"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

02 September 2012

diari syawal shasya.

kalau rafique ada diari ramadan, sya pun nk ada diari jugak :) teehee. sya nk cerita pasal ramadan sya yg bertempat di kuching, sarawak. tempat tumpah darah yang mengalir okay!
so jom layan cerita diari ini.

sehari sebelum raya : 
sya dengan family pun bertolak ke kpg kat asajaya lepas asar. masa smpai kpg tu, dah ramai gak yg dh sampai, paksu sekeluarga, dak dot sekeluarga. hari tu kami berbuka puasa sama for the last one with nenek but without atok for the first time :'(
malam tu, solat isyak berjemaah kt masjid, dorg bertakbir. sayu :'/ lepas tu, kanak2 riang pun bermain bunga api dengan jagaan org dewasa. sya main 2 bunga api, lepas gian jap. yg dewasanya pulak busy di dapur, masak juadah, isi biskut dalam balang, pasang carpet apa semua.

raya pertama ; 1 syawal :
bangun. mama kejut subuh suruh pegi masjid tp sya dengar dorg dah start solat so sya pun solat kt rumah je. pastu semua beratur nk mandi ready nk pegi solat sunat raya pkul 8.30 pg. before tu, we had the breakfast. ada soto, rendang, lemang dll walaupun rasa pelik sebab dah sebulan puasa. 8.30 tu rumah dh kosong, semua penghuni pegi solat raya kecuali kak tina, dan 2 baby ; ayien and ikmal. and first time jugak imam solat raya bukan atok. this year was a changed for us! balik solat, hantar makanan kt masjud, ada makan2. selalu tahun2 lalu, lepas balik makan kt masjid ktorg akn bermaafan and take a picture but this year ada lainnya. kami bergegas ke kubur atok. baca yaasin utk atok, wa maryam, moyang and semua saudara kat situ. semua sedih sbb kali nie raya without atok, hanya kubur yg kami lawati!
balik tu, dah tengah hari. penat, ada yg tdo, ada yg mandi sebab panas eh, bukan sbb tk mandi. lepas zohor baru ktorg start bermaafan and ambik gambar. then lawat rumah saudara mara. lepas maghrib, beraya dekat kpg tambirat pulak. malam tu sampailah rumah di kuching. so tired that day!












raya kedua ; 2 syawal :
hari nie breakfast makanan bwak dr kmpung. ada rendang, kari daging, kelupis, nasi beriani. pukul 10 lebih, ktorg bersiap pegi melawat rumah saudara yg ada kt kuching. nk senaraikan pun tk igt. tapi tu mcm adik beradik atuk yg tinggal kt kuching. ada kisah disebaliknya yg mama cerita :) ada masa sya cerita eh. petang tu ktorg dah balik dah. kejap je tp tu pun penat kot. raya ketiga, ktorg tk pegi memana pun.


raya keempat ; 4 syawal :
hari nie ada 2 open house. satu kt rumah maksu and rumah kawan mama, uncle is. yg tu mmg betul ktorg pegi 2 rumah tu je. then balik lah. kenyang gilaa wa cakap lu. balik tu terus tido. haha. mcm hape je penatnyaa. 

raya kelima ; 5 syawal :
hari nie, mama mmg tknak pegi mana2 pun sbbnya hari nie hari preparation for open house esok mama nk buat. rumah ktorg nie mmg tkde org nk dtg beraya sesaje sbb mmg org2 yg ramai tu akan dtg masa open house. esok lah. confirm esok akan jd hari yg sgt memenatkan! tgklah esok mcm mane eh :) 

raya keenam ; 6 syawal :
hari yang ditunggu2 telah tiba. jyeahh. its my open house babe. mai datang mai datang. ramai gilaa yg dtg padahal jemput ramai ke eh? tk igt pulak. mama masak 3 jenis masakan iaitu spaghetti, laksa penang and nasi beriani with kambing and ayam masak merah. sedap wa cakap lu sampaikan makanan tu habis licin! selalunya tahun lalu lalu, mesti ada lebih utk ktorg mkn esoknya tp this time mana ada dah. tinggal laksa penang je. ayam masak merah sya pun habis T.T.

raya ketujuh ; 7 syawal :
hari nie ada kenduri kahwin kazen mama. kira mak saudara sya lah kan? tema hijau eh. yg paling best ada belon yg diisi dgn gas helium. terputus tali, terbang ke atas lah gamaknya and belon meja sya lah tu terbang ke atas. HAHA

raya kelapan ; 8 syawal :
pepagi tu mama bwak pegi boulevard beli barang. tk bnyak pun sya borong sbb nya nk naik flight kan. bukannya tk boleh beli kt sini pun. haha. then ptg tu, ktorg hantar syammir balek skolah dia. first time kot sya masuk sekolah sains kuching tu. selama nie igt kat samariang rupanya salah tempat. kt mana ntah skolah tu. namanya budak kuching. sya nie pun. hehe

raya kesembilan ; 9 syawal :
hari yang ditunggu telah tiba. flight at 2.25 pm. sedih kot nk kena balik uia dah. tp 2 bulan blek srawak balek. ini bukan zaman sekolah lagi shasya oi. rasa nk blek? blek je lah. and hari tu tibalah sya kt mahallah khadijah kesayangan nie :) Alhamdulillah
pendek kata, raya tahun nie tk meriah mana pun. rasa mcm sya raya masa spm tahun lepas lg meriah. hehe. whatever it is, janji dpt melawat saudara mara kan. now tga counting days nk blek melaka jumpa along cuti hari malaysia nanti. yeay yeay. sekarang masih mengikuti pembelajaran uia seperti biasa dgn lebih tough lagi. and plus more dlm proses nk puasa enam. insyaAllah. tu je lah diari sya yg boleh dilaporkan buat masa nie, so stay cute guys!

salam sayang,

menerjah bilik selebriti.

title nk menipu je keja. dah lama sebenarnya sya nk post entry nie tk tk berkesempatan. bila baca blog aisyah, sya pun tiru title dia. hehe. padahal terjah bilik dia je pun! so sya kt sini nk bongkarkan bilik sya kat uia tu bertempat kt mahallah khadijah. kalau korg rasa tk kemas kan, korg silap sbb nie lah paling kemas bilik ktorg sbbnya hisbah ktorg buat pertandingan bilik tercantik. so kemaslah mcm apa hari tu. enjoy the pics :)












salam sayang,

18 August 2012

salam ramadan :)

tonite : 29 ramadan 1433h.
ada orang kata nie last puasa. raya ahad ke isnin eh? sama2 lah kita tengok anak bulan dekat tv3 je. ehehe, tnggu mohor2 besar dah lah. ke hang nak pegi bawak teropong pegi puncak gunung kinabalu tengok? tak kan. esok sya akn pulang ke kampung utk beraya bersama sanak saudara yg tercinta. ecehh, ayat macam nak masuk salam perantauan je!


sedar tak sedar, kita dah berada di penghujung ramadan. ada org happy tk sabar nk raya. ada org sedih sbb ramadan nak tinggalkan kita. ntah jumpa lagi ke tak tahun depan punyaa?? haih, cube tanya diri sendiri. adakah kita dah buat yg terbaik dlm bulan ramadan nie? datang setahun sekali je. masa nie lah kita ambil peluang nak bnyak beribadat kepada Allah. sya pernah terdengar ada orang ckp mcm nie.
"kalau bulan ramadan pun anda malas baca alQuran, agak2 bulan lain anda nk baca ke?"
betul kan? bukan nk ckp bulan ramadan baru nk sentuh alQuran, tp ramadan boleh jadi permulaan kita nk berubah kearah lebih baik. betul kan sya cakap nie? masa nie lah kita nak pegi jemaah kat surau. pahala kita ramadan nie berganda tau. tapi ramai tk manfaat kan bulan ramadan nie. selagi ada masa, manfaat kan lah bulan ramadan lagi2 sekarang fasa ketiga iaitu fasa hindar azab api neraka. lu pkey lah sendiri.
tadi ada tazkirah tau, dari paderi yang masuk islam. dia kata tak payah nak gembira sangat raya sebab ada lagi org yg lagi sedih tau. so walaupun sya ada sepasang baju raya tk siap tp sya bersyukur sya ada baju untuk di pakai nanti. ade yg lagi susah kan? so bersyukurlah dengan apa yg anda ada ye :)
salam sayang,

17 August 2012

kasihnyaa ibu



lama jugak peram entry nie. takde masa kononnya dulu. eh, betul whatt. dulu exam pecah kepala okayy? nasib baik sya sempat kutip2 serpihan kepala. isy, mulut nie celopar tau. na'uzubillah minzalik, mintak dijauhkan. bahasa jawa said : amit2 jabang. betul eh? okay, seperti tajuk diatas, mintak semua buat muka serius sikit weh. pasal ibu kott! okay okay, sya diam dari membebel. nak kongsi cerits nie. 
memang lama gak lah cerita nie. berlaku pada hari jumaat. jumaat bila? heheh. jumaat sebelum 1 ramadan. 30 syaaban lah kan. masa tu sya otw nk pegi tbs. balik melaka. yelah, nk puasa bersama keluarga kan. mama jauh kt sarawak, keluarga kak ipar pun boleh :) so masa kat kl sentral tu, dekat tmpat ktm, sya jumpa seorg ibu muda sambil dukung anak dia. tengok rupa, tu bayi lelaki. tp taklah bayi baru lahir. maybe nak masuk stahun kot sbb baby tu tk reti jalan. bygkan tnggu ktm. mmg LAMA lah kan. KTM bukan LRT :P hehe. kakak tu berdiri je. tk boleh nk panggil makcik sbb muka sgt muda. dia nk type msg, anak dia kcau2. kelakar sya tengok.
tp tu bukan ceritanya. then mak dia kasi puting. tau ke? alah, puting botol susu tu. tp puting tu je lah. nak kasi baby diam selalunyaa. then anak dia nie pun lasak semacam kot maka dia pun membaling puting tu. isy isy isy, tampar je budak tu. hahah. "sya, awak kan nk jadi ibu mithali". mak dia pun ambik. bersih guna tangan jap. then mak dia masukkan dlm mulut dia. eh, mak dia pun gian nk hisap puting ke? hehe. tak lah. rupanya, mak dia nak bersihkan puting tu before kasi anak dia. nampak tk pengorbanan seorang ibu di situ?
ace tanya diri kita sendiri? tak payah nk fikir if kita ada anak, mampu tk anak tu jaga kita. baik kita fikir yang kita tu anak. confirm lah anda semua anak kan? sapa rasa dia bukan seorang anak, pegi carik tanah, kambus lah diri anda tu eh. agak2 kalau ibu kita yg tua tu, sanggup tak jaga macam dia jaga kecik2 dulu. belum ada ibu yg kata begini tau, 
"kalau aku tahu mcm nie anak aku jaga aku, kecik2 aku dah sembelih buat kenduri akikah!"
takde en? takde en? kasih syg ibu sangat tk ternilai kot. thats why ada pepatah, 'seorang ibu mampu menjaga sepuluh anak tetapi sepuluh anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu'. ibu lahirkan anak, bukan anak yg lahirkan ibu eh. kalau nk derhaka kat ibu, pikir dulu anda dari rahim mana dulu? acer jawab lahh wehh? kan sya dah emosi nie. huh. dah gaya mcm mother's day pulak esokk. HAHA :P



salam sayang,