"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

31 May 2013

HISTERIA! kenangan atau pengalaman?

kenape topik yang ingin dibincangkan? semua gara2 along ye kawan2. tetiba tadi along cherita pengalaman dia mase kem, nightwalk, burung hantu tu semuaaa. maka masuk lah carita pasal histeria ni. hmm. ingat tak zaman di mana, histeria berlaku secara besar-besaran uolss. mase zaman i f2, tahun 2008. sbb nya sekolah i salah satu yg terlibat tu. ehh, tp boleh pulak saling berjangkit eh? 'benda' tu berjangkit ke? seriouslyyy? 

memandangkan sekolah menengah sy terkono jugak. sekolah ape? bior le rahsie. padahal ade je org tau. gelabah ah syaa. tp nya ni bukan kes bila kena histeria tu bongkok jd nenek eh. bukan. sekolah sy versi lain. jom dgr cerita dr sy yg super berpengalaman :P *muntah lah hang*

isnin :
mase tu prep malam. aku di kelas bersama geng yg lain. kelas 2 usaha, tingkat atas sekali. prep malam habis pukul 10.30 malam. tetiba pukul 10 mlm prefect ntah dr form berapa pun aku lupa. f5 eh? dtg setiap kelas suruh student semua naik dorm. ktorg blok hujung so tk tau ah apa cerita yg terjadi. redho je lah suruh naik awal. rezeki gitu. tapi kami masih hairan. aku, amal dgn aliah yg merupakan dormmate pun bincang mase otw naik dan kami mencapai kata sepakat ade spotcek. maka dengan itu, kami berlari ke dorm, ambik fon memasing letak dlm 1 bag and sorok dekat loker dlm surau kt tingkat atas. dan kami pun dok diam2 dlm dorm. memandangkan dorm aku, c2.8 betul2 depan tangge dan the only dorm yg ade angka 8 *special tau you* so kami dgr r bebising kt luar. pastu nmpak pulak f5 dorm aku kak sya and kak syak kt luar tu tgh b uat muka serius bincang ngn kengkawan dia. rupanya ada histeria yg berlaku di antara bebudak f5. maka aku pun dh seram sejukk. lepas tu ada announce suruh baca yaasin dekat dorm memasing. so ktorg baca lah. lepas tu tetiba ada seorang kakak dorm sebelah menjerit. pastu dormmates aku semua sibuk nk tgk =='. rupanya kakak dorm sebelah dh terkena. masa tu dia tgh call mak dia tk silap. so kakak tu di bawak keluar. then ada announce semua student disuruh kumpul kt court bawah. so ktorg turun buat bulatan bapak besar kat court and baca yaasin. masa tu pakaian ade yg dah bertukar, ade yang berbaju kurung lagi. bertudung tdk sempurna hanya cukup utk menutup kepala utk baca yaasin. pastu semua tk solat isyak lagi en, warden suruh slat dekat court. sempat lah aku merasa solat tengah2 court tu. pastu, sorg2 menjerit sbb terkono jugak. yg terkono tu dibawak ke dewan kt blok akademik. dekat nk pukul 1 tu semua ktorg kena turun kumpul kt dataran bendera dgn pakaian bapak tk sempurna tu -.- nasib baik takde lelaki. laki dok lepak je lah tk kena. lelaki yg ada pun para ustaz dan warden. so mlm tu pkul 2 baru dpt naik tdo. yg terkono tu ada yg balik. esok pegi sekolah cm biasa.

selasa :
pagi tu cm takde pape sangat. malam tu takde prep, warden suruh ramai2 pegi surau arRahman *belah lelaki* pastu suruh pakai seluar. sbb perempuan kalau nk pegi jemaah maghrib sana kena pakai kain, no seluar. semua kena pegi termasuk perempuan yang bercuti. yg tak boleh solat dok belakanggg. lepas jemaah isyak, ktorg bace yaasin. aku dok kt sebelah kak yeck. patu masa zikir Lailahailallah, tetiba ade seorang hamba Allah perempuan yg bercuti tu menjerit. kami2 yg baca yaasinn otomatik baca makin kuat dan bergerak ke depan menjauhi mereka di belakang. aku dh pegang tgn kak yeck dah. cuak gila bakhang. pastu si perempuan terus menjerit. ustaz2 pun dtg belakang. pastu perempuan itu berlari keluar dan melawan. pastu aku tk igt sgt. yang aku igt malam tu makin ramai perempuan yang berjangkit. blek dorm pun lambat. siap masa tgh iron baju kt dorm, warden lelaki, cikgu jep siap masuk dorm aku nk tanya mana sorg senior tu. mane tk gebah kami2 si perempuan -.- pastu dgr cerita cikgu jep smpai tdo kt hostel perempuan mlm tu.

rabu :
yang ni klimaks bersambung semalam. sbbnya histeria kali ni bermula pada siang hari dan dimulai dgn bebudak kelas aku. tadaaa. mulanya sorg je tetiba menjerit. pastu ktorg try pujuk2 tk menjadi. pastu cikgu su dtg. pastu aku mrh kawan aku tu sbb cikgu su tanya dia tk jawab. pastu cikgu su marah aku sbb marah dia -.- kecik hati sy cikgu. eisyy. pastu budak tu terkena histeria. pastu berjangkit lah dekat classmate aku yg lainn. cikgu pn tk mengajar ari tu. ramai gila ah. pastu masa rehat before kelas petang, aku tetiba sakit kepala gila smpai nangis ah. pastu dorg kata jgn nangis, jgn lemah nty benda tu senang nk masuk. so aku kuatkan lah diri aku padahal sakit gila kepala. so kelas agama petang tu aku duduk belakang sekali dan tdo. sorry ustazah mek ana! dan petang tu makin ramai yg balik menyebabkan classmates perempuan aku tinggal lima org. aku, amal, aliah, ain dgn dura.

tu je lah ceritanya. sbb khamis dgn jumaat tkde ape sgt. hari jumaat tu perempuan tinggal 3 org je. amal dgn dura balik dah. ktorg kata ktorg bertiga je yg bertahan di AH - akademi hantu *lah sangat*. jumaat tu semua diwajibkan belik sbb pihak sekolah nk 'bersihkan kawsan' dan pagar. something like that. histeria pun berlaku seminggu tu je. lepas balik bermalam semua okay. kecuali lah sesuatu berlaku di dorm aku -.- nyaris nk kantoi fon dgn cikgu su lagi tu. sempat jugak org dr mane ntah dtg. masuk paper haron din dtg tp sebenarnya bukan haron din eh. ade jugak sorg student kena interview. lelaki yg kena histeria 2 org je. ade kisah di sebalik kejadian itu tapi dirahsiakan. aku pernah diceritkan hal yg sebenar kenape benda tu boleh terjadi but still, semua tu rahsia. dekat u aku sekarang pun ada jugak kejadian tu belaku nak2 lagi bilik aku atas musolla. dgr jelas tp tk kecoh2 sgt pun benda tu. maka, aku pun buat bodoh. tu jelah kot perkongsian pengalaman aku yg aku dot coretkan. so pendek kata, panjang tak kata apa, usah biarkan diri anda diselubungi misteri *ala2 misteri nusantara gitu* night uollss. watlek watpeace.

p/s : maaf pada sesiapa terlibat tapi insyaAllah nama aku rahsiakan.

salam sayang,

4 Criticism:

durratulfatini said...

Oh yelah. Ustazah:"Durra, kalau awak tak berhenti nangis, saya kunci awak dalam store!" Durra: "Saya bukannya sengaja, ustazah tolong lah!" Hahahahahaha dan Amal balik rumah aku. haha what a kenangan! :D

shasya yasmin :) said...

ohh yess. apehal aku terlupa watak penting tu dura. hahaha. dekat surau anNur. best ayat ustazah!

sahara aban said...

Dahulunya saya tidak percayakan kejadian histeria, ilmu hitam, guna-guna dan sebagainya sehinggalah pengalaman mengubati kakak yang sakit hampir setahun. Setelah itu barulah saya sedarnya bahayanya pesakit histeria dan perlukan rawatan sampingan (alternatif). Bermula dari histeria di kilang tempatnya bekerja, pakar perubatan memberi berbagai-bagai nama penyakit tetapi segala ubat dan rawatan tidak berkesan langsung. Wajahnya makin pucat dari hari ke hari, cengkung dan kurus melidi sedangkan asalnya berisi. Puas hantar kakak keluar masuk hospital dan klinik kerajaan, swasta tidak ada perubahan akhirnya kami berikhtiar dengan perubatan alternatif iaitu perubatan traditional. Pelbagai ragam kerenah bomoh dan dukun kami temui sehinggalah kami ke kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor bertemu Ustaz Adi Wijaya. Beliau bertugas di sekolah agama Daerah Pontian. Alhamdulilah kakak telah sihat, pulih seperti sediakala. Saya paparkan kisah ini sebagai tanda kesyukuran kakak saya selamat dan membantu sesame neter supaya tidak tertipu dengan pelbagai bomoh hari ini yang sebahagiannya hanya mementingkan material semata. sempat saya rakam beberapa foto aksi perubatan beliau dan paparkan dalam : http://my.opera.com/saharaaban/albums/ atau
http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102

jasima selamat said...

baru jer pergi rumah ustaz tu, sebelum ramadhan.
Alhamdulillah, mak dah sihat seperti biasa.
dapatlah kita makan sahur lagi dengan air tangan mak...

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~