"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

09 April 2014

apa yang aku suka

yeay, second post for today. aherher. sebab kena bukak lappy buat slide ui punya pasal. hari ni rasa tak senang. rasa semua benda tak menjadi.

rasa semua benda buat aku malu.
pfft.

aku nak kongsi apa benda yg aku suka. tapi before that, aku tak cerita benda aku tak suka.
bak kata murabbiyah, dengan mengenali benda yg org tak suka boleh buat kita rapat. cehh sbb kita taknak buat apa yg dia tak suka. meh lah abang kakak adik rapat dengan saye. sejantina je boleh. kah.

okay, 1st paling aku tak suka rokok, asap rokok dan seumpamanya nya. ye, aku anti rokok. aku boleh emosi bila terkena asap rokok. lagi2 bila tengok brader tu sodap je hembus depan aku. nasib baik aku ayu. k tipu. aku anti sejak aku tahu org yg sedut asap org merokok lebih bahaya dr si perokok itu sendiri. bro, nak mati sbb rokok, jangan ajak aku boleh?

next masa cerita dalam halaqah tu aku cakap aku tak suka menunggu. tp aku boleh lagi kot. boleh tahan lah emosi menunggu tu. tatau nak ckp. aku tak suka tapi kalau dah kena jugak, rasa suka pun terpaksa lah di abaikan ye dakk.

aku tak suka kena marah. tak suka org emosi dan moody dgn aku. sbb aku sangat sensitif. guess what umur dah doploh tp bila mama marah aku, aku masih menangis. kesian laki aku. dia marah, dia tdo luar. cehh. madam math aku marah sbb bising dlm kelas pun termengalir juga air mata. belum kes malu sbb ustazah suruh diam masa kelas tu. terus takde mood nak jawab quiz. pfft. marah dan malu. bila bergabung aku jadi menangis. pfft. amenda lah kau ni sya. dasar tak matured. aku pernah menangis lepas tu mama marah lagi sbb dia tak suka dgr org nangis. nasib lah anak bongsu dia kuat menangis. sampai aku cakap ngan mama dgn suara tangisan yg rasa nak lempang diri sendiri, "kalau mama dah tahu adik kuat nangis, tak yah lah marah lagi. mmg lah adik nangis. cuba jgn pedulikan adik. biar je adik nangis." nampak mcm anak derhaka ke? tak lah, tu luahan hati lah. ceh.

lepas tu benda basic yg aku tak tahu kenapa sampai sekarang aku tak suka buat.
aku tak suka zip handbag yg aku pakai. aku tahu sakai. letak purse, letak fon. kepit kt ketiak tp takmau zip. alasan? malas nak bukak tutup zip. okay lah tu handbag je. kalau beg belakang aku zip lah. trauma kena pick pocket dekat pasar malam.

aku tak suka pakai sandal dengan betul. aku tak suka benda bersepah depan mata dengan syarat benda tu aku punya. aku stress kalau bilik, katil, almari, meja belajar sepah. tp kalau org lain punya lantak kau lah aku tak kesah. kinda jual ikan. kah!
sebenarnya aku tak suka pakai spek walaupun rabun. tp kena pakai jugak. sbb tu aku lebih rela pakai lens. walaupun aku tahu lens sgt bahaya. tp tulah, malas pakai spek kan.
aku sampai pernah tertdo pakai lens. bangun pagi mata kering, lens pun kering. alhamdulillah tak buta. 
kes lens hilang dalam mata pun dah biasa. nak menangis pun ada. nasib baik jumpa balik dalam mata. tu lah susahnya lens colourless. tp better lah dr berwarna warni. kang ada bangla terpikat dengan mata biru i pulak. walaupun palsu. tapi aku rasa kalau lens warna, aku nak warna pink! haha. mcm vampire je gaye.

aku tak suka org merajuk sbb aku suka merajuk. fullstop. org kuat merajuk tak boleh dgn kuat merajuk. last2 tak terpujuk putus hubungan. kan?

sebenarnya banyak je. tp tu je yg aku ingat. pfft. otak penuh dgn benda2 nak buat this week so tak tercapai akal nak fikir. oh oh, apa yg aku suka pulak? selain yg aku mention kt atas ni lah. ni lah nama saje nak buat twist sikit. kbye.

salam sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~