"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

07 April 2013

tazkirah perkongsian – maut and prediction


segala ilmu perkongsian di sampai kan oleh penceramah laila zakaria dlm ikim fm segmen motivasi pagi pukul 7.30 *thanks mdm suzana* cuma point2 sahaja yg sempat di ambil dan akan di cerita kembali oleh sy menggunakan bahasa sanskrit sendiri. about maut and pridiction. ehh?

maut. semua takut maut kan? sape je yg tk takut maut. tapi takut mcm mana pun, maut still datang. ramai orang sekarang suka buat prediction. contoh nya bila nampak orang meninggal dekat Mekah je, kita ckp, “Ya Allah, mulianya meninggal di tempatMu. maka syurgalah tempat dia.” lagi satu bila nampak orang meninggal depan kelab malam, berdarah2 semua kita predict, “ni confirm mati sebab mabuk ni, memang nerakalah tempatnya.”

NO!

JANGAN!

jangan sesekali kita yang tiada hak ini mengjudge balasan syurga atau neraka dekat orang. neraka syurga ni milik Allah and kita takde hak LANGSUNG nak menentukan sama ada orang tu masuk neraka atau syurga. kita tk tahu apa2. ntah2 yg meninggal dekat mekah tu, bila bukak ihram penuh dompet jemaah. rupanya niat dia nk mencuri. meninggal dlm keadaan yg berdosa. lg satu case ntah2 org yg meninggal dpn kelab malam tu baru blek dr masjid, then tetiba org mabuk datang belasah. jangan kata TAK MUNGKIN sbb kita TAK TAHU apa sebenarnya. ALLAH MAHA MENGETAHUI kan? tu semua kerja Allah untuk menentukan balasan neraka atau syurga. jangan pernah mengatakan, “confirm neraka, confirm syurga” kerana Allah melaknat orang sebegitu.

lagi satu, jangan pernah kata kita jahat sehingga kita putus asa dalam bertaubat, jauh dari rahmat Allah. dan jangan rasa kita baik, solat cukup, tutup aurat sehingga kita RASA kita boleh masuk syurga. jangan main rasa rasa. tapi kita doalah dekat Allah. kita takut Allah tak pandang kita, takut Allah tk terima ibadah kita, kita takut kita tk dapat masuk syurga. pendek kata, jgn confidence balasan kita di akhirat kelak tetapi perbaiki lah agar menjadi lebih baik.

sy lebih suka menggunakan ‘ahli syurga-wanna-be’ in shaa Allah, berusahalah kearah yang lebih baik. Aminn. moga kita berada dalam kalangan hambaNya yang dilimpahkan rahmat.

salam sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~