"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

19 April 2014

pusat asasi universiti islam antarabangsa - part two


okayy, ni sambungan post dulu. you can click to read dulu punya post okay.

so nak bahasa diri apa ni? hakak ke? keh. tengok lah aku nak pakai bahasa apa.

tujuan hakak tulis new post ni sebab post dulu tu tak berapa membantu. now akak nak cerita serba sedikit about course engin *sbb hakak engin*, about u, and about bilik, facilities *kot*. and maybe akan disertakan gambar. if and only if akk masih ada mood lepas menaip ni. kehkeh. disebabkan ni pun insyaallah sem last akak. so mungkin banyak yg akk nak cerita. MUNGKIN tau.

next tujuan sbb akak nak menjawab soalan adik2 yang kebanyakannya berulang soalan yg sama dan kadang2 akak penat gak jawab soalan yg sama. bukan nk tanya akak sehat ke dak *umph* *merajuk*.
abaikan.

okay, first pasal pelajaran. kat sini ada course required subject and university required subject. course tu depend ah course apa awak amek. contohnya akk engin, course engin paksa menawarkan subjek2 yg wajib semua budak engin ambik iaitu math 1, math 2 (trigono), math 3 (calculus), physics 1, physics 2, chemistry 1, chemistry 2, computer 2 (programming). tu je kan? tak silap tu je kot kena amek if awak amek kos engin. tp ni yg last pakai batch akak. kalau awak masuk dah tambah sikit subjek. korang takde midterm exam dah. masa zaman akak ada midsem. wuhuu. good luck lah awak. 

then, university punya subject plak wajib amek tak kira lah awak course apa pun! kena amek computer 1, basic theme of quran, understanding islam or religion in malaysia. kira tolak campur kos engin amek 11 subjek lah. eh, kenape aku rasa mcm ada duabelas. aku terlupa ke mcm mana. hihi. tu belum study circle, or kelas tilawah. tu based on tilawah test dia buat masa taaruf week. belum campur juga arab dan english depend level mana awak bertapak. okay? paham?

so sesiapa dok asyik tanya takde basic arab langsung, lemah bi yada yada. kat sini awak diajar dek. tak usah gelabah risau. awak belajar satu2 sampai nanti awak expert dah bahasa quran *flip tudung*. hehe. lecturer sini pun semua suka membantu, so nak tanya pape datang je bilik lecturer okay? tak susah pun hidup sini.

soalan famous jugak awak2 bgtau result spm awak pahtu tanya akk layak ke tak masuk uia. ni soalan paling crucial gila smpai hakak terkedu. hehe. sbb akak tak terlibat dgn pemilihan korg. akak pun tatau kelayakan masuk sini cemana. yg akak tahu, awak kena mohon letak uia dlm pilihan upu awak. kalau tak letak langsung, jgn tanya boleh masuk ke tak. akak sepak kang. hewhew. yg pilih kementerian tak silap. tp biasalah yg kos2  hebat mcm medic ke, dentist ke mmg nak high result. mcm straight lah kot. akak tak sure. yang penting, awk doa bebanyak supaya awak masuk sini ye. tak dpt first intake, second third pun okay. yang penting dpt masuk kann?

next is soalan nak tukar kos. boleh aje. tp awak kena masuk sini dulu lah. tak masuk mcm mana nak tau cara2 dia kan. sbb akak tak pakar sgt. dulu niat nak tukar phy sc tp mama tak kasi sbb degree kt kuantan. so reda je dgn engin kt gombak. yg akak tau, kena bayar kalau nk tukar kos, ada interview or soal siasat lah kenapa nak tukar. if layak, cgpa sem okay then awak dpt lah diterima tukar kos. yippie. yelah, tak semua boleh bawak kos yg dia tak minat kan? so choose wisely. kos yg awak minat. kos yg awak bleh bawak. insyaAllah dean's list teruih. aminn.

and life here. tak mcm budak sekolah dah lah. pepagi beratur nak mandi apehal kan. tu zaman budak kecik. buang ke tepi. sini, kelas pukul 8, pukul 7.30 bangun pun kira alright. haha. ehh, jgn buat lah. igt adab berguru? masuk sebelum cikgu masuk okay. nak makan duit sendiri, takde dewan makan dah. kalau taknak makan, takyah beli. lepas tu setiap mahallah ada kiosk as in kedai runcit lah. malam2 selalu ada talk. weekend selalu ada event. nak ilmu, join program2. takde masalah. society pun banyak. join ja. nak bersukan? setahun sekali ada smac. sem ke3. sukan antara society2. tahun lepas engin menang k *flip tudung lagi* tp tahun ni jatuh tempat kedua :( *tak jadi flip tudung*

sini ada 3 mahallah utk ppuan. akk offerkan pilih mahallah khadijah. ada sikit gambar mahallah akak. ye, mmg kecik. tp mahallah lain lg kecik. lain lah kalau bilik dua org. 






ni keluasan bilik. jgn tgk org. tgk bilik!
bilik aku 4 org semua empat keping lah semua benda lah. 
facilities kat mahallah akak ada gym *woooooo. akak pergi dua kali je tahun lepas.* kah! ada study room. blablabla. and biasalah. banyak je lagi. ada cafe semua tu. tp cafe mahallah akk kecik je. okaylah, akak dah takde idea dah nk perah. sbb atas2 ni akk tulis siang td. tgh lapar semua idea keluar. sekarang baru balik, dh malam dah kenyang. sambil layan cerekarama. memang drama sangat sandiwara ni. kbai. kalau nak tanya soalan boleh lah. mcm tak membantu sgt pun kan post akak? kah! akk suka bebel je. isi takdak. 
sincerely hakak,

30 Criticism:

Anonymous said...

akak. uia ade iv gak ke? ke die panggil wktu result upu keluar tu?

Anonymous said...

seandainya kita dapat asasi sains hayat, adakah kita boleh memohon bidang medic waktu degree nanti???

Shasya Yasmin said...

kalau nak masuk asasi takde iv. tapi kalau nak masuk degree utk certain kos ada iv. mcm awak sains hayat, kalau cgpa awak mencapai piawai medic, awak akan dioffer pergi iv medic. lepas interview tu nanti, baru dorg pilih dpt sambung degree ke medic atau tak

Anonymous said...

Boleh tak kalau tak nak balik langsung sepanjang belajar kat sini?

Anonymous said...

assalamualaikum akak ,
akak budak engin tp maaflah kalau nak tanya sikit
foundation IRK tu macam mana . sy tak faham

Akim said...

Salam akak, kalau mcm akak ambik engin berapa tahun asasi dan kalau sambung degree brapa tahun lagi tambah?thanks

Shasya Yasmin said...

waalaikumussalam. sorry adik2 semua. akk reply lambat sbb baru habis final exam. okay first question, taknak balik langsung maksudnya? habis sem pun taknak balik ke? kalau setakat hujung minggu ni mmg ramai tak balik. kalau cuti seminggu, cuti raya semua nak balik. boleh je tak balik tp sunyi lah uia tu. kenape? rumah awak jauh eh?

second kos irk eh. yg akak tau tu islamic reveal knowledge. awak akan belajar pasal islamic lah kut, maaf akak tak sure sgt. tp akak rasa kos tu best.

akim, akak masa masuk dulu arab level 1, english level 5 so akak asasi 2 tahun. lepas tu sambung degree 4 tahun :D

Anonymous said...

Thanks sis sgt membantu! Btw for sains fizikal subjek apa yg akan saya bljr ehh? Semua sekali hehe tq ^^

Akim said...

Ooo sori la kacau akak exam but thanksss for the info. Akak nk tye skit lagi test bi tu susah x? Dan klau degree tu bole x dicepatkn mcm 4 tahun k e 3 tahun? Thank you sooo much!

Shasya Yasmin said...

anonymous, is that you yg akak im dekat fb td eh? so kira akak dah jawab en?

test bi tu okay2 je. ada soalan objektif yg makin lama makin susah, ada essay pasal chart etc etc dgn essay pendapat. tang degree akak tak sure pulak. masuk pun belum ni. hehe

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya dpt asasi seni bina tp saya nk tuka ke asasi ekonomi bole x???

Shasya Yasmin said...

boleh sayang, boleh kan akak dah tulis atas tu. penat akak tulis tp awak tanya jugak soalan sama :(

Anonymous said...

Akak, pemilihan bilik asrama dia mcm mana? Kalau kita nak sama bilik dgn kawan kita, kena beratur sama-sama atau dia bagi random? pastu, kan nama program dia asasi kejuruteraan dan sains komputer, nanti dia asingkan org yg nak amik engin ngan org yg nak amik comp scn ke cemana? maaflah banyak tanya :)

Anonymous said...

sori akak, yg soalan kedua saya tu, saya dah baca jawapan yg akak kasi kat post sbelum ni. maaf tanya lagi.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Honestly, i really really salute you. You're such an optimise lady :D. You've answered all the questions with sabr, even though they're some of them ask you the same question. You're such a nice person. May Allah showers you with his ni'mah and barakah. And I hope you'll end your journey in UIA with success insyaAllah :D

Shasya Yasmin said...

asrama dia campak je memana. kalau nak dgn kawan, dftar lah sekali lepas tu mintaklah. tp nak daftar nanti kan asing ikut kos. awak lucky lah kalau masa daftar tu sama ngan kawan boleh je mintak sama. nasihat akak, mintak mahallah akak, mahallah khadijah tauuu. hehe. eh eh, awk ppuan kann, tp kalau tk dpt sama, nanti habis sem, nak daftar bilik nanti, tulis lah nama kawan sekali. okay?

eh eh takpe. haiyo takde nama, akak nk panggil apa ni? anonymous. hehe. sokay. akak chill je :3

and last anonymous. terima kasih walau siapa pun awak. may Allah bless you!

Shasya Yasmin said...

eh tertinggal satu soalan pualk. awal2 je name sama. nanti dah masuk awak kena pilih either engin or sc comp. lepas tu awak satu kos je lah. engin atau pun ict. choose wisely :)

Anonymous said...

Waah terima kasih banyak kak shasya. Haah, saya perempuan :) Ok, insyaAllah nanti saya mintak Mahallah Khadijah.

Anonymous said...

Eh sori akak, maksudnya dari asasi lagi engineering dan comp scn diasingkan atau degree nnt baru diasingkan?

Shasya said...

Haah. Dr asasi lg dh asing. Sbb nanti belajar subjek2 berbeza. Masa taaruf week dhbkena pilih.

fara said...

Akak klau wt ryuan pulk cmner

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya nak tanya pasal kasut sikit. Kalau saya pakai kasut loafer(loafer slalunya pakai jalan2), warna biru pekat dan jenis kasut ialah kasut kulit. Adakah dibenarkan? Ataupun kasut kulit yg dibenarkan hanya kasut yang macam kasut kerja tu je?

Shasya Yasmin said...

fara, akak dh reply dekat post lg satu tau :)

hmm. bg akak lah kasut janji gelap pun okay. masa mula2 masuk akak igt kasut kulit je yg banyak kat bata tu tp sebenarnya tak pun. tak kisah jenis apa, yg penting bertutup dan warna gelap. yg mmg gelap ah.

Ahmad said...

Assamualaikum, akak, igt lagi yg tnye psl minor agama tu? saye ler tu.......... Alhamdulillah, twrn dpt & tgh completekan psiapan smntara tggu lg 1 stengah mggu nk register, so nk tnye lg lah, andaikata klau dpt prog 1 thun hasil EPT & APT, bleh nk mntk jgak 2 thun? Pastu, akak apply degree engine ape? Die ade 1st & 2nd choice kan? Klau mechatronic bnyk psaingan tak? Saya trget nak amik yg tu.......

Miss Amirah said...

Assalam akak, I hope you answer some of my questions here. Thank you. :-)

1. Masa test tilawah, surah apa yg kena hafal? Boleh beri contoh?

2.adakah laptop diperlukan?

3. Periksa Arab masa taaruf week tu, is it objective or subjective?

Thank you.
Do follow my blog also at mysourspace.blogspot.com.

Shasya Yasmin said...

hai ahmad! err, firstly congratulations!! okay, kalau dpt setahun tapi rasa tak sanggup nak bawak sbb pack boleh aje jd kan 2 tahun, boleh bincang dgn academic advisor under department phy sb engin bawah department tu. akak apply biotech engineer. bukan takat 1st and 2nd je, mmg kena isi 8 choice yg ada terus. awk letak lah mechatronics 1st insyaAllah kalau rezeki awk di situ. and insyaAllah jugak masa zaman awak ada new couse in engineer di tambah.

for amirah.

masa tilawah takde surah nak hafal. dia bg awak quran dpn mata, then awak baca. nak cek tajwid. melainkan awak hafizah, ada sijil apa semua nanti dia cek awak hafal surah2 pendek je. emm, laptop masa tawe takyah bawak dulu. laptop tu perlu lah jugak. tp tak lah setiap masa. wifi ada sana. exam apt subjective ada, objective pun ada. kena bina ayat, buat esei semua tu ada. tp taktau lah kalau pakai format baru ke hapa. ni format zaman akak, 2 tahun lepas punya.

Miss Amirah said...

Di Uia boleh ke pakai tudung bawal bercorak?
Mmg plain sahaja je eh?

Ahmad said...

Huhu, kak, klau ade blog bdk engin brother yg agak informatif bgtau ye, ade tk?....... Sye nk trlalu rujuk blog akak pon tkleh sbb akak sister, tkkn nk tnye akak psl Mahallah Abu Bakar (atau mahallah llaki kt gombak), hehe........ Ade la, blog Bro Ahmad Kamil Sulaiman, tp die phy sc, psl degree susah la skit nk rujuk die, kt kampus kuantan plak tu........ lausamahti jiddan and sori if mnyusahkn.......

Shasya Yasmin said...

hahaha. akak tak pernah selidik lah ahmad blog2 org yg tulis pasal uia ni. akak pun main campak je nak tulis pasal ni. kalau nak tanye pasal mahallah lelaki memang tergagap ah nak jawab. haha. maaf. akak tatau siapa brother yg ada blog :)

Ahmad said...

Hehe, tkpela kak, dan terima kasih utk sgalanye, Jazakillahu khairan! May Allah bless u....

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~