"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

23 May 2014

hlovate, with love from me


hlovate, nama yang tidak asing lagi. ceh, nak buat karangan bm ke cemana ni sya? heh.
sape tak kenal hlovate mmg noob gila. eh, sukahati-jantung-limpa je nak ckp org noob.
kalau nak tahu, hlovate ni berasal dr 2 words yg berbeza which are love and hate. when in once, you feel love and hate at someone. oh cemana tu? sy bukan pakar chenta. lalala.



dulu, i have made a post pasal hlovate jugak. tp tak igt bila, malas nak belek belog sendiri yaww. masa tu mmg jatuh cinta gila ah lepas baca novel tunas, lepas tu meroyan cek dekat semua kedai buku kt kuching ni nak cari novel aa+bb pulak. sbb meroyan dekat addin dgn benz. dpt jumpa dekat kedai buku ketiga. lepastu rindu nak baca rooftop rant maka beli lah jugak. then beli 2 novel baru hlovate in 2 years *means dia masih hidup k* contengan jalanan and anthem. lastly guna baucer buku, beli 2 novel lama dia yg aku takde lagi, versus and 5 tahun 5 bulan. cukup. dah semua novel hlovate aku ada. kecuali yg dia buat cerpen, masuk dlm 1 novel yg ada 3 cerita, cerita penulis. tu aku tak beli sbb takut membazir tak baca 2 cerita penulis lain. racist huh?

sampai sekarang aku taktau dia ni lelaki ke perempuan tp instinct aku ckp dia lelaki walau ramai ckp dia perempuan. heh, jgn kacau aku dan instinct aku bulih? tp penulisan dia mmg masih segar walau dia tulis tahun 1998 apa semua. semua coolio. sampai sekarang aku rasa budak tomato tu mcm hlovate. tp tak mungkin, mato tu muda angat. lepas tu cam serupa pulak hlovate dgn inche gabbana. hahahahaha. apemenda lah sya ni.

so post ni bertujuan aku nak bercerita pasal penulisan dia, dan maybe sentuh bab novel dia one by one. andddd maybe a lil bit long entry. bukan senang shasya nak rajin menulis mengenai benda yg dia suka. so tepukkan pleash?

roughly, penulisan dia mmg ada persamaan antara semua novel2. pasal Tuhan, perjalanan nak kenal balik Tuhan, mcm mana nak jadi budak baik. nak ckp nya, penulisan dia mmg tak skema. mcm inche gabbana ah, nak masuk sorga pakai jeans huh? mcm ni lah penulisan hlovate. sangat santai, taklah islamik nampak sgt, tp ayat quran semua ada, hadis nabi ada jugak. dgn segala buku agama pun ada sekali. buku harun yahya punya isi pun ada. nak kata nya dia ni tak skema, dia tau semua lagu2 omputih yg oversea yg mmg jadah haram aku taktau. dia pakar pasal skater, deck. benda2 alah tu lah. you get what i mean right? pasal chenta pun ada, tapi semua diakhiri dgn chenta halal, kahwin muda banyak woo! kalau tak halal pun, ada lah part clash kat sini. gituw!

aku adore dia sampai aku rasa penulisan aku cuba nak tiru dia tapi tak boleh doww. bahasa dia guna banyak je slanga. mmg tak boleh nk describe ah best dan santainya membaca. aku suka words 'tarappapa' 'ain't' and 'tak ke?' yg di guna pakai. 'yada yada' pun aku tiru dia. haha. dasar copy maker benor kau ni sya. alah, bila hati dah suka, semua benda nak tiru. ntahpape.

so now i will go through novel dia one by one.



TUNAS: ni first novel hlovate aku beli. tp bukan first baca. aku tak igt first baca novel mana almaklumlah pinjam org len punya je masa tu. novel ni first novel sebenarnya dia tulis, tp bkn first terbit. dlm novel takde cinta sgt. more to persahabatan. kisah pasal persekolahan. addin, fisya, kawan2 mereka mcm mana slumber dog buat havoc. aip tp tak teruka mana kut. sbb addin tu peolong ketua pengawas. kucai ketua. mereka kembar. kisah mcm mana kehidupan bebudak asrama. ah well, sampai aku rasa masa tu, aku nak jd coolio mcm mereka tp malang nya masa tu aku dh habis spm pun. hewhew. lepas tu, masuk sorg pelajar baru, benz. benz and addin, budak paling suka gaduh. tak ngam. tp dlm hati, masing2 menyimpan rasa suka. tapi tak luah. paling aku igt, benz kutuk addin dpn geng2 dia sampai buat addin sedih and hate him tp sebenarnya addin taktau benz tgh alih perhatian geng2 dia dr addin coz he know well his friends. masa ni aku belajar sesuatu, tak semestinya care itu hanya dgn lembut. menghina pun ada care dia. tp hina -..- aku pun kalah. haha. well, novel ni berhenti once semua mereka step out from the school. and memasing sambung belajar.

AA+BB: novel ni mmg khas pasal addin and benz. dorg berjumpa balik dekat obersi tp addin tak sedar yg tu benz. lepas tu tetiba benz masuk meminang dia, and dorg get married. dia mcm apehal kau bercinta tak tetiba kahwin. padahal before ni gaduh, addin kan benci benz. so bila kahwin tu mmg tak mesra, tak bahagia lah. sorg doktor, sorg engineer. after married, dorg decide to berkawan. lepastu, benz pegi cipta satu watak virtual gf kononnya. addin makan hati. mereka kan mmg ada hati pada memasing, dh kalau hadap muka tetiap hari tipu lah takde perasaan. aku yg baca pun berperasaan dekat benz pecita? haha. problem is mereka pendam. sampai satu saat, baru memasing luahkan, atas bantuan org gaji mereka. maka lepas tu wajib lah happy ending kan? sweet dia lain dr novel cinta yg abg-syg yada yada tp mmg sweet. mmg rasa nak kahwin. haha. done, the end.

ROOFTOP RANT: ni novel peberet. baca banyak kali pun tak bosan. kisah trisy dan jade. jumpa dekat rooftop. mereka mungkin sama tapi tak serupa. trisy budak yg kurang kasih syg family. dia tak rasa rumah dia tu homey. jade pulak minat lukis komik, tp mak dia asyik dok bebel benda tu takde pekda. maka dr situ mereka jd kawan. hanya jade yg ambik berat pasal trisy sampai at one point trisy stress parents dok gaduh lepas tu dia makan ubat apa ntah so admit ward. lepas tu parents dia hantar dia duduk dgn nenek ngan paksu dia kat johor. dia berpisah ah dgn jade, just kirim berita pakai surat. masa kat johor, trisy berubah. dia pakai tudung, solat. sbb adanya kasih syg dr paksu dan nenek yg berjaya didik dia. tetiba dia lost contact dgn jade. jade masa tu dh jd kartunis komik. dia pergi bandung lepas tu dia belajar more pasal agama, dia buat komik islamik. sampai trisy pun dh sambung belajar kat university of aberdeen. lekiu nk pikat dia tp dia ttp tak terima. sampai once, dia blek malaysia, terjumpa jade blek. jade propose dia dgn ayat, "be my wonderwall?". see, padahal lama tak jumpa, tak bercita langsung tup2 kahwin. lepas tu trisy decide to homeykan rumah dia balik. this novel penuh dgn takde kasih syg, nak usaha cari kasih syg. quote seronok dlm ni, "live well or live hell, you choose."

CONTENGAN JALANAN: dlm ni mmg more to perjalanan cari Tuhan. ada dua kisah. dua budak. fend dgn k^2 *sebut k squared* dr bebudak yg solat bila ada masa, melepak sentiasa. kerja melukis. life busy. cuma satu kurang. Tuhan. ini kisah fend. Allah bagi hidayah dgn hadirkan kazen dia, chad, irsyad bersama2 bagpacking ke aussie jd musafir menyambut ramadan di negara org. kadang, nak selami islam bkn setakat cukup di malaysia yg major mmg islam. nak dalami dekat obersi lg senang. mereka mencari erti Tuhan sebenar. stay dekat masjid aussie, berkenalan dgn org indonesia, omputih yg mengajar tentang agama. nak dekat raya baru balik malaysia, masa raya pertama tu aku nangis. chad meninggal. tapi nasib baik dia kenal Tuhan dulu sebelum bertemu Tuhan. sbb aku jatuh cinta pada chad. kisah kedua pasal k^2. k^2 ni kwn si fend. roughly kisah mereka sama. cuma k^2 lebih keras hati dr fend. fend dulu sng je berubah walau ada liat sikit. tp k^2 lg liat tp fend tak pernah berenti berdakwah. malah mereka backpack again to aussie dan jumpa mereka2 yg telah mengajar fend dan chad pasal agama. dan at the end, mereka berada di atas jalan yg benar. sweet friendship ending ever. quote the best, "the man decided to change on 12th hour died on 11th hour." paham? nak berubah terus berubah tak payah nanti2 dah.

ANTHEM: dania dashrin. call her dash. novel ni tragic sikit. dash ni teruk gak ah. dlm sekolah dia sorg rebel taknak pakai tudung. dia kata taknak hipokrit. lepas tu mmg asyik kena kutuk ah. dia ada senior band yg garang, ala2 hitler suka dera dia masa dlm band. dia sorg je kt malaysia, family dia kt india masa ni. parents kerja something kedutaan so selalu gak pindah randah. masa dia cerita makanan kat india, aku rasa nak makan je semua makanan india ni. eheh. lepas tu baru tahu parents dia kawan parents si hitler tu, lee. once dash habis spm kot, dia join satu kem and masa tu she's trying to change. tapi dia sembunyi dr parents dia. fikir ah cemana dia try tutup aurat dgn pakai topi, mafla tutup leher semata2 taknak kantoi dgn parents. tp kantoi dgn adik dia bila dik dia tgk gambar dkt fb. lepastu sambung study sama tempat dgn lee, dekat university of aberdeen jugak sama cm trisy. dorg couple. tp lama2 dash rasa benda tu salah so dia clash. lee igt dash ada bf baru padahal tu cousin dia, lekiu alah yg suka trisy dlm rooftop rant tu. end up, dash berani kan diri pakai tudung and baju kurung depan parents dia, dia try to change haikal, adik dia jugak. and lastly, lee masuk meminang. see, cinta yg diketengah ni semua halalan tayyiban. best quote ever:



VERSUS: sbb ni baru baca tadi. minn edina dgn ashraff omar. dua2 budak skater, tapi minn dah berubah jd baik dulu before dia kenal dgn ashraff, AO. kejap je AO ada perasaan kt min, terus dia mintak minn bg mereka peluang. terima dia bila dia berubah nty. lepas tu ao sambung belajar dekat sydney. masa tu he's change for good. bila minn jumpa dia a year after, dia nampak ao berubah. tp mcm sama level 'baik' ah dgn minn. tp bila balik cuti summer, ao ajak minn pegi program dekat cerakah. masa tu minn rasa ao berubah terlalu kedepan. so dia rasa dia sgt lah tak layak utk ao. so dia tinggalkan ao without any notices for 1 year half. masa tu dia perbaiki diri dia menjadi lebih baik dgn kawan dia, kazen ao iaitu jasmin. tp yg aku sedih tu, patutnya ao balik cuti summer tu nak bertunang dgn minn tp minn pegi hilangkan diri -.- lepas tu nk ckp jodohnya mereka, tetiba sambung study dekat u sama dekat aussie, bilik pulak sebelah2. one day minn kena spiked, terus ao ajak min kahwin. sweet gila i could die. haha. hai ao, ni min yg yasmin ni nak? wahahaha. kbai.


5 TAHUN 5 BULAN: sorrrrry ni aku tak baca lagi so tak dapat nak bebel. kalau aku raji, lepas baca aku buat entry khas tp selalunya aku tak rajin. hehehe. bye uolss.
 
salam sayang,

1 Criticism:

nanad said...

nice :) do follow me..

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~