"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

05 April 2012

inilah saya :D



Alhamdulillah, dah masuk 3 hari sy berpuasa nazar..tinggal lagi esok dengan jumaat je maka habislah puasa nazar aku selama 5 hari berturut :) insyaAllah..petang tadi walaupun puasa tapi sempat aerobik tau..then sy mendapat tahu bahawa puasa bukan penghalang kita nak bersukan tetapi otak kita nie, asyik di phycho doro sendiri cakap penatlah, itulah, inilah..manalah tak jadi lemah dan lemau semasa berpuasa ! buat masa nie, dah masuk sebulan jugaklah sy sertai kelas aerobik dikelolakan oleh natasha..dah masuk 7 kelas kot sy hadiri bersama mama..first time pegi tu masyaAllah, habis 45 minit aerobik langsung tk boleh nk cakap apa sebab rasa energy mmg low gila smpai nak cakap pun takda energy..memang tak fit langsung..mana taknya, 3 bulan memerap, mana bersukan apa apa pun..then 2 kali pergi okaylah..bolehlah bercakap2 habis aerobik tu..and sekarang dah makin serasi lah..tapi en , kadang kadang malu sbb sy dah lah budak yang paling muda sbb ramai pergi orang orang tua..tapi saya nie lah yang terlebih lemak dia..haih, bila lah nak kurus shasya oi..impian tu ada tapi usaha yang tak jalan..nafsu makanan besar sangat agaknya..abislah, baju konvo nati tak muat shasya oi..janganlah ! nanti tak berbaju pulak ke mini konvo ! hehe..and now terasa sangat tidak sabar nak drive esok ! kapten isidore, sy berjanji utk bersungguh membawa kereta dan menunggang motor esok..kita jumpa esok yaaa :D

salam sayang,

sk satria jaya :D





semalam kan, sy telah melawat sekolah rendah sy :) happy sangat sangat ! tu pun ikut kakcik dan rakan sekelas dia..diorang ada kem bestari solat..so sy? just join the club lah..ape lagii :)
dapatlah lepas rindu jumpa cikgu rosita and ustazah zunaidah :) both of them were my beloved teacher okay ! and dpt jumpa cikgu shahriman jugak tp dia seem tak kenal sy lg..yelah, 6 tahun dah berlalu, uban dia pun dah timbul..kuikuikui, apehal cakap pasal uban dia pulak?cishhh..dahlah sy jd PA kakcik..sy bukan ada kerja sgt pun pegi sana, tulis lah niat solat kat whiteboard tu..hehe, pastu kena reject ngn kakcik sbb budak budak tak paham..kena lah salin satu satu lepas tu..yang paling kelakarnya, ada budak panggil sy ustazah..gulp, sy tak layak lagi nak bergelar ustazah..sbb rasa sgt tinggi pngkat ustazah tu..mula2 ada rasa syok nak mengajar murid murid tu tp memandangkan sy tak reti mngajara, so jadiknya cancel lah nak jd cikgu..ape taknya, nak ajar insyirah syahirah bace lafaz niat subuh pun tk tahu nak ajar cmne..haih, memang tak ade bakat nak jadi cikgu lah !

merasa jadik cikgu jap

hasil kerja sy :D


berjumpa cikgu kesayangan kami :D

salam sayang,

rak pink baru :) YEAY





yeay yeay yeay :) kenapa happy sakan nie?? mana tak nya, novel novel tercinta saya dah mendapat rak yang baru, pink okay ! dibeli di parkson the spring berharga rm39.90.murah kan? i thought harga rak fifty and above kot ! then eh eh murahnya, takkan nak lepaskan peluangkan? walaupun terpaksa keluar duit dari atm, ape kesah janji happy :) and plus, mama sumbang baucer rm10..thanks mama ! then, orang kat customer services tu pun sorong la troli sampai ke kreta mama :) balik tu for sure lah exited kan nak pasang..start pasang lebih kurang pukul 2 petang..pasang punya pasang, skru tak dpt nak masuk habis..ketat gila ! then tergantunglah kerja sbb terpaksa tnggu alat gerudi drpd paksu nak ketatkan skru tuu..balik dari kampung the next day, rushing pegi aerobik..balik tu, paksu hantar alat gerudi skru tu..then mama pun memulakan kerja nya..so conclusion nya mama lah yang habiskan rak pink sy tu smpai mama 'berlalak'(carik dlm kamus bahasa sarawak) nak guna alat tu lagi..penat lelah mama sampai menjerit kegeraman jugaklah, akhirnya siap jugak rak tu..then esok pulak, sy start mnyusun novel novel kegilaan sy dan sekarang bahagia je ada rak tu :) thanks mama !

salam sayng, 



01 April 2012

4 jenis wanita ke NERAKA !!



Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar. Dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang segera berubah untuk memperbaiki kesilapan diri. Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan menjadi penghuni neraka. 

1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya.

Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.

" Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang. " komplen Lisa pada Zack. Esoknya..

" Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan." Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.

Suka memburuk2an suami dibelakang suami samada kpd ibu bapa, sedara mara atau kawan2nya.

Curang pada suami.

Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting dgn lelaki lain.

Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.

" Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni tau." sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.

2. Perempuan yang membuat suaminya barang yang tidak mampu (memperbodohkan suami, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami).

Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri. 

" Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan. "

Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih perlu. 

" Abang, saya tak tahu, raya nanti saya nak kereta. "

" Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya. "

" Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta."

3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.

" Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award."

" Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan. "

" Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni."

4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan, minum dan tidur.

Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. Apatah lagi hendak menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok. Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.

Semoga artikel ini ada manfaatnya untuk semua. Kepada yang hendak sebarkan, jangan lupa linkkan semula ke blog picisan ini ya. :)

Nota : Sumber artikel, ceramah Ustaz Kazim Elias.

p/s: copy and paste from fb najwa :) thanks~

salam sayang,