"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

15 June 2013

diary of taaruf week.


ye, seperti yang dijanjikan, kali ni kite bertemu lagi di edisi sambungan induction camp iaitu pasai taaruf week pulak aka tawe *bajet retiss*. seperti yg diketahui, aku dan geng biro webc akan conduct event cultural night and welcoming and baiah ceremony. event ni last2 en so ade mase 2 minggu lah nak settlekan apa semua. tp wa ckp lu, selagi event tu tk settle, wa ibarat org angau berchenta babe. yelahh, makan tak lalu, tido tak lena tu. sbb nya pasai event tu lah hahh. nak lagi parok nya smpai masuk mimpi, sebelum tdo pun dok asyik berpkey pasai event tu ja la. mana kau nk lena cenggitu. tu mmg tak bohong eh. nk tdo pun tk lena lah haa. dah lah org nk menaip ni sleeping beauty. err, siapa yg ckp tu? aku tk ckp en? lalalalala. 

tiap2 mlm kalau tak blek selagi belum pukul 12 mlm, itu bkn webc namo ea. kdg2 pukul 1 lebih pun hadoo. yelahh, bnyak benda kot nk kena settle kan. banyak gila bakhang. makin lama pun makin meriah studio aed tu ktorg kerjakan. dgn bebudak aed pun dtg bantu buat benda launching. siap masak maggi kari ramai2. ahahaha. jyeahh, kami gilaa. semua pn dh makin rapat. but remember, ikhtilat jaga. nk cerita satu benda ni. kan masa tawe aku pegi penang jap, bercuti. teehee. then blek2 tu rase lost, blank, blur dan yg sewaktu dgnnya. smpai aku buat msg tacing hantar kt hilmi -.- dan aku malu bila dia ungkit2 ckp aku nk kerja. choyy. perempuan biasalah emotional. lagi2 kerja yg melibatkan pressure stress bagai ni. ni kira aku dh melalui fasa tension ah iaitu fasa air mata. aku emosi sbb satu benda je iaitu tentative. lol, silly gila rasa masa tu. benda tu pn amek serius mcm ape je. biasalah. aku kan komited :3 haa, kan merepek lagi tu.

Alhamdulillah. malam ni, last tawe. langsai. done. tamat. tak tau nak ckp mcm mana. terharu ada, gumbira tidak terkata. perancangan Allah itu maha hebat kan? kedua2 hari ni malam mmg clear, tak hujan. bahagia. walaupun rehearsel mcm sakai sket en, sorry usher, jgn ngamok2 eh. tp Alhamdulillah semuanya settle. prof torla puji ckp good job. pm si aiman azahan pun puji. Alhamdulillah atas segalanya. walaupun banyak sangat last minit punya kejutan yg dihalang oleh pihak2 atasan. walaupun ramai yg mengalirkan air mata. semua dh tahap tension. tp aku puji semangat semua org. lagi2 semangat yg nak jugak buat. takpe, kalau ada sesiapa menentang, kita tanggung sama2. and aku pun mmg puji team webc tu. siyes semat!

mcm masih terbayang, kita baru berjumpa dekat ly001. baru je nak kenal. semua muka2 baru. masing2 nak buat first impression masing2. ade ckp yang tu senyap, ade ckp yang tu sombong. tp itu yg merapatkan sbb kita memasing nak kenal lebih rapat lagi. teringat lagi masa azkar buat modul igt nama memasing. fahmi buat modul suruh teka sifat org. takkan aku lupa. walaupun masa memula masuk sini, nk daftar tu aku teragak2 sket en. yelah, aku tak balik sarawak cuti ni. pastu family pulak rancang nak cuti datang sini. family dtg 1 jun, aku blek uia 2 jun. tk smpai 24 jam pun spent time. buat aku ralat sgt nak jd committee tp aku kuat kan jugak sbb aku yg mintak. itu amanah kan. tapi aku tak menyesal sbb dpt kenal korg dgn lebih rapat. cuti 2 minggu aku rasa berguna, diisi dgn benda2 bermanfaat sgt. pengalaman baru tu mmg tak payah ckp lah. bnyak sgt. so team, sy disini memohon maaf atas segala salah silap, terima kasih untuk segalanya. semoga ukhwah kita akan terus kekal begini.

to my roommates, semua bebudak econs. and plus aniqah zulfa J teehee. seriously, segala yg berlaku ada hikmah. seronok dpt kenal ramai kawan. nanti aku rindu korg bising2 kt bilik. rindu korg jdkan bilik tu port budak econs. pendek kata best ah korg. korg mmg awesome!
haa, gambar ada, tp tak bnyak lah kot. just a simple one.

were rumet

CFS menjadik. thanks to speta!

kak amal :) were stick together okay?

this is the launching mechanism. siyes semat

no free mingling guys

brothers WeBC

sisters WeBC

special edition. he's hilmi, head pc webc

ni siyes semat

last but not least, this is me.


lastly.
man nahnu? WeBC!!!
man nahnu? WeBC!!!
man nahnu? WeBC!!!
WeBC? we are awesome.

masyaAllah, tabarakallah, siyes semat.

salam sayang dari team siyes semat production,

07 June 2013

diary tawe ; induction camp.


sunday ; 2 jun 2013
hari ni daftar masuk blek. puih puih. kena tinggalkan family semasa cuti T.T takpe, jd committee ni lagi best hapee *set mind* okayy. so dlm pukul 12 tgh hari, aku smpai depan amf di hantar oleh along and kak siti and sayangku rayyan. tak bohong. dup dap gilaa. tangan sejuk bakhang. cuak sebenarnya. cuak nanti nk tdo sorg. cuak dpt bilik ape. cuak dpt biro ape. semuanya cuak. dan akhirnya settle mendaftar. aku dpt biro welcoming and bi’ah ceremony. fewiit. nyesal lak pilih -.- cm takut semacam kena prepare for cultural night, practise cfs song apa semuaa. langgar je lah semua. then bilik dh pindah naik tingkat 3. angkat brg bapak kau banyak. dgn brg2 aku tinggal kt bilik utility. dah lah along tak dibolehkan naik atas hangkat barang2 aku. puih puihhhh. roommates utk tawe full. budak econs 3 org. mai, mun dgn nana. so tk cuak lah nk tido mlm ni. dh lah blok ni kosong, KOSONG kau tahuuu. haaaa. so mlm ni mmg tk tau nk buat apa. esok maybe dh start busy. mmg ini camp. CAMP okay. tau lah aktiviti kem acano en. so we’ll see what happen tomorrow :)

monday; 3 jun 2013
haihh. penat. sekarang jam 11.47 malam. dr pg tadi ktorg ada team building. by brother opps, lupa nama tp kelakar. ktorg buat ujian mengenal personaliti. ada police, lover, thinker and joker. dan aku mendominasi di thinker -.- puihhh. berpkey lah sangattt. benda tu utk mengenal sesama ahli. kang gaduh je memanjang sesama ahli. dah tu, bila nk settle tawe nya. then ada manangement of conflict. sbb tawe ni mmg tough. di ulang. TOUGH. ntah aku ni tough ke idak. aku pn tk sure. haihh. petang tu ada task utk buat wayang kulit. pergh. itu mmg thinker -.- dan berjaya di lalui. mlm td pulak ada perjumpaan with br idzdihar and our pm, aiman azahan. baru aku kenal siapa aiman azahan tu. kalau pm tk kenal, acano nk jd committee nih? tu je lah. tp penat jugak bakhang. esok pulak dh start meeting with our biro, go WBC :) lagi2 our head is br azkar. aku mmg respect br azkar since bhet. anna, sila jgn jelly melly dgn sy okay :P okaylah. night.

tuesday; 4 jun 2013
okayy. lets start our story today. pagi td ada first meeting with committee staff. brothers shams. dan lain2. lupa. kena selak list tu balik. lepas tu meeting dgn br azkar. kami matching baju biru :3 shasya, stop it -..- major discuss pasal taaruf. mmg aku hafal dh semua biro aku sbb nya azkar suruh ulang hafal satu2. so ada azkar, faiz, hazziq, kamal, hilmi, azwan, wan, fahmi, akmal, afif, afwan, syarif, ema, alia, nana, wani, nabilah, erin, ainul, asma, nadia, aisyah, farah, seha, amal, sai, dina. tadaaa. hapal siot. pastu aku pn dh makin kenal ramai org. dgn budak econs lagi. bilik aku kan ada 3 org dak econs, pastu dorg jdkan port lepak dak2 econs. aku okay je. dpt dgr bnyak ceritaaa. okay2. lepas tu ktorg plan2, curahkan idea. ktorg kan mmg conduct cultural night and bai’ah ceremony. bg idea about gimmick apa semua. then bhagi unit lg dlm wbc. aku dpt pc. tp nya aku mmg tktau lagi apa aku patut buat. esok aku tau lah kot ape aku buatt. ntah. esok semuanya meeting. okaylah. good night.

wednesday; 5 jun 2013
makin pendek maksudnya makin penat dan makin bnyak kerja. ari ni semua brain storming. so master plan by pc siap dh. just kena update segala mak nenek tu tiap2 hari. lepas tu floor plan nk kena lukis sat g so bye. busy. night blog.

thursday; 6 jun 2013
okayy. hari ni mestilah makin busy kan. nk aturkan floor plan. update master plan. follow up semua unit in WeBC. settle allies dgn biro2 induk, catering, prep tech, speta apa semua. sbb semua terlibat nak menjayakan cultural night and welcoming and bai’ah ceremony. bnyak jugak dh settle. cuma banyak sekarang nk confirmkan blek. and to my unit, pc webc. my head, hilmi and asst kak farah. insyaAllah kita buat yg terbaik eh. bak kata nabilah, kita merancang, Allah juga menrancang. sehebat mana kita merancang, Allah juga perancang paling hebat. so doakan kami dapat conduct yg terbaik utk tawe nanti. esok final touch dgn semua committee. tp nya esok aku takde. ade hal. hehe. ahad, aku blek cfs blek. see you soon juniors! eh eh. lusa junior nk masukk seyhh. now its time for release stress dgn family J night uolss. so kiranya this is the end of my induction camp diary. next week kita buat diary tawe pulak. insyaAllah kalau tk busy. so bye. assalamualaikum.

salam sayang,

31 May 2013

HISTERIA! kenangan atau pengalaman?

kenape topik yang ingin dibincangkan? semua gara2 along ye kawan2. tetiba tadi along cherita pengalaman dia mase kem, nightwalk, burung hantu tu semuaaa. maka masuk lah carita pasal histeria ni. hmm. ingat tak zaman di mana, histeria berlaku secara besar-besaran uolss. mase zaman i f2, tahun 2008. sbb nya sekolah i salah satu yg terlibat tu. ehh, tp boleh pulak saling berjangkit eh? 'benda' tu berjangkit ke? seriouslyyy? 

memandangkan sekolah menengah sy terkono jugak. sekolah ape? bior le rahsie. padahal ade je org tau. gelabah ah syaa. tp nya ni bukan kes bila kena histeria tu bongkok jd nenek eh. bukan. sekolah sy versi lain. jom dgr cerita dr sy yg super berpengalaman :P *muntah lah hang*

isnin :
mase tu prep malam. aku di kelas bersama geng yg lain. kelas 2 usaha, tingkat atas sekali. prep malam habis pukul 10.30 malam. tetiba pukul 10 mlm prefect ntah dr form berapa pun aku lupa. f5 eh? dtg setiap kelas suruh student semua naik dorm. ktorg blok hujung so tk tau ah apa cerita yg terjadi. redho je lah suruh naik awal. rezeki gitu. tapi kami masih hairan. aku, amal dgn aliah yg merupakan dormmate pun bincang mase otw naik dan kami mencapai kata sepakat ade spotcek. maka dengan itu, kami berlari ke dorm, ambik fon memasing letak dlm 1 bag and sorok dekat loker dlm surau kt tingkat atas. dan kami pun dok diam2 dlm dorm. memandangkan dorm aku, c2.8 betul2 depan tangge dan the only dorm yg ade angka 8 *special tau you* so kami dgr r bebising kt luar. pastu nmpak pulak f5 dorm aku kak sya and kak syak kt luar tu tgh b uat muka serius bincang ngn kengkawan dia. rupanya ada histeria yg berlaku di antara bebudak f5. maka aku pun dh seram sejukk. lepas tu ada announce suruh baca yaasin dekat dorm memasing. so ktorg baca lah. lepas tu tetiba ada seorang kakak dorm sebelah menjerit. pastu dormmates aku semua sibuk nk tgk =='. rupanya kakak dorm sebelah dh terkena. masa tu dia tgh call mak dia tk silap. so kakak tu di bawak keluar. then ada announce semua student disuruh kumpul kt court bawah. so ktorg turun buat bulatan bapak besar kat court and baca yaasin. masa tu pakaian ade yg dah bertukar, ade yang berbaju kurung lagi. bertudung tdk sempurna hanya cukup utk menutup kepala utk baca yaasin. pastu semua tk solat isyak lagi en, warden suruh slat dekat court. sempat lah aku merasa solat tengah2 court tu. pastu, sorg2 menjerit sbb terkono jugak. yg terkono tu dibawak ke dewan kt blok akademik. dekat nk pukul 1 tu semua ktorg kena turun kumpul kt dataran bendera dgn pakaian bapak tk sempurna tu -.- nasib baik takde lelaki. laki dok lepak je lah tk kena. lelaki yg ada pun para ustaz dan warden. so mlm tu pkul 2 baru dpt naik tdo. yg terkono tu ada yg balik. esok pegi sekolah cm biasa.

selasa :
pagi tu cm takde pape sangat. malam tu takde prep, warden suruh ramai2 pegi surau arRahman *belah lelaki* pastu suruh pakai seluar. sbb perempuan kalau nk pegi jemaah maghrib sana kena pakai kain, no seluar. semua kena pegi termasuk perempuan yang bercuti. yg tak boleh solat dok belakanggg. lepas jemaah isyak, ktorg bace yaasin. aku dok kt sebelah kak yeck. patu masa zikir Lailahailallah, tetiba ade seorang hamba Allah perempuan yg bercuti tu menjerit. kami2 yg baca yaasinn otomatik baca makin kuat dan bergerak ke depan menjauhi mereka di belakang. aku dh pegang tgn kak yeck dah. cuak gila bakhang. pastu si perempuan terus menjerit. ustaz2 pun dtg belakang. pastu perempuan itu berlari keluar dan melawan. pastu aku tk igt sgt. yang aku igt malam tu makin ramai perempuan yang berjangkit. blek dorm pun lambat. siap masa tgh iron baju kt dorm, warden lelaki, cikgu jep siap masuk dorm aku nk tanya mana sorg senior tu. mane tk gebah kami2 si perempuan -.- pastu dgr cerita cikgu jep smpai tdo kt hostel perempuan mlm tu.

rabu :
yang ni klimaks bersambung semalam. sbbnya histeria kali ni bermula pada siang hari dan dimulai dgn bebudak kelas aku. tadaaa. mulanya sorg je tetiba menjerit. pastu ktorg try pujuk2 tk menjadi. pastu cikgu su dtg. pastu aku mrh kawan aku tu sbb cikgu su tanya dia tk jawab. pastu cikgu su marah aku sbb marah dia -.- kecik hati sy cikgu. eisyy. pastu budak tu terkena histeria. pastu berjangkit lah dekat classmate aku yg lainn. cikgu pn tk mengajar ari tu. ramai gila ah. pastu masa rehat before kelas petang, aku tetiba sakit kepala gila smpai nangis ah. pastu dorg kata jgn nangis, jgn lemah nty benda tu senang nk masuk. so aku kuatkan lah diri aku padahal sakit gila kepala. so kelas agama petang tu aku duduk belakang sekali dan tdo. sorry ustazah mek ana! dan petang tu makin ramai yg balik menyebabkan classmates perempuan aku tinggal lima org. aku, amal, aliah, ain dgn dura.

tu je lah ceritanya. sbb khamis dgn jumaat tkde ape sgt. hari jumaat tu perempuan tinggal 3 org je. amal dgn dura balik dah. ktorg kata ktorg bertiga je yg bertahan di AH - akademi hantu *lah sangat*. jumaat tu semua diwajibkan belik sbb pihak sekolah nk 'bersihkan kawsan' dan pagar. something like that. histeria pun berlaku seminggu tu je. lepas balik bermalam semua okay. kecuali lah sesuatu berlaku di dorm aku -.- nyaris nk kantoi fon dgn cikgu su lagi tu. sempat jugak org dr mane ntah dtg. masuk paper haron din dtg tp sebenarnya bukan haron din eh. ade jugak sorg student kena interview. lelaki yg kena histeria 2 org je. ade kisah di sebalik kejadian itu tapi dirahsiakan. aku pernah diceritkan hal yg sebenar kenape benda tu boleh terjadi but still, semua tu rahsia. dekat u aku sekarang pun ada jugak kejadian tu belaku nak2 lagi bilik aku atas musolla. dgr jelas tp tk kecoh2 sgt pun benda tu. maka, aku pun buat bodoh. tu jelah kot perkongsian pengalaman aku yg aku dot coretkan. so pendek kata, panjang tak kata apa, usah biarkan diri anda diselubungi misteri *ala2 misteri nusantara gitu* night uollss. watlek watpeace.

p/s : maaf pada sesiapa terlibat tapi insyaAllah nama aku rahsiakan.

salam sayang,

29 May 2013

amanat buat cik hafizah.


ye hafizah mat zain. selamat datang di blog sentuhan awak ni. lepas ni harap boleh buat sentuhan lagi yehh? kau kan sayang aku. mekaseh fizahh.

okay, tujuan sy menulis ini utk menyatakan amanat sy, bukan amanat sy pun. nk membalas amanat kau sebona nya ehh. haha. jap, aku baca blek amanat kau *aku dh save tau*

first thing, waalaikumussalam *jawab salam ritu* hahaha. pasal berat memberat tu, aku try tolong kau ye kakk. aku pn tk tau mcm mane nk bergantung herbalife je nih. aku tk tau mana nk membeli. kalau aku pn tkde herbalife, teruk jugak ni. kena survive jugak nih kan. boleh punyaaa. ana boleh tu kan. kite teruskan lah aktiviti kite cm biase. jog pepagi. haaa, berbasikal naik bukit ==’ hahahaha. same2 lah kite berjuang sem depan okay?

next is duit ye ka $.$ haaa, mata duitan aku keluar dh. bab duit jgn risau. kalau kau percayekan aku, kau boleh bg aku pegang duit kau and i will keep it in other place yg selamat. dan aku hanya bg kau duit belanje utk lunch or dinner and beli benda2 penting. yg keperluan sahaja bukan kehendak. cream-o no no no. kalau nk sgt, mase blek dr rumah tu beli stok siap2 guna duit kakak kau :3 canggih tk idea aku? jgn ikut, nty jd adik durhaka dok pau kakak je.

ni tambahan. pasal math. aku ingat lagi. kau nk dptkan a dlm tgn utk midsem en? same samelah kite berjuang nty. tk tahu, aku boleh tanye kau. kalau kau tk tahu, kau boleh tanye aku. kite study sesame. jgn kau setakat pegang notes tp mata tertutup ==’ kite doakan sesama ah math 3 ni awesome. calculus kauuuu -.- cuak haku ini. kite dpt kan same2 a dlm tgn tu utk carry mark tau. igt ape kite ckp dulu. carry mark sgt lah penting as in, quiz 20 markah tu pun pentinggg sangat. jgn ambik mudah. ingat tu?

lastly, sebelum kau terbang nanti. kau pegi meninggalkan aku selama 8 hari 7 malam nyahhh. jage diri kt tempat org tu. jgn shopping galak sgt tau. jage mak kau tuu. jgn igt diri kau sorg je. kau pegi dgn mak kau. haaa, lupa nk ckp. eskrem baskin robin sane murah tau dr malaysia ni. silalahh cuba. hehe. enjoy ur holiday. enjoy dekat theme park tu. jage mate, jgn dok usha je org korea. dorg semua tk mandi pagi tu -.-  jage duit, jgn membazir. jage diri. jgn lupe solat. jgn lupe mandi. jgn lupekan aku tau. tk payah tangkap kim jong kook tu. aku nk tuka. nk minho shinee. ahahahaha. aku akan merinduimu fizah. seriously. mumumumu *gelak baru mcm lembu*





akhir kata, aku tuntut hadiah kau sebelum habis sem :3 muahahahahahah :P lagi satu lagi satu, aku sayang kau *pipi memerah memalu melati* kbye.

salam sayang,