"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

09 September 2016

Day 253 of 366: Train to Busan Review

Assalamualaikum hi! Sbb harini lepas tengom Train to Busan rasa nak share puleks haaa bkn senang aku ada mood nak menaip.

So before start, i want to warn, this entry is a ❗SPOILER ALERT❗So kalau taknak tau ending plis stop and watch it yourself. InsyaAllah tak nyesal tgk cerita ni *lap hingus* OR BOLEH SKIP PART DI BAWAH NI. DAN SAMBUNG DI BAWAHHHHHH!

Okay so let's start. I'm watching this movie at MBO Melaka Mall pakai tiket freeeee *hiuhiu* dpt masa derma darah tu ari. Wyg pukul 10.50 am dan 10.50 tu tgh beratoq nak pi beli tiket lg aih. Heleeeh masuk tu pun masih iklan key so leks.

K ni sinopsis dia. Mungkin tk brp pendek tau haha. Cerita ni start dgn hero cerita ni, gong yoo (aku tk igt nama lakonan dia) dia ni duda, kerja fund manager (kerja saham), tinggal sekali ngan mak dia and anak su-an. Ex wife dia kt Busan. Mula-mula before tgk aku sure anak dia perempuan. Bila tgk aku kurang pasti anak dia laki ke ppuan. Rambut pendek. Nama dan suara takleh dikenal pasti pulak. Nasib baik lepastu pakai skirt baru tau tu gegel phew. So ayah dia ni busy tau. So anak dia pun ckp nl pi Busan gak masa beday dia besoknya tu. So ayah dia terpaksa lah hantar gak. So this is the start of Train to Busan. K minum air jap.

Malam before dprg bertolak naik KTX ke Busan ni mmg dah ada kes zombie tp tak besar-besaran pun so ramai taktau lah. Masalah timbul bila seketul (?) zombie tersesat masuk dlm gerabak. Yg org jaga ktx tu pulak tk perasan. So dr situ, zombie tu menular dlm train tu. Dia start gigit pramugari (?) dlm train tu so terus menular dan manusia2 lain yg belum terkena semua pergi lari ke gerabak lain yg masih selamat dan tutup pintu gerabak. Sbb apa? zombie tak reti bukak pintu. Dia reti penyek muka ke pintu sambil cakar2 je. Bukak pintu tak reti. So maseni lah, anda akan kenal pasti watak2 penting dlm cerita ni. Oh btw aku tak igt nama2 dorg ni tau. So boleh describe je. So ada watak hero dan anak dia, ada perempuan mengandung dan suaminya, ada pemain besbol beberapa org (tp yg bertahan 2 org je), ada 2 adik beradik perempuan tua yg baya2 nenek, ada seorang pramugara (?) train, pemandu train, seorang lelaki kaya yg paling selfish di dunia hanya tuhan yg tahu tahap selfish dia cemana dan seorang lelaki serabai area 40-an yg entah siapa dia. Tp watak org lain ramai je. Watak sampingan yg hulur muka dan bebereapa dialog lah.

Masa dah berkumpul kt few gerabak yg tak kena infection tu, hero tu dpt call dr mak dia. Mak dia cakap benda2 yg tacing lah. Jaga diri lah, syg cucu dia lah and at the end ada bunyi gans dan fon mati. Dan aku syak mak dia dah jd zombie. K ni first part aku sedih sorry lah hati tisu. Then lepastu dorg dpt berita dr pemandu train kata akan berenti kt stesen daejon. Kt sana ada pihak berkuasa tunggu akan kuarantinkan depa. So dh sampai stesen sana, suasana sunyi gilaaaa. So dorg keluar stesen pakai jln utama, tp hero dan anaknya dan lelaki yg entah dr mana tu pakai jln lain sbb hero ni dh call sesiap laftenan ape ntah yg bgtau ada org tunggu dorg nanti. Tp kantoi ngan anak dia so anak dia nk panggil yg lain tu sbb anak dia so baik hati. Ayah dia dh pesan dh masa2 camni jgn jd baik sgt, jaga diri sendiri dulu tp kena marah balik dgn anak dia. Anak dia kata, "Ayah selalu pentingkan diri. Sebab tu mak tinggalkan ayah" haa sentap ayah dia.

Tp tak sempat nk buat apa pun, rupanya pihak berkuasa yg tunggu dorg pun dh jadi zombie. So dorg pun berpatah balik ke tren dan ramai bertukar jd zombie masetu. Kira cam tak ramai lah yg selamat. Maybe dlm 20 org? 20 org ni termasuk ada seorang pramugara (?) train, seorang cheerleader besbol, lelaki kaya yg selfish tu dan adik nenek yg tua tu dok dlm gerabak 15. Yg watak2 lain yg penting tu terpisah dua kelompok. Satu kelompok tu ada nenek (kakak), perempuan mengandung, budak su-an tu dan lelaki out of nowhere masuk gerabak 11 tp gerabak tu ada zombie so dorg ada dlm tandas nyorok. Yg lagi satu ada hero, suami perempuan mengandung (wei die ni power gila kot lawan2) dan few pemain besbol lepas lawan zombie, dorg turun ke tren, tren dh bergerak ke arah busan (sbb lelaki selfish tu paksa pemandu tu gerak cepat) so dorg pun berlari2 anak kejar tren tp ada zombie aku lupa dtg dr mana serang dan few pemain besbol kena infect kecuali sorg. So tinggal 3 org survive dan dorg sempat masuk gerabak 9.

Lepastu suami tu call isteri dia. Isteri dia mintak tolong dorg. Haa kat sini bermula klimaks semua benda. Tiga org dr gerabak 9 kena gi 11. Dorang siap dah peralatan nak melawan zombie dan strategi. Mmg ada adegan tumbuk2 apa semua, lawan2. Tp yg pelik best nya zombie tu tak boleh dlm gelap. Bila dlm gelap dorg tak nampak dan akan attract ke arah bunyi. So dorg ada lah pasang strategi utk umpan zombie setiap kali train masuk terowong. Lepas selamat dtg gerabak 11 tu, misi dorg ke gerabak 15 pulak. Lelaki besbol dh text kwn cheerleader dia ckp dorg otw. Dan kwn dia bgtau yg lain dan lelaki selfish tu marah dan jadi selfish namatey dan hasut 20 org tu agar jgn terima sbb takut2 yg 7 org survive tu dah kena infection. Maseni bodohnye laaaaah yg si selfish tu haa. So dorg semua takmau 7 org tu masuk dan gi block pintu, kunci pakai kain. Sementara yg 7 org survivor tu merangkak kt tempat letak bag atas tu, mcm2 cara lah janji dpt. Pastu ada waktu puncak nya yg dorg dah sampai pintu gerabak 15 tp kena kunci, dan zombie sdg kejar dan dorg terpaksa pecahkan pintu tu. Dan suami perempuan tu jd umpan hlg zombie serang dan maseni yes sedih gila! 

Masa dh berjaya masuk tu, tatau kenapa nenek tu pergi korbankan diri dia. Taktau lah kalau tk sempat ke apa. epas dah berjaya masuk gerabak 15 tu, org yg lain2 yg baju nya bersih dan selfish tu pun suruh 5 org survivor yg baju berdarah sbb lawan zombie suruh ke gerabak lain sbb takut dorg kena infection. Isy dodol betul. Dorg tak kena infection masalahnya tp yg lain tanak caya so dorg pun pergi. Tp kwn cheerleader besbol tu nak ikut yg pemain besbol tu gak. So 6 org survivor pi gerabak lain, dan yg lain terus kunci pintu yg menghubungkan gerabak dorg. Ingat tak nenek yg korbankan diri tu? Dia ada adik kannn. Adik dia pun tua gak dah. Pastu adik dia tacing. Tgh2 org busy kunci pintu, dia pi bukak pintu lg satu yg penuh zombie tu dan yes gerabak dorg habis. HAHA sorry lah tp maseni aku tgh geram dgn gerabak yg selfish tu. Yelah dah lah sukati buat assumption. Terus terpadan muka dorg kejap. Tapiiii pramugara dan lelaki selfish tu boleh pulak selamat sbb sorok dlm toilet!

Tren tu finally stop masa dekat dgn stesen daegu. Takleh lalu sbb ada mcm accident tren dekat landasan tu. So pemandu tu buat announcement, yg masih hidup, keluar. Dia nak cari trren baru. So 6 org ni pun keluar. Pastu masa tgh cari tu, ada accident something menyebabkan ada tren terbalik dan dorg terpisah 4-2. 2 tu yg pemain besbol dan dan kwnnya. 4 org tu pulak cam tersekat antara 2 keretapi dan jln keluar sgt sempit. At the other side, igt pramugara dan lelaki selfish tu? Lelaki selfish tu berjaya larikan diri selepas campak pramugara dekat zombie haa selfish tak? Lelaki tu lari dan nampak 2 org tu masuk tren. Dia pun masuk tren dan campak kwn cheerleader ke arah zombie. Haa cukup selfish tak? Geram dah kan? So lepas cheerleader kena, si pemain pangku dan menangis dan of course dia pun kena sobs.

K mana pemandu tu pergi? Dia berjaya dptkan satu gerabak tren yg okay. Maseni tren tu dah bergerak. Dia nampak lelaki selfish tu tgh lari ke arah tren dan zombie kt belakang tgh kejar. Tetiba boleh pulak lelaki selfish ni tersadung dan jatuh. Pastu pemandu tren tu pun turun dr tren dan cuba selamatkan lelaki selfish tu. AND GUESS WHAT? Lelaki selfish tu tarik tangan pemandu tu then bg kat zombie dan dia pi cabut lari! WEHHHHHH APE OVER SANGAT SEH! Brp ramai org dia korbankan sbb nyawa dia je? So dia pun naik tren tu. At the same time, yg survivor 4 org tu try keluar dr tempat sempit tu. Mula2 hero, lepastu dia tarik anak dia pulak. Masetu zombi dlm tren dah keluar (sbb cermin tren berjaya dipecah) dan lelaki out of nowhere tu korbankan diri demi perempuan mengandung tu keluar dan larikan diri. So dorg bertiga lari selamatkan diri dari ratusan zombie. Ramai gila bak hanggg! Dorg kerar tren tu. Lama gak ah baru dapat lepas tiga2 dah berjaya naik tren, ada satu, dua ketul zombie berjaya pegang penghadang kereta api tu. Pastu diheret sekali, zombi yg lain semua lompat dan sangkut kat badan zombi kt depan tu. Maseni dia tunjuk pandangan dr atas tau, kau bayangkan tren gerabak yg kepala je (pendek je) mengheret menarik segerombolan zombi. Banyak weh tak bohong. Semua kena heret dgn tren tu. So hero pun try pijak2 tangan zombie sampai dia lepaskan tren tu. So habis!

Tipu jeee. Mana boleh habis sbb lelaki selfish tu hidup lagi haha. So hero dan anaknya serta perempuan mengandung tu nak masuk tempat driver tu, sekali yg lelaki selfish dlm tu dah kena infection. Time bila kena aku tak tau. So dorg pun berlawan dlm ruang sempit tren tu. Dan last sekali, hero korban diri dia dgn bg tangan dia digigit lelaki selfish tu :( So lelaki selfish tu dah ditendang keluar tren. Hero suruh anak dia ngan perempuan mengandung duduk kt tempat pemandu dan ajar semua cane nk brek tren tu. Masa dia peluk anak dia, anak dia jerit2 taknak lepaskan dia. Weh maseni lebat sgt hujan turun wehhhh sumpah sedihhhhhh wuaaaa T.T Dah tu dia terjun dr tren tu Ya Allah weh sedih weh sedihhhhh! Dah sampai laluan masuk busan tu, perempuan mengandung ngan anak hero pun turun dan jalan masuk terowong ke arah busan. Pastu askar yg tunggu kt sempadan busan dah nak tembak dah sbb igt kena infection nasib baik budak tu menyanyi so dorang selamat. Tp lagu tu sedih along kata. Dia tak bg subtitle pulakk huaa.  Anak hero tu nyanyi sambil nangis. Dan aku pun nangis sekali dan THE END.

HAA SINI SINI DAH HABIS DAH SINOPSIS.

Ni review dr sisi aku pulak. Sepanjang tgk cerita ni saspen ah. Pastu geram. Sampai kaki aku kt bawah tau2 dah naik atas kerusi. Pastu sampai aku nak jerit suruh cepat sikit lari lah. Kira cam penuh perasaan weh tengok cerita ni weh. Semua rasa ada. geram, cemas, lawak semua ada. Pastu, ada kisah persahabatan (pemain besbol and the geng) betapa dia taknak pukul zombie yg kwn dia tu! Pasal kekeluargaan (hero and anak, suami dan isteri). Mmg lah ada scene org selfish gila tau, tp dia masetu sorg bolehlah cerita. Cer dia bawak anak bini, tgk dia masih nak selfish ke tak. Even hero tu pun dia suruh anak dia yg pentingkan diri. Nampak mcm dia pentingkan diri, tp sebenarnya tu semua utk anak dia. Satu lg yg paling aku nampak, kerjasama yg sgt bagus walaupun among stranger. Walaupun dorg tk berkenalan pun, tp dorg banyak berkorban demi org lain. Sedih ah tgk spirit pengorbanan dorg.

Aku malas lah nak kaitkan cerita ni dgn kehidupan. Haha tp sikit lah. Hidup ni kan umpama perjalanan. Dan utk survive, tak mudah. Banyak rintangan dan halangan kau kena lalui. Sampai lah kau kau jumpa titik perhentian perjalanan kau. Applicable jugak masa tgh belajar ni. Nak dpt degree tak senang. Belum masuk master dan phd lagi ni haaa. Okay stop part situ. So tu je lah aku boleh cerita. Sape tak tengok, molek lah pi tengok. Tak nyesal. Rating? Aku tak reti bg rating tp best lah!


Kad membership mbo comel ngat aih!

p/s: Sorry for the typos!

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~