"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

16 June 2016

Catatan Ramadan Day 12: Saf


Dah lama nak menaip. Since hari ke6. Tangguh ke7, ke8 sampai lah lani hari kedoblas dah woih! Baru ada mood nak menaip. Padahal tiap2 hari ada ja idea nak menaip. Lagi mencurah idea lagi2 masa teraweh pulak tu ceh tak patut betul.

Okay let's talk about saf. Since i'm in form 1, i've been trained into rapatkan dan luruskan saf masa usrah dgn badar smss. wuuuuu. Yelah masa orientasi solat jemaah kat arRahman, kena marah ngan Kak Nadia sbb tak rapatkan saf sbb masetu aku dah solat, mana tau boleh je jalan rapatkan saf? Aku tak belajar lagi masetu wuwuwuw tak memasal kena marah terus cop dia senior garang luls nasib baik cantik!

K tutup cerita tu. So aku nak cakap sekarang ni, bila berhadapan realiti sebenar, tak lah semorang tahu mcm mana nak rapatkan saf erti sebenar. Sebab biasalah, nanti sempit nak duduk tahiyat akhir kot? Wuisy kalau solat kat shas rapat sampai tak dan nak duduk tahyat akhir weh! Huhu. Isy susah ah taip kat laptop takde emoji wuwuwuw *nanges*. Aku pernah je berhadapan dgn org2 yg jenis tak nak rapatkan saf. Eh kalau dia taknak, aku yang pi rapatkan. Tp aritu sentap makcik tu suruh aku ketepi sbb dia taknak rapat wuwuwuw nanges. Tp takpelah dia ada sebab mungkin dia takley rapat2 takut semput. Husnudzon ket. Yg lagi sadis, ada yang taknak berganjak ke saf depan. Ni lagi menangis saf lompang terus. Masalah nya pada aku, aku tak reti nak cakap suruh org kedepan. Aku hanya mampu berhuhuhu. Tp lepas habis solat tu, sib baik ada yg kedepan. Tahun lepas, ada adik tu sebelah aku taknak rapat. Aku pun beranikan diri ckp ngan dia, meh sini rapat sikit tp dia buat bodoh. Wuwuwuwuw kecewa weh. Ingat senang ke aku nak kumpul kekuatan bersuara? Alih2 kena bolayan sobs. Berhuhu lagi aku malam tu.

Lagi satu ni, aku nak cadangkan masjid takyah letak sejadah. Pakai karpet dah lah. Sbb ada yang jenis bila letak sejadah ni, ertinya satu sejadah satu orang. Kalau lagi lebar sejadah, lagi lebar lah space nya. K huhu lagik. Huhu sebab tak reti nak tegur sobs. Sbb yg buat ni selalu orang2 tua. Kalau kakak aku yg buat senang je aku ckp, "rapat sini cik. Ni ada space ni nak setan duduk sini?" nasib baik dia tak menjawab ni bulan puasa takde setan.

So tips pasal saf. First before start solat, make sure ruangan depan dah penuh. Jangan kau dah tahu dok belakang sekali terus start solat. Kang tak memasal kau sorang je kat saf tu sebab yang lain semua ke depan haaa kena tinggal tak tauuu! Kalau dah start solat, then tetiba org sebelah kau rapat ke kanan, kau gerak lah kekanan even dah solat. Janji tak lebih tiga kali ke kanan. Kalau rapatkan saf pulak, utk tau saf lurus ke tak, tumit belakang sebaris tp since perempuan kan pakai telekung, aku tengok bahu je lurus ke tak. Simple je sebenarnya tips ni.

Try lah buat insyaAllah tak susah. Rapatkan saf, luruskan saf, penuhkan saf depan. Sbb personally siapa tak penuhkan saf depan ni aku rasa selfish hihi sorry kalau harsh. Tu je dah habis tulis. Kbai. Next entry about Tips Berpantang woot woot!

p/s: Result nak keluar lagi setengah jam weh. Mohon doakannn semua lulus!

Salam Sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~