"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

12 May 2014

cfsiium..in memories


haa. mood mai dahh. semalam aku buat video kenangan cfs, aku campak ke instagram. tapi tak boleh bebel banyak, yg tu kan insta. so aku lari ke sini. boleh aku bebel tak ni? eh ni blog aku mestilah bulihh. hihih.

memandangkan aku dah officially dah grad asasi sabtu lepas *insyaAllah kalau aku lepas semua exam, dan tetiba kena resit dan kena lah lepas resit* tolonglah doakan aku pass semua without resit boleh?

so malam ni izinkan aku mengorek dan mencangkul segala kenangan. sebenarnya aku ada ambik gambar khas nak campak dlm blog ni. gambar mahallah ukc aku amek cantek gila woii *ops terpuji* tapi masalahnya kamera aku buat hal. eh tak lappy aku. usb tak dpt nak detect. ada masalah driver dlm lappy ni. so maaf tiada gambar. mungkin ada gambar lelama nanti aku campak eh?

okay jom start baca. siapa rasa tak boleh nak tdo, boleh lah baca nanti tak habis baca, kau pasti terlelap sebab cerita aku membosankan. bhahaha.

genap 2 tahun lah ni kan? emm tak genap sgt lah. masa masuk uia dulu bulan jun. aku mmg sgt berterima kasih dekat kak siti dgn angah sbb sudi hantar aku daftar uia. along masa ni takde, dia ada apa ntah kat koreo. nanti daftar gombak aku nak merayu mama hantarkan aku lah. hehe. tp mcm aku dah tau je jawapan mama.

the first sem, the very first year. bi level 5, arab level 1 so study 2 tahun asasi. tang roommate aku ada tra, anna dgn fizah. kalau nk cerita pasal mereka, aku patut buat new post kot. haha. bnyak sgt cereka kami di bilik 137. sampai kakak senior bilik sebelah tegur sbb kami bising. heww. okay masa masuk kelas buat pertama kalinya aku menggagau cari kawan. almaklum lah mana kenal sesiapa. the very first yg tegur aku masa kelas bi pukul 8 pagi dekat abc05 adalah nadirah. dia tanya soalan addmath kat aku -.-' sampai sekarang aku igt. disebabkan pertemuan pertama itu, dia telah menjadi sahabat aku sehingga jannah. dengar tak ni dira? kau kan suka baca post2 aku. hihi. masa sem ni, classmate aku 2 je lelaki yg lain semua pompuan. kesian salam dgn hasan. masa nak hujung sem baru aku rapat dgn shera dan bila. samapi shera dgn dira pernah teman aku tdo klia sbb aku tunggu mama sampai pagi tu terus nak pegi melaka nk jumpa rayyan yg baru dilahirkan. sekarang rayyan dah umur 1 tahun 7 bulan. sem ni aku belajar hebatnya arab walau cuak belajar arab. lepastu buat video english. haha. kelakar nak igt. nak tengok balik pun rasa malu. masa nak pre reg for the next sem, alhamdulillah kami ber4 sama kelas. tapi ramai antara kami terpisah kelas. dan akan berjumpa classmate baru yg ramainya lelaki -.- pfft.
for all lecturers sem ni, terima kasih ya amat. let me mentions all of you.

math 1; mdm mahiran then ganti dgn mdm izan *mdm cantik muka cam intan ladyana*
phy 1; mdm habibah yg suka berceloteh
english; mdm wan zeti dgn mdm siva
arab; ustazah syahidah

the next sem. sem 3 first year. jumpa classmate baru. masa ni kami classmate perempuan ada 8 org je. mmg buat puak je lah kan. khai, seha, faz, farah. dan kami berempat. yg lain lelaki conquer. mula2 mmg awkward. tp sem tu pun best. org2 nya pun best. sampai ktorg berbuka puasa sesama satu kelas.. pack lah tu kan? lepas tu mcm2 lah terjadi sem ni. macam2 okay. haha. oh oh roommate aku masih sama di bilik yg sama. masa sem ni lah, aku terkena penyakit gatal. apa ntah nama nya tu. tak bawak mati kut cuma bahaya sikit kot. ntah sem bila aku dgn ana pernah keracunan makan roti berkulat sampai dpt mc. teruk gilaa. tp kelakar. dpt lah merasa mc dekat cfs ye dakk? so this is my lecturers for sem 3.

arab: ustaz nidzam *ustz fofular k* dgn ustaz kadir *ustz kayoo*
english: mdm wan zeti *again!* and sir *oh tidak aku lupa nama tp aku igt muka diaaa. oh tidakkk*
math 2: mdm saayah *mdm yg bnyak nasihatkan kami bagai ibu sendiri*
chem 1: mdm suzana *rindunya mdm suzana!*
comp 1: mdm dayang *mdm org sarawak*

move on. sem 1. *tarik nafas pepanjang* sebelum tu aku sempat join taaruf committee. under webcy yg control malam baiah dgn malam persembahan. so how kami punya presentation junior? thanks to nabilah and azkar yg mengepalai kami. dorg mmg best. best sgt dgn webcy mcm family sendiri! dgn satu committee tu dh mmg rasa mcm family sendiri kut. hihi. okay start a new sem. classmate aku kami berempat masih stick bersama. dan juga farah dan faz. lepas tu dpt jumpa classmate lama yg dulu terpisah masa sem 1 tu. sem ni patutnya aku havoc dgn roommate aku. cuma ada sesuatu yg tak terduga Allah nak uji kan. walau sampai aku dh graduate pun takde penyelesaian namun aku reda je lah. nak buek cemano. Allah tak uji apa yg kita tak mampu kan? walau sebenarnya aku mmg rasa tak mampu nak lalu hari2 aku. rasa give up. rasa takde harapan. rasa taknak teruskan sem. tapi alhamdulillah aku dikelilingi sahabat2 yg positif yg terus memberi aku dorongan tanpa lelah. sbb tu aku sayang merekaaaa. and ni je dlm 2 tahun asasi, classmate aku nak buat jamuan. best woo. bbq dekat blok e. siap solat sana jemaah, persembahan, games dan makan tentunya. sayang gila kat mereka! so this were my lecturers.

math 3: sir zahir hanouf *first time dpt lect obersi*
chem 2: dua kali tukar so dpt mdm faizah
btq: ustaz muhadir hj jol *ustaz fofular lagi. uuu*

and last sem. mula2 nangis jugak sbb takut ambik short sem nak amek phy tp tak jadi. penat je nangis. haha. aku nangis sbb cuti sem first year nak naik 2nd year tu aku tak balik rumah sbb kena jd committee. budak kecik sangat. okay sem ni lain sikit. sbb  igtkan nak down kan. roommate pulak baru sbb roommate lama dah masuk gomak. huhu. so thanks roommate 305 terima guwa; shera, bila dan dayah. as always aku tak dpt nak berpisah dgn shera. herherher. lepas tu shera, faz dgn farah tak sama kelas dah. so first day tu ktorg berhempas pulas tukar kelas semata2 taknak berpisah. alhamdulillah dapat lah walau dua kelas je. again, new classmates. dpt jumpa classmates fizah dulu. so interestic lah sem ni aku rasa. dgn lecturer pun menarik. lepas tu Allah takdirkan hidup aku menemui kegembiraan setelah Dia bagi ujian sebentar. aku masuk usrah. aku ada halaqah. shahira jd murobbiyah. mmg tak tau mcm mana nak gambarkan kegembiraan jumpa akhwat2. berada dlm dunia tarbiyah. ukhwah semanis cadbury. mmg seronok. itu salah satu aku sedih nak tinggalkan cfs. aku takut nak masuk degree. aku takut iman aku tak terjaga. iman aku masih lemah. aku tahu tu. semoga istiqomah. sem ni pun berakhir kelmarin. ahad aku keluar dr cfs. meninggalkan cfs. sebak. sedih. sbb dah tak dpt nak rasai kehidupan asasi dah. tapi kesedihan aku diragut oleh keletah rayyan. hihi. sorry kalau agak racist, tp aku sedih dan aku pasti rindu ustazah ui aku. hihihi. sbb dia sgtlah keibuan sampai bagi kami nasihat, cerita mcm2 kisah family dia, tegur kesilapan kami. she's the best ustzah. dan sbb tu sem ni aku jatuh chenta dgn ui. padahal sebelum subjek islamik, kemain susah hati lagi aku ni. lecturers ni haa.

phy 2: sir shahrul amir *baik tp kalau dia marah mak oi*
comp 2: mdm ruzanna yg comel
ui: ustzah sabariah yg disayangi

oh btw, for my dearest fellow paling sempoi, fellow level 3, mdm rohani amat. gila sporting baikkkk gila.
and fellow masa first year, mdm noraini.

so aku dah senaraikan semua lecturers aku. nasib baik tak payah senarai classmates, ramai sgt tak mampu. haha. 2 tahun asasi dah mengajar aku memacam. banyak sgt kenangan tak ternilai. apa yg aku tahu aku sayang semuaaa nya. yg terlibat atau pun tidak terlibat. cukup lah sampai di sini aku mencoret. ada mood aku coret lagi okay?

nah gambar lelama aku jumpa.





































0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~