"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

18 June 2014

Tinta Musafir #2 : Sabr


 8 Jun 2014 (Ahad) ; 1412 waktu madinah

Alhamdulillah. Bertemu di tinta kedua. Semalam and today was great. Banyak menguji tentang tajuk di atas iaitu kesabaran. Just listen to my story okay. 

Semalam flight selama 8 jam 10 minit. Lepaih tu tunggu bas kt airport jeddah. Sempat solat maghrib kat sana. Bertemu lah mereka yg lain mazhab. Awesome gila oi. Lepas dh naik bas dlm pukul 7.50 waktu jeddah. Bas nak ke madinah selama 7 jam. Jumpa mutawif ktorg which is nama iswan from medan. Dia best! Dah 2 jam lebih perjalanan berhenti makan jap. Sedap ohoii. Ehehe. Masa tu kesabaran teruji. Bontot kematu dok duduk je dr flight sampai naik bas. Nak merungut tak sampai hati tau. Allah dh panggil jadi tetamu tu bukan senang. Ni ada hati nak merungut pulak kan? So last sekali sampai hotel, mubarak silver pukul 1 pagi waktu jeddah which is 6 pagi waktu msia. And ktorg baru nk masuk bilik, tdo patploh minit lepas tu mandi ready for first solat subuh jemaah dekat masjid nabawi. *saje nak ckp yg aku pakai jubah yg sama for abt 29 jam*

Masa tu masyaAllah. Penuh sangat2. Belum azan subuh mmg dah sesak. Rasa mcm islam sgt kuat masa tu :'). Dengan benda wajib yg aku buat sebelum dan selepas masuk saf. Iaitu minum air zamzam. Banyak sgt. Memang takyah nk berebut lah. Pendek kata masjid nabawi mmg tak sunyi dr manusia lah. Polis yg jaga tempat perempuan was coolio. Pakai jilbab eh yg nampak mata je tu. Cantik. Sambil jerit "tariq tariq" sbb mintak org bg jalan.

Next stories dekat raudah. Raudah adalah tempat antara maqam rasulullah dan mimbar baginda. Rasulullah pernah berkata yg kawasan itu adalah taman syurga. Malah bila kita berdoa, rasulullah turut mengaminkan doa kita. Dan doa rasulullah sentiasa diperkenankan oleh Allah tau. So nk dijadikan cerita, raudah ni tak besar mana, dia dlm masjid nabawi yg ditanda dgn carpet hijau. Sebelah kiri tu ada maqam rasulullah, saidina abu bakar dan saidina umar al khattab. Lepas tu wanita nk masuk ada waktu2 tertentu. Lelaki boleh masuk bila2 masa. Tu yg ni semua berasak2. Can you feel?

Nak cari tempat solat pun tak senang tau. Aku rasa aku dh penyek kot kat situ. Tp keep doa supaya Allah ease. Dan alhamdulillah ustazah yg bimbing tu asyik bawak aku ke depan dan last2 dpt dekat tempat afdhal iaitu dkt dinding putih. Walaupun tak depan sekali. Masa solat tu alhamdulillah takde sampai jatuh. Kena tolak sikit tu biasa lah. Lepas tu sempat baca doa raudah dekat dpn tu. Masa tu gembira tak terkata. Bersyukur. Yg penting sabar dan jgn merungut. Allah akan tolong kalau kita berniat yg baik2. Walaupun masa tu terpisah ngan mama, nenek ngan anjang nah. Lepas abt 20 minutes pusing2 jumpa jugak. Alhamdulillah.

Sekarang tgh tunggu nak g masjid ready for solat asar. Asar masuk pukul 3.41 tp kena pegi awal or else sesak. Ni belum kisah nak tawaf dekat kaabah. Semoga Allah permudah. Sbb seriously, aku bkn org yg suka keadaan sesak. Dan kalau berhimpit, aku akan jd patung tak gerak. Aku biar je org nak buat apa --'

Madinah mmg panas tahap bibir kering dan takde lip balm ni. Aku kan dh jadi gila-gincu-dan-dah-buang-semua-lipbalm. Hehe. Nasib baik ada obat penawar. Air zam zam kan hado. Betul kakcik ckp, panas dia sampai peluh yg terkeluar dah sejat balik sbb panas. Waktu mlm kemain berangin. Tp angin panas ouh! Tp igt, jgn merungut kan? Nikmat Allah dh terlalu banyak ni. Panas tu kan nikmat jugak en?

Okaylah. Gtg. Nak sesiap. Oh ye, makanan kt sini sedap sgt. Agak pedas rempah ah. Org indonesia yg masak. Hehe. Kbai. Till we meet again.

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~