"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

04 February 2017

#MMMelahap keTaweRiang


Start: 1 Februari 2017; 2100

DISCLAIMER: Any typos harap paham dan maafkan sbb aku tak dan nak mengecek satu2. Dan mulakan membaca dgn bismillah. Sekian.

Hari ni dah masuk bulan favourite ai. Hikhik. Dan di minggu pertama di semester keenam aku alhamdulillah. Tujuan jari ini lancar menari di atas keyboard adalah kerana keinginan hati ini untuk menulis mengenai Taaruf Week semester ni specially dedicated untuk ahli biro sendiri yakni Multimedia. Sabar cerita panjang. So kita tengok bila blog ni boleh siap okay? So boleh baca slow and steady sebab kadang aku suka merapu dari menulis straight to the point, biasalah pakar menggoreng dalam exam mmg gini perangainya (haa nampak tak aku merepek?). Kalau rasa not interested tetapi terbukak pulak blog ni takpa, hampa masih mempunyai masa untuk tekan pangkah atas tu mahu pun back je lah kay?

Salah satu sebab aku gigih nak menulis sbb last tawe aku ada coretkan jugak kt blog. Boleh tekan SINI untuk baca lebih lanjut ye. Tak paksa pun. Cakap je. So kali ni nak jugak coret. Mana tau nanti rindu boleh belek baca balik. Ni second time join tawe. Kalau yg first tu kemain aku nak tukar biro taknak langsung biro mm. Second tawe ni aku pilih mm as no 1. Biasalah hati manusia ni berubah-ubah. Sebab tu dah kahwin pun boleh cerai hmm mcm takdak kaitan kan sorry. So this time with different peoples and different experiences of course. And memories too. Jangan risau, aku akan cerita satu persatu apa yg berlaku, apa yg aku rasa. Boleh ready air sebelah tu takpun popcorn. Serius panjang.

Bermula dgn aku habis exam 12 jan dan aku dah kemas bilik kasi kosong walaupun aku tahu 16 jan tu dah kena balik uia dan unpack balik barang. Ye tahu agak bodoh rajin di situ kan. Should be aku mmg balik uia 16. Balik melaka je cuti tu tak balik kuching pun yelah cuti sekojap bonar haa. Dah plan cantik ni isnin tu ikut kak siti pergi kerja then nanti dia hantar ke stesen bas. Tp tu lah Allah has a greater plan kan? Boleh pulak malam before balik tu aku diserang breathing problem atau nama cikai dia sesak nafas lah. Pastu along bawak pi klinik, doktor kasi nebulizer bukan sekali, dua kali. Aku rasa sejam aku kat klinik tu tau. Sian along kak siti semua tunggu. Dah lah first time kena neb. Before ni kt kuching kena serang jugak tp doktor bg aku ubat radang paru-paru je. Sampai doktor melaka, dia suruh aku beli pam asma tu haa. Healer kan namanya? Sorry noob. Tp disebabkan benda tu, along kak siti tak kasi balik. Mama yg kat kuching tu pun dah risau siap tak kasi aku pergi kem induction lagi (padahal semua indoor kot hihi). Tu yg alkisahnya balik uia hari selasa dan pishang teruk sbb depa committee lain balik hari rabu. Tp berhikmah sebenarnya yakni aku boleh skip pegang tanggungjawab yg aku rasa tak layak pun. Ntah sbb personally, aku prefer kerja yg diberi arahan berbanding memberi arahan.

So pertemuan pertama kami masa hari rabu tu. Dinner tak diberi so dorg ajak dinner sekali kt kubur. Maseni cuakz gila moks! Takut awkward lah. Yelah dorg dah spent masa bersama masa induction mestilah dah rapat. Sbb aku ni kan lambat datang, ambik masa lagi nak berkenalan. Pastu  mind set aku ckp dorg mesti dah rapat, mesti dah taknak kawan dgn aku dah KAHKAH. Mostly pulak mmg dah kenal lama, dr mmmabokoyak (sorry tak tahu eja) tu so kau paham tak bonding depa yg dah wujud dan siapalah aku hanyalah melukut di tepi gantang. Masa gi kubur tu aku naik moto bawak anis (unlock achievement kay siap bawak org lg naik moto kahkah nasib baik selamat anak org phew) pastu aku antara yg lambat lah sampai. Sampai2 duduk sebelah kak scha. Mase tu tak de kenal2 sgt walaupun ada je berkenalan. More to 'aku lapar aku nak makan dan sebenarnya aku awkward'. Dgn kak scha pun aku tak berbual. Yg aku tau dia keciwa sup ayam nya pedas sbb diletak cili api hahahaha. Begitu momen pertama kita ye kak scha zara.

And malam tu presentation. Masa malam tu, iqaa perkenalkan aku dgn pami. Dia tak pi dinner kubur ye sbb terlajak tdo haha. Masetu first time kenal pami dia dah buat lawak. So aku sebagai manusia yg jenis mudah terhibur pun syok ah sbb igt pami ni senang lah nak get in. Rupanya biasa je. Tak lah senang mana pun. Haha takpun sbb aku mmg pemalu dan pendiam dan sopan serta suci murni sekian. Lepas tu makin lah kenal semorang. Kenal hanya pada nama je dulu. Sbb aku introvert, kalau org tak tegur, aku pulak jarang utk mulakan, maka mmg sepi antara kita. Tp once aku dah get in yg bebetul in, apa yg kau nampak pada aku berubah 360 darjah sbb aku sebenaqnya sgt kuat bercerita dan bebel. Seperti apa yg aku tgh taip ni. Panjang khen? So bila belum get in sgt dgn semorang, aku cuma menggila dgn certain je and it do take times. Tp apa yg aku suka walaupun kita tak rapat pun masetu, diorang semua ni semua jenis masuk air, kepala gila dan lawak padu wei. Sumpah. Dan aku mmg jenis mudah terhibur dan mmg akan gelak je dgn lawak dorg. Kira hari-hari aku tak sepi pun bila dorang ada.

Maka preparation day pun bermula selama 5 hari. Mulanya bertapak di HS dulu. Mula2 aku rasa or hs tu terlalu besarrr. Pastu aku sedih sbb aku syak mungkin tiada bonding terjadi sbb bilik tu besar dan still ada bilik2 kecik jugak dan aku masih belum kenal depa lagi wei. Kalau memasing dok jauh2 bila nak bondingnya. Rupanya apa yg aku expect semua nya salah ye. Rupanya bilik sebesar alam tu pun, semua berkumpul buat kerja di sudut hujung tu jugak bersama2. Haa nak bonding sgt kan? bonding lah hang sampai muntah. Oh bilik tu best jugak sbb bnyak sofa yg kalau ngantok kau boleh tdo sejam dua. Gittuw. Bilik solat pun ada mmg lengkap habis. So bila prep day tu, bermula lah hari2 kau menghadap muka yg sama untuk setiap hari tanpa mengenal erti penat dan bosan :') So aku mengaku lah maseni dah makin kenal pe'el memasing especially kak scha ngan kak qila. Sisters yg lain aku dah kenal dah. Lelaki takpa kita hold dulu. Sbb dorg jarang dlm or. Dorg selalu shoot luar. Shoot kykm and gimmick. Tp masa makan kena make sure semua ada baru start makan dan bulatan sambil bertaaruf. Sampai habis tawe pun taaruf tak pernah habis haha.

So basically masa prep day ni ktorg ambik gambar, buat wrap up, edit nametag, button badge, e-nnouuncement semua lah. Tak lupa jugak bergosips haha k tipu je. So semakin hari, aku dah makin boleh in ngan derang. Aku cukup terhibur weh dgn derang. Ada nya kak scha, eiqa buat lawak tambah menggudul azim dan semua jejaka yg ada mmg meriah or tu. Kak scha dgn eiqa serius kalau bergabung meletop wei. Mmg pecah lah. Lawak eiqa ngan azim yg jd dj radio tu pun aku sumpah terhibur gilaaa. Gelak menggila mcm manapun, kerja tetap dijalankan seperti biasa. Mm kali ni semua dah ada basic weh. Even mm baru masuk pun mmg dedua hebat nokharam kot so kita takde lah budak baru nak belajar. Mula2 cuak gak tgk derang2 ni expert, kamera semua canggih rasa nak sorok kamera sendiri. Rasa kerdil sungguh diri ini sbb mereka semua hebat2. Tp alhamdulillah lah derang tak pernah kedekut ilmu. Mcm azim ajar aku edit gambar nametag tu. Dulu aku edit slowww namatey pastu step banyak. Last2 kena reject jugak maka kena edit baru. Skrg nasib baik ada improvement. Oh haa lagi satu benda best, iolls dah pandai pakai kamera secara manual. Sebelum ni auto saja hokei. Thanks to kak qilah sbb ajar! Thanks jugak eiqa ajar pakai filmora tu. Rasa terlampau noob pakai movie maker ni. Lepas ni nak improve ke vegas pulak plis tunggu org sanggup ajar.

Masa within prep week tu jugak, ktorg gb ke bukit tinggi walaupun aku berkeras taknak sbb minggu selepas tu aku akan ke bukit tinggi jugak. Tp tak lah menyesal sbb tempat tu mmg best utk di jadi port kykm mm. So last kykm kt kl, this time ke bukit tinggi. So next time? Penang nak? Ke krabi terus? Kahkah jk. Walaupun gb ktorg tak berapa nak cun pada mula nya, yelah decide next place dah setengah jam last2 decide nak makan kt ikea akhirnya bertukar tragedi dan makan free di uia je (emoji gelak mata berair) nasib baik tragedi tak lama. Ptg tu sambung gb main boling kat selayang mall and shopping barang steamboat kt nsk. Mlm tu weolls buat steamboat best weiiiii seronok and sedap gilaaaaa haha teruja pulak padiaaa. Oh mlm before ke bukit tinggi tu, ktorg dah start gb dah makan kt murni sambil menyambut ketibaan vip anas *rolling eyes*. So gb ktorg dr malam sehingga malam seterusnyaa haaa lama ke tidak? Sbb kerja pun bnyak dah siap maka kita berhabisan jimba tanpa mengenal erti penat serta lelah walaupun sebenarnya mmg penat wei belengas semua hado hahaha.

Habis prep days selama 5 hari, maka taaruf week pun tiba. Secara am nya, tawe kali ni we have to face a lot (sangaaaaat banyak) as multimedia bureau. Lepas satu, satu masalah yg dtg. Aku pun malas nak mention satu2 masalah sbb tu bukan benda yg manis untuk dikenang kan? Tp apa yg aku tahu, sebab masalah ni lah kita lebih kuat sebagai satu family. Koyak sorang, maka koyak semorang. Nangis sorang, maka bersedih semorang. Kita hadap sesama masalah yg datang, kita cuba selesaikan bersama, kita kutuk pun bersama, main csgo pun bersama hmm. But alhamdulillah, semua kerja kita berjaya habiskan walaupun ada yg kena kutuk. Tapi masih ada yg hargai kerja2 kita alhamdulillah. Dan taaruf week pun berakhir dgn satu kejadian pahit tapi takpe, semua kuat utk hadapi. Aku sedih sebenarnya masa ni sbb takde sekali hadapi benda ni. Spoil jugak rasa start tawe lambat, habis tawe awal kihkih. Tp takpelah benda pun udah berlalu makanya usah dikenang. And paling sedih tak dpt join sesi curhat habis-habisan malam tu. Walaupun dah dibuat awal mlm before tu tp tetap tak puas sbb aku tak sempat nak sedia skrip so semua caca merba dah lah aku rasa aku takde skill berkomunikasi dgn baik. So kali ni, aku nak buat lagi sesi curhat dr pihak aku. Untuk korg berdoblas. K baik meh mulakan. 

(Pada yg malas nk baca pepanjang dr atas, boleh carik nama anda di bawah dan baca lah ye)

Dari kiri; Azim, Anas, Pami, FIkri, Shah Rukh Khan celup, Adip, Teah, Eiqa, Shasya, Kak Scha, Kak Qila, Anis.
Duduk; Abe

Din - Selaku head MM kali ni. Berbeza ye din skrg dgn din skrg. Din yg dulu ya Allah sungguh pemalu, sopan orgnya mmg calon menantu tiptop lah. Skrg hmm presiden kelab pervert kau ghase? Hahaha tp still makan slow dan tak boleh usik sikit mula lah muka nk merah kahkah. Kau igt kau humaira ke apa din? K sorry usik sikit je tu haha jgn marah. Gaya din sbg head mmg lain dr head yg lain sbb dia ada his very own style (aku bersyukur aku tak join tawe masa anas head dgr cerita busy memanjang? kahkah). Nak tau berjaya ke tak din sbg head mm, tgk lah ktorg dah berjaya habiskan tawe dgn jayanya. Maksudnya din berjayalah memimpin kami anak2 yg semua masuk air sbb din pun masuk air sama k. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Maka sbb itu lah ramai ahli aktif kelab pervert yg dipelopori oleh din. Nway, thanks din jadi head ktorg yg sempoi. Kau mmg best!

Adip - Masa aku nampak list members mm kali ni, ada nama adip. So aku cam oh mcm kenal je tp aku tak sure kenal mana mungkin lah masa dia dtg or dulu tu. Mula2 aku igt dia budak engin. Tp sebenarnya law. Tu pun lepas baca biodata dekat surat khabar column khas utk adip, suka cabar diri. Kahkah bangga wei aku dpt kwn muka keluar surat khabar ni kahkah lagi sekali. Aku memula takut nk kawan dgn Adip sbb entahlah hahaha tp lelama aku nampak sikap dia ni mcm protective. Walaupun cepat koyak, tp koyak dia bersebab. Mcm masa dia koyak gila bila dpt tahu gimik di beri masa 3 minit je, dia mengamuk kot baling2 barang. Masetu aku dah cuak dah sbb aku tak boleh tgk org mengamuk. Tp kejap je bila dah settle semua dia kembali menjadi manusia biasa alhamdulillah. Lagi satu dia tak boleh kalau ktorg2 ni kena tegur dgn komiti lain, mesti dia nak backup. Contoh masa azim kena marah, dia yg keluar balas balik dekat org yg marah azim tu. Walaupun nampak mcm acah nak balas dendam je, tp sebenarnya dia nak backup azim tu. Selain tu, dia kan suka cabar diri? Kalau ada je dr ktorg kena marah dgn komiti lain, mesti adip yg akan bising2. Masa kes last tu pun, adip yg paling marah sekali. Nampak tak dia mcm habang2 sgt wei. Dan seriously walaupun aku ckp bnyak kali, gimik kau mmg gempak bro. Aku suka jalan cerita tu. Mmg sampai kt lubuk hati. gittuw. Oh yes, thanks belanja dominos aritu weh!

Azim - Tawe kali ni, nampak lah azim lebih tenang dan suka menghiburkan kami serta diri sendiri. Kalau dulu, nampak azim sentiasa stress nasib baik ada Anis tukang bancuh air haha. Tp skrg nampaknya Azim lebih bahagia ye dgn ada nya kehadiran anis. Lawak dia pun dah improve walau kadang2 mmg kena jalan-jalan cari lawak dia. Dan mcm biasa, dia suka lawak menggudul yg menyebabkan kami loading jap nak gelak ke tak. Kykm kali ni pun best! Edit kykm kali ni pun lebih tenang sbb ada 2 org yg handle. Kalau azim sorg jugak yg handle aku rasa aku jumpa azim yg sama mcm tawe lepas. Azim ni jugak suka betul buat kerja tak masuk akal seperti shuffle pakai helmet kau ghase? Pastu dok nyanyi lagu chacaroon maccaroon dia tu. Tp lagu tu jugak yg melekat jd fav mm siap haha. Tp disebabkan dia bertenang sikit tawe kali ni, dia boleh tolong ajar aku edit nametag, boleh settle hal program book. Untuk azim, teruskan menjadi photographer dan videographer yg hebat. Dan terus jaga anak dara org tu sebaiknya. Thanks atas ilmu yg kau beri!

Pami - The first yg tegur aku (selain sisturs) walaupun tak pi dinner kt kubur sbb penat dgn induction hewhew. Walaupun busy main csgo dan kabarnya juara sepanjang masa, tapi dia ni rajin. Bak kata din, tak pernah kata tak bila diberi kerja. Suruh design dia design, suruh tukar design, dia tukarkan. Gigih lah jugak kan. And what i can see, he's going to be a good leader someday. Lepas tu en dia ada gelak yg sangaaaaaaaaaaat unik. Sbb gelak dia tak berpanjangan dan putus2 walaupun lama. Kahkah gelak org pun aku observe. Tp sebab gelak dia lah, ktorg boleh sama tergelak tak tau sbb gelakkan lawak atau pun gelakkan gelak pami. And pami ni jugak seorang yg banyak cakap. Dan rajin tegur org yg jugak banyak cakap terutamanya eiqa hehehehehehe. K. So thanks jugak selalu melawak dan gelak sbb aku terhibur. Walaupun kita cam tak bnyak jugak komunikasi but nice meeting you btw!

Anas - Anas ni yg mana satu eh? Jap nak fikir ohhhhh yg datang lambat sbb bercuti tu kan? Hahaha k gurau nas. Aku kenal anas pun dr tawe lepas sbb dia jd pc. Tp kenal gitu je. Sbb anas ni bukan sejenis tegur semorang pun. Dia jenis bercakap dgn org yg dia kenal. Dan dia mcm pendiam jugak aku tgk dlm pc tu. So bila dah kena bekerja satu team ni, nak taknak dia kena jugak cakap ngan aku. Haha. Mula2 dia cakap ngan aku masa dlm kereta nak ke selayang mall. Dia tanya course apa. Pastu terus krik2 haha. Tp lama2 aku adapt dah dgn perangai anas yg super poyo. Serius poyo hahahahaha. Aku suka tgk kalau anas dgn kak scha gaduh comel je ekekeke. Anas ni walaupun dia nampak mcm tak function sebenarnya banyak jugak functionnya. Dia yg tolong buat slide tawe briefing yg ending nya cukup sempurna kahkah. So anas, terima kasih jugak sbb kasi aku tumpang kereta bnyak kali dan belanja brownies dan manisan turki dan cheesy wedges dan upcoming treats lah senang cerita. It was fun knowing you actually walaupun poyo. All the best for your fyp2 and final sem woohooo!

Fikri - The newest member. Tapi dah mmg gempak pun dlm skill editing, photography pasemua. Mula-mula nampak je pendiam. Dan suka menghilangkan diri terutama time makan. Tapi bila dah kenal lama, he's so not called pendiam okay. Semua tu propa semata. He's nice friend that you can chat with eh jap, kita pernah berbual ke? Hahaha. Thanks nway drivekan kami dr uia-bukit tinggi-uia walaupun ada masalah menimpa dekat kereta (punca dr din) dan sorry lah dpt co driver mcm din kadang cam tak function sgt co driver tu hahahahaha. And you definitely have a great skill dlm bidang ni. Gunakan lah skill yg ada sebaiknya yaa. And all the best in the course taking, coursemate!

Abe - The first time aku jumpa abe, he seems quite and nice person. Biasalah first time jumpa takkan aku nak expect yg buruk2 kan. Tp sebenarnya dlm diam2 dia tu, dia ni pun sejenis masuk air, crazy sometimes, dan sebenarnya suka mengusik org kalau korang perasan lah. And dia ni ada karakter yg sgt cool and still can chillex walaupun org campak bom sebelah dia. Ni perumpamaan je lah. Gila apa nak leklek org campak bom. He's our kykm editor and videographer sekali ngan azim tp dia more to editing. Tp tak pernah lahai tgk dia stress. Hahaha tu yg ktorg cop dia sgt cool. Siap boleh leklek layan cerita korea lagi sambil makan hahaha. Very easy going person i guess. Tahniah for the very great job lelagi video kykm yg gempak itu! And thanks for anything.

Anis - Deknis! First time jumpa tawe lepas mmg nampak garang dan sombong. Do i ever told you yg akk dulu mmg cuak dgn awak. Bila awk jd assistant lagi lah cuak hahahah. But then anis ni okay je. Dia lah adik ktorg yg comel. Walaupun kekadang tak nampak mcm adik pun, dah rasa mcm member je. She's our assistant for this tawe also. And believe me, aku suka sebenarnya dia jadi assistant. Sbb dia pandai and tahu apa yg patut dia buat, she gives all the commitment kot yg bukan semorang boleh buat benda yg sama. Mungkin salah satu sebab, dieni anak sulung. And heip, jgn berani nk pm for more details, dia azim dah cop dulu okayy. To anis, i hope our ukhuwah remains forever. Thanks banyak ajar akak since last tawe lagi. Sorry kalau akk ada buat silap dan tak dgr cakap awak (dan dtg lewat ehehehe) bnyak betul kesalahan hahaha. Teruskan jadi a good girl okay.

Kak Qila - Dari last sem dah jumpa. Sbb kak Qila dtg lawat mm lame kt or. Pastu bwk makanan kan? Ehehehe. Masetu tahu dah kak qila asst yg dulu. Sbb tu kot i thought dia garang. Masa dia dtg dulu hi gitu je lah. Takkan nak borak mcm member kenal lama kot? Sbb baru je kenal. So bila dpt jumpa balik kak qila sem ni mula2 cuak jugak. Sbb kan igt kak qila garang. But the truth is kak qila adalah seorg pendiam. Tp bukan lah sombong taknak bergaul. Kalau kau pandai get in dgn dia, okay je nak ajak berborak apa semua. Melawak pun kak qila pandai okay cuma jarang tunjuk aja haha. Bila dah lama kenal, berbual kak qila ni syok je. Aku kalau tak rapat dgn org, aku tak boleh ditinggal berdua dgn org tu sbb akan ada awkward silence. Tp dgn kak qila tak pun! Kau tinggal lah aku berdua dgn dia, aku masih boleh bercerita sebanyak mungkin. Sbb aku anggap kak qila ni mcm kakak. Dia caring sgt. Selalu igtkan org pasal solat. Dah lah pandai. Nak admire jugak lah hehe. Nway thaks kak qila ajar sy mcm2, tegur pada benda yg sy tak sedar, dan jadi kakak sy selama dua minggu bersama. Tahniah sbb dah jd graduating student! See you when i see you.

Kak Scha Zara @ Neelofa - Kak Scha ni kan bak permata buat mm. K aku tak tau utk org lain. Tp bg aku, kak scha ni sgt berharga. Lawak dia terlalu padu utk aku. Tak payah cerita lawak, bila dia buat muka pun aku dah boleh gelak. Sbb dia lah, hari2 aku tak sunyi. Walaupun at first mmg awkward lah kan. Dah lah straight forward betul cakap mengharap iqaa yg naik kereta instead of sy 😒 hahaha kak scha tak tahu sy nak duduk dgn iqaa kot tp takpelah berpisah kejap (ye sy menaip ni selepas baca apa yg kak scha tulis td tu hahahaha). Kak scha ni so funny, spontaneous, cheerful, brave and happy dgn apa je yg dia buat (cukup tak sy kipas ni kak? kehkeh). Mcm tak pernah tgk dia sedih. Dah lah rajin. Even sakit demam pun still nak jaga backstage. Mungkin lah jugak boleh dikategorikan sbg workaholic aci dak? She's so mother material kay. To kak Scha, walaupun tiap kali anas panggil akak, sy akan toleh sbb nama dekat nk sama tp terima kasih sbb buat hari2 sy more lively. Kalau sy nak moody pun boelh tergelak dgn kak scha tau. I am so lucky that i have met you. Sorry kalau pernah terkurang adab ke apaaaa kak scha. Thanks panggangkan ayam sosej masa picnic aritu. Thanks kemaskan or. And thanks for accepting me walaupun lambat kita nak ngam tp betul, sy terhibur dgn akak. Tp masa tak ngam tu, tinggal berdua dgn kak scha ni terasa krik2 jugek haha.

Eiqa - Qaa ni salah satu sebab aku terima tawe kali ni. Yelah ecah dah tak join. Hani pulak dah ke biro lain. Ktorg mmg kasi gosip dan kaki memekak dlm or dulu hahaha. At least lah bila join tawe kali ni, takde lah awkward sgt. Qaa ni kembar kak scha walaupun dorang lambat sedar, bila dah sedar dorang ni pasangan serasi haa engkauuu langsung tak nak berpisah. Dekat kfc sanggup kak scha nk tukar tempat dgn aku sbb nak duduk dpn qaa sbb nak pandang muka dia hahah. Bila qaa bergabung ngan kak scha mmg meletup! Mmg riuh rendah or tu weh. Lagi2 masa dorg rakam jd pengacara rancangan tu pun aku terhiburrrr. So personality qaa ni sama mcm kak scha. She's cheerful, happy go lucky je. Bila jejaka mm buat onar sebentar dekat qaa (azim first start, anas dalang, abe dan teah tukang kantoi dan semua terlibat sebenarnya kecuali yg tdo masetu). Masa qaa mengamok tu aku sumpah rasa bersalah sbb aku tukang gelak masetu, aku siap nampak mata dia bergenang wei. Terus iqaa merajuk nk makan ngan ktorg. Lepas makan aku dgn rasa bersalahnya terus mintak maaf. Pastu iqa kata dia berlakon je masetu wehhhh sumpah rasa nak pukul. Aku punya risau rupanya dia tak tahan nk kencing sbb tu keluar dr or. Tp lain lah or hari tu sbb iqa senyap. Iqa mana pernah senyap kot. Mula2 aku kenal dia tawe lepas je aku rasa dia pendiam tp bila dah masuk masa induction terus cakap tak berenti hahaha. So qaa, thanks terima aku jd kawan kau. Thanks bagi aku bnyak kata nasihat masa aku down dgn result, dgn mrc lagi. You're the best!

Teah - Teah pun aku kenal masa last tawe. Orang nya as we can see, pendiam. Tapi bila ajak borak idak ler dia diam. Dia bercakap jugak. Cuma mmg dia jenis pendiam tak huha huha sangat. Sopan ye orangnya. Zaujah material ngat. Dia ni masih lagi menjadi pujaan din since dr tawe lepas tp malangnya sudah berpunya jadi din harap move on cepat sikit lah hehehe gurau lg din. Walaupun nampak je lembut, tp boleh main cs go ðŸ˜‘. Sekasar-kasar aku ni pun reti main masak2 tau hahaha. Mmg diam2 ubi berisi ni sebenarnya sesuai utk teah. Teah ni jugak mcm kakak. Entah siapa yg tua entah haha. Kalau kena tahan ngan pakgad minah sbb balik lambat, mesti teah je yg cakap manakala aku menikus di tepi hahah. Taklah tikus sgt, aku malas nak debat sbb aku takut aku marah2. Thanks teah sanggup tunggu sbb nak balik asiah sesama. Sbb aku ni sejenis penakut tak berani sorg2 hehe. Thanks selalu teman ke sana ke sini. And thanks too for everything yaa!

Mungkinlah skrg tak sekerap dulu asyik main game dlm or (segala uno, speed, jenga, poker, werewolf semua dah main).
Mungkinlah skrg aku lebih pendiam berbanding yg dulu open je cakap admire din (skrg taknak dah ah din pervert)
Mungkinlah skrg selalu balik awal berbanding dulu yg kerap balik pukul 1 pagi.
Mungkinlah skrg kita lebih bnyak dugaan berbanding yg dulu yg lebih chill.
Head dulu lain dgn head sekarang.
Mmdapnye pun berbeza dgn mmmelahap.
Tak perlu nak cari perbezaan (walaupun aku dah mention kt atas permainan betul) sbb dua2 aku memang sayang dan ada tempat dlm hati ni. Gittuwwww.


Masa mula2 join second tawe ni, dah set nak jadikan di last tawe. Tapi bila dah ngam dgn org2 nya rasa tak jadi nak last. Tp bila bnyak sgt masalah terjadi sem ni rasa dah tawar hati nak join tawe. Haa mcm keling kan, aku pun pening dgn hati sendiri. So aku come up dgn keputusan begini. Tawe ni might be the last one unless mereka2 ni nak join tawe lagi, maka aku akan join. Pendek kata aku akan join lagi sebab depa. Depa takda, maka ni last tawe aku insyaAllah. So dah nak sampai ending ni wei tepuk sikit. Maka harap maafkan salah silap sengaja mahu pun tidak. Dan maafkan juga andai tulisan ini telah mengguris hati sesiapaaaa lagi2 din sorry kalau banyak kutuk din maafkan please HAHA. Halalkan segala ilmu dan makanan minuman yg diberi dan dibelanja. Terima kasih daun keladi, kalau berjodoh kita jumpa lagi. So cukuplah karangan aku sampai di sini, karang ada yg muntah dan pening serta annoying dgn aku. Haha. Besok pepagi pun n pi bagan lalang. K rakluu. Till we meet again to the next next next gb and more gb to come! Bye wassalam.

End: 4 Februari 2017; 0056


GB 1.0; Dinner kt kubur

GB 2.0; Dinner kt Murni

Official GB with KYKM di Bukit Tinggi, Pahang

Official GB;Main bowling kt Selayang Mall

Official GB; Dinner steamboat buat sendiri murah okei dah lah sedap!

Gambaq semua in baju koperat before aku tamatkan kerja

GB 3.0; BBQ di Sungai Pishunkk

GB di alam fantasi bertemankan alat doraemon iaitu pintu suka hati

GB 4.0; Dinner KFC anis wak dan anas belanja. Tq!

Bonus; Anas belanja brownies chewy sedap!

Salam sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~