk lah. buat kerja amal bersihkan sekolah dan zoo negara! malas nk bukak cerita dekat zoo, tu kena cerita sesama ain dgn sarah. kisah abg angkat, kakak yg mencarut, ptong carrot smpai darah, masuk bilik dingin beku membayangkan dekat iceland je gayanya, tumpahkan gula merah, jumpa tikus dekat stor! semua tu kenangan terindah ktorg bersihkan dapur zoo!! and Alhamdulillah jugak ramai diantara kami dpt straight a for pmr. haa, masa ni lah tertubuhnya nama genesis. padahal cadangan zephyr, zenith, zealous. last2 genesis yg menang bersama moto kami zealously to the zenith of success. go genesis 0711.
2010 - wohoo, aku dh f4 seh. masa ni kelas gabung dah. campurlah antara rumah2. masa tu sumpah janggal. yelah, 3 tahun classmate sama rumah perwira alih-alih kena sekelas dgn rumah2 lain. siap janji dengan kawan kelas lain, masa nk lunch nty tunggu. mula2 mmg janggal nk mampuih lama-lama semua okay dah. tkde puak dh. sbb genesis kan satu umpama satu malaysia. aku dpt kelas 4 maju. terpisah dengan ain, amal, dja semua. masa ni aku bwat gang baru iaitu al-an. nama islamik tau. geng aku ada sara masiah, atikah mahadi, dila dgn syairah. tu lah geng ktorg. tp tk bertahan lama. bkn ukhwah. tp rapat tu bertahan sbb pertengahan semester, semua tinggalkan aku. ktorg di streaming blek menyebabkan dila and syairah masuk jaya, tika and sara masuk setia. tinggalh aku sesorang. masa ni, aku rapat dgn dja, zati, byha apa semua. penat nk belajar subjek baru. mengenali subjek killer bio, phy, chem and addmath. tkde mkne sgtlah honeymoon year kn. huhh. ada jugak ckgu bm ktorg yg suka bercerita iaitu ckg md noor. galak gila dgn cerita dia. tp itu yg buat ceria. masa ni jugak timbul kes anisah. kalau aku cerita bulu roma aku meremang so aku decide tkmau cerita. kes dia tk suka nama aku, warna pink. pendek kata semua berkaitan dgn aku lah. smpai jd kes warden kejap. masa tu boys caring for a while. tanya aku okay ke tk. smpai aku menangis dekat lab bio. john pujuk aku masa tu. haha. semua aku igt. teringat dekat teacher bio ktorg. haru je. haha. teacher alice. isn't? aku paling suka bila tgk lcd belakan lab bio sbb aku akan pilih meja depan dan aku akan tdo! haha. evil kan. pernah cikgu tu buat kelas smpai pkul 6 sbbnya dia kata hujan. tkut ktorg basah blik dorm. smpai aku nangis. sara pun nangis. masa tu puasa. so kenalah cpt nk siap nk bukak kan. haha. masa ni aku tersuka dekat seorang ni. lawak gila bila igt. masa last exam ktorg is exam standard semua sbp. so adelah korek2 dr sbp lain. dptlah soalan bocor. tk dpt soalan bocor, mana hidup beb. heheh. masa ni addmath aku dpt d. sedih sgt. sbb aku suka addmath. tp ntah, kurang usaha mungkin. hmm. and now turn to f5!
2011 - trikh krmat nk amek spm plan mmg nk jadi budak baik tanpa kes. malangnya cikgu2 dpt tngkap satu kes masa ktorg f4. disebabkn tu, ktorg kena black list dgn cikgu2. masa tu sensitif. semua sedih. girls lah. yelah, student mana tk perlukan guru? tp ktorg buat kes jugak. ckgu pun ada perasaan jugak kan. tp salute, ckgu tetap mengajar ktorg tnpa pilih kasih. thanks to all teachers. without you all, sumpah merana ktorg. masa ni pressure gila nk kena kejar semua benda. homework lagi. study lagi. lab lagi. huh. smpai ktorg ponteng riadah nk siapkn hw. masa ni kn pengetua ckp dh tkde prep ptg. tp f5 je ada. mestilah ada. cikgu bnyak nk ajar. sabtu pun mesti ada kelas punya. smpai aku menangis dpn ckgu md noor nk mintak blek hari sabtu sbb along nk tunang. hahahak. tersenetip jap bro. cuti pengal dgn petengahan pun ada je homestay skolah lain join ktorg. pling best, cuti pertengahan lah sbb ktorg buat dekat upm. best gila. bilik 2 org je. kaler pink pulak. masa tu lah aku berangan nk masuk upm. tapi haru nk bangun pagi. kalau sorg tk bgun, lingkuplah gaya. haha. last day tu pling ktorg lmbat bangun. haru je.  siap ada girls nk fly pegi tgk muay thai kau. aku tk pergilah. dgn alasan munasabah musabab aku mama tk bagi keluar mlm. betul okay. moto genesis dh bertukar. zealous succes. mcm2 berlaku dkt ktorg. gaduh dgn f4 lah. smpai ckgu su selesaikan. kesian ckgu su tp ktorg tau dia sygkn ktorg. hehe. nangis sakan aku masa mintk maaf dekat cikgu su. nmpak noo bnyak dosa. haha. tahun ni jugak aku gaduh dgn john sbb dia annoying -.- sungguh. smpai spm bru mintk maap. skrang tk gduh2 dh. insap. masa pling best, dekat nk spm. f5 semua letak satu level. lg pack ktorg nk bsing apa semua. aku siap main badminton dgn zati mlm2!! haha, hilang tension. esok nk exam paper pn, aku dgn ain masih stayup. bak kata ktorg. tk pyah nk tdo awal sgt. habis exam tdo lah puas2. aku trtdo masa stayup bio. patut pun b. hahaha. alasan tk dpt a. aku pling benci phy alih2 spm dptlah merasa a-. rezeki Allah nk kasi :D teringat malam kasih selaut budi apa-ke-ntah-namanya. dgn ckgu yg masih boikot. skit je yg dtg masa tu. semuanya dh jadi kenangan dh pun.
see, panjang kan coretan aku. ni, nk campak gmbar pulak. semua tetap menjadi memori terindah. aku berharap sgt, bond genesis tkkan berubah, tetap erat. aku trbayangkn apa tau. wujudnya rumah asuhan genesis. genesis yg kerja semua bleh hantar nak dekat situ. sbb aku berharap sgt yg hbungan genesis bertahan smpai ke anak cucu. smpai anak cucu tu pun kenal genesis yg lain ibarat satu family besar. mcm anak aku nanti kenal aunty ain, kenal uncles and aunties genesis. boleh buat besan ke. bhahaha. over sgt ke angan aku nih? yg penting genesis is a big family :) ilovegenesisbagainakgila. 2 jam aku dpt kumpul memori 5 tahun aku.









salam sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~