"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

09 January 2016

Day 9 of 366: Mimpi

Assalam hai people.

Exam dah habis kelmarin, boleh lah naip banyak2 lepas ni.
Third sem dah habis Alhamdulillah.
Doakan result aku okay. Sbb aku rasa tak okay dah ni.
Otw to Kuching. Masih atas langit.

Despite all that, aku nak cerita pasal mimpi. Can i?

Aku belek balik blog aku. Rupanya tanggal 1 december 2012 aku ada tulis pasal mimpi. Tajuk dia hanya sesaat aku jatuh cinta fulamak power nya tajuk. Rasa nak muntah baca haha. Tapi serius ah. Mmg mimpi tu buat aku jatuh cinta. Masa tu aku mimpi aku baru kahwin. Aku tak kenal siapa dia. Dlm mimpi tu aku cam kahwin aturan family lah kononnnya. Tapi aku tgk muka dia masa dlm mimpi tu. Dia pakai baju melayu coklat kain mcm dull satin. Tp masa aku bangun tu aku rasa tenang gila. Bygkan aku bangun senyum? Pergh pergh pergh. Masa tu sumpah aku rasa aku jatuh cinta dgn suami aku. Suami mimpi lah tapi.

And second day of 2016. Aku bermimpi lagi. Dan seolah sambungan utk mimpi aku yg 3 tahun 1 bulan lepas. Aku mimpi dekat library uia. Aku dgn laki aku bincang pasal nak stay mana sem dpn. Tapi yg lagi penting mimpi tu kannnn. Omg patut ke aku cerita kat sini? Yg aku pegang tangan laki aku masa mimpi tu? Dlm mimpi pun aku rasa bahagia first time pegang tangan laki. Dosa tak eh? Lagipun tu kan suami aku. Walaupun suami mimpi. Hehe. Tapi lepas tu aku rasa tenang weh. Sama mcm aku rasa mimpi pertama tu. Senyum lepas bangun. Everytime igt boleh senyum cemana ni? Haha.

So suami yang dalam mimpi saya, awak dekat mana? Moga awak memang jodoh saya sebab saya dah jatuh cinta dekat awak since dalam mimpi lagi tau. Semoga awak real dan bukan hanya dalam mimpi. Semoga kita jumpa one fine day. Bila saya rasa tenang jumpa awak, i know you're the one. Stay there leklok eh.

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~