"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

27 February 2017

Salam Dua-puluh-tiga


Sebelum berakhirnya bulan favourite iolls walaupun bulan ni paling sedikit harinya meski ada hari istimewa yakni tahun lompat tapi masih hari yang paling sedikit. Ntah papeeee kahkah tak puas hati pulak.

Sebelum bulan berganjak ke mac, nak lah jugak post pasal birthday kite di bulan kite walaupun tak sempat nak post masa birthday kita sendiri sebab hari tu kan kelas so takpelah lambat sedikit lagipun ni pun masih februari. Fuhhh aku tulis ayat tadi dlm satu nafas je kot. Aku syak zaman aku sekolah dulu, mesti aku power buat ayat kompleks ni. Banyak betul kata hubung yg diguna pakai. HUAAAAA aku stress. Kenapa aku melalut ke bahasa malaysia pulak ni woi. Aku nak tulis pasal umur aku. Isy. Fokus sikit.

K. Tanggal 7 februari 2017 yg lalu, tepat pukul 10.05 pagi, aku telah bernafas selama 23 tahun di bumi ini. Nothing much pun. Sbb aku tak beriya sgt sbb nya aku sangat sedih aku dah tua dan masih belum berpunya (K gelak reramai atas kegatalan diri sendiri) duduk uia ni, umur 23 rasa tua. Bila dlm family aku ckp aku rasa tua, semua 'boo'kan aku. Hekeleh aku paling muda kot dlm family. Masetu baru sedar aku masih muda hehehe. So tahun ni birthday jatuh on weekdays sbb before2 ni mmg weekends. So lg lah tak excited. Kelas kan, busy pulak tu. Jadah pulak aku nak bergumbira hahahaha. 

Tp unexpectedly, tahun ni birthday aku rasa paling meriah. As in ramai bg hadiah, mendoakan dgn wish2 yg buat aku terharu. Yg bestnya, dua kali aku dpt kek birthday. Surprise pulak tu weh! Surprise dr mmmelahap dan bebudak trip. Banyak kek aku dapat. Dan paling istimewa dpt sambut dgn family dekat langkawi! Dpt bnyak sgt hadiah best2. Kad2 wishes semua aku simpan. Siap ada kadboard tulis happy birthday by my roommate lagik. 

Rasa mcm bulan februari ini aku yg punya muahahaha. Eh kan? Tu je lah, dlm pada aku tak excited tu, Allah hadirkan kawan2 family memeriahkan hahaha. Aduh. Thanks semua yg mendoakan. Moga doa kalian berbalik pada kalian jugek yaa!

Dan terima kasih Allah atas nikmat yg tidak terhingga sepanjang aku bernafas selama 23 tahun ini. Sungguh, tiada nikmatMu dpt ku dustakan.

Moga iman makin bertambah. Ameen.

Si belated birthday girl,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~