"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

26 January 2017

Muhasabah 2.0

Assalamualaikum. Haa rajin tak siang td post satu, 1 pagi ni menulis lagi. Masa taaruf week pulak tu. Perform betul haha.

Saja nak release stress kejap. Kesinambungan post tadi. Kan aku cakap result dah keluar kan? And guess what result aku woot woot. Alhamdulillah kelima-lima lulus (exclude rec 2 takyah survival skill lg hoi dan lab yg aku rasa lab paling strict haha dpt b kot lab) Cuma yg tak sedapnya, subjek aku amek enam. So kenapa lima je yg lulus? Maksudnya ye. Aku fail satu subjek. Fail setelah lamaaaaa sgt aku tak rasa.

Aku cakap dulu, aku bukan nak riak. Tp aku nak dipaham. First time rasa fail masa ups1 kt smss waktu form 4. Subjek phy and chem. Haha sbb culture shock kot jump subjek tu. Tu last fail aku. Dan zaman sekolah mana da repeat wey. So after cfs berlalu, first and second year of degree berlalu dan ada subjek je buat gpa aku jatuh sampai aku kena tulis surat tunjuk sebab cuma masih dlm lingkungan lulus. Atas pagar ke, lepas pagar je yg penting bkn sebelum pagar. Geddit? And now untuk 3rd year 1st sem ni aku fail 1 subjek dan kena repeat. Mungkin lah first time sakit sikit. Tp alhamdulillah tak lama aku koyak. Mungkin sbb aku dah ready sbb dah cek gpa awal2.

Lepas tu banyak aku fikir. Antaranya ialah aku sepatutnya bersyukur sbb ada 5 yg lulus. Kalau semua fail? Dan aku patut bersyukur cgpa aku masih lepas piawaian. Buatnya jatuh, mau kena tarik duit oi. Maseni lah aku rasa aku patut tengok apa benda yg aku dapat instead of apa yg aku tak dapat. Kenapa nak risau benda yg takde kan? Walaupun beria aku doa dpn kaabah, dlm raudhah mintak dpt result dl, mintak takde yg fail tp dua2 aku tak dpt. Mungkin Allah belum perkenankan. Atau Dia nk beri yg lebih baik nanti. Dan mungkin aku terlampau yakin dgn doa di dua tanah haram itu maka aku terleka. Aku lupa, aku perlu jua usaha. Allah beri apa yg aku usaha. Usaha aku takat tu je, mmg takat tu jelah result aku.

Walaupun exam tu yg gap 12 hari tu. Aku rasa lah kebodohan sia-siakan masa tu. Tp masetu pun aku dah expect fail. Sbb aku mmg tk paham apape yg second lecturer ajar. Tp benda nak jadi kan. Harap lah diri ini menjadi iktibar. Jd turning point utk aku buat perubahan. Lagipun ada je Allah rewards result separation yg aku pun tak sangka lulus sbb sebenarnya lima subjek aku rasa teruk gila (kecuali ungs alhamdulillah) tp still dpt lulus 4 tu. Thanks Allah.

Allah uji benda yg kita mampu. So kau kuat sya. Kau mmg kuat. K lah kena stop sbb mata aku dah berat dan aku rasa mamai taip ni. Siap kena padam lg sbb merepek. K tdo lu lah night dioz.

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~