"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

29 September 2013

masalah dan Tuhan.


tak. Tuhan tak bermasalah. yang bermasalah tu kita. manusia. manusia yang dicipta Allah. suka cari masalah. tak pun, kita tak cari. tapi Allah yang timpakan masalah kat kita. tapi jangan lupa, semua benda berhikmah termasuk masalah. masalah yang datang jugak berhikmah. Cuma kita yang suka menyalahkan masalah tu. tak cari hikmah disebaliknya. kita teruk kan? ke awak rasa awak perfect dah?

sejak dua tiga minggu ni, banyak masalah menimpa. ntahlah. aku dah rasa macam sudah jatuh ditimpa tangga kot kan? masalah aku most of come from manusia. sebab aku juga manusia. aku banyak kali berfikir, kenapa Allah timpakan masalah ni kat aku. aku tak kuat nak menanggung masalah ni. walaupun dalam surah alBaqarah dah cakap Allah takkan timpakan masalah kt hambaNya melainkan hambaNya itu mampu menanggungnya. takkan aku yang takde kuasa ni nak menentang ayat Allah? so nak tak nak. aku terima. aku yakin Allah tahu aku mampu menanggungnya. lepas tu aku berfikir lagi. mungkin ini kafarah aku sebab selalu menyakitkan hati manusia yang lain. then aku dapat balasan hati aku pulak disakiti. aku belajar untuk lebih menjaga hati orang, lebih menjaga mulut agar tidak keluar sebarang perkataan berbisa. aku sedar, aku tak layak nak menyakitkan hati manusia lain. in other words, aku tak layak. mereka pun punyai hati yang patut org lain respect. aku sendiri pun nak org respect hati aku so why aku jadi org yg taknak merespect hati orang lain. think yasmin. fikirlah. Allah kurniakan akal kan.

dira give me this ayah from surah 7 verse 168. ‘…dan Kami uji mereka dengan nikmat yang baik2 dan bencana yang buruk2 agar mereka kembali..’

bangun pagi, aku baca ayat ni and I do felt something. but aku tak tahu nk explain ape yg aku rasa. kadang2 aku rasa nikmat yang Allah bagi sebenarnya adalah ujian utk kita tak bangga dan bersyukur kepada Allah. benda tu susah. ye, sangat susah. dan aku terasa jugak yang aku makin jauh dengan Allah. sbb tu Allah bg dugaan kan? sbb Dia rindu kat aku yang lalai mengingatinya. ampunkan aku. aku sedar aku semakin jauh dari Allah. aku pun tk tahu. sejak ditimpa masalah aku jd org yg malas. malas nk buat ape2. ibadah sunat semua hilang ntah ke mana. aku teruk. sampai aku fikir, layak lagi ke aku untuk kembali kepadaNya? kan org ckp, sekali kita lari dari Allah, berganda Allah tinggalkan kita. Allah dah tinggalkan aku ke? tapi aku tahu Allah Maha Pengampun.

takpe yasmin. biar lambat, biar slow pun, biar orang nak potong jalan you pun. yang penting istiqamah. mula sikit2. lama2 kan jadi bukit jugak. kot2 boleh jadi gunung terus. kita tak tahu kan. jalan kembali pada Allah ada banyak. bukan satu. pintu rahmat Allah pun banyak cuma kita yang malas nak ketuk, malas nak cari. and aku dah taknak menjadi manusia yang itu.

salam sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~