"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

20 November 2013

the birth of a family


yoon jae - soo jung - ye ri - jin hee - soo ho *ji hoon takde. sobs*


eksaited sangat aku nak tulis entry pasal cerita ni. ni drama korea dekat channel one or tekan 393 dekat remote control anda. start pukul 10.10 mlm smpai 11.50. dia balun 2 episod terus. dari hari isnin smpai jumaat. cerita ni dah nk habis dah. isnin depan habis. 26 nov ni nak start drama lain pulak. cerita ni sebenarnya episode beratus. tp aku tak layan dr awal. ni pun mama yg asyik tukar channel ni maka aku pun terbiasa tengok jugak. aku mula2 tgk tak layan jugak. tp sejak 2 minggu lepas aku jd addicted dgn drama ni. drama ni mmg best. at least tak cliché macam drama melayu sekarang yg semua penerbit dah malas nak piker. sbb tu semua pakat amek dr novel je sekarang. bhahaha. aku mengutuk. k stop.

cerita ni mmg penuh rencah lah. kisah family, cinta semua ada. family yg kucar kacir, terlalu manja kan anak smpai yeri jd melampau but at one turning point, yeri akan berubah dan terima soojung as kakak tiri dia jugak. kisah puan ma sakit ketumbuhan otak tp sanggup tak jalani pembedahan sbb taknak risaukan anak2. kisah pengorbanan seorang kakak dengan adik tiri dgn adik angkat. paling menarik pasal percintaan soojung. dia cintakan encik han tapi dia kesiankan yoonjae yg banyak berkorban utk dia, so dia putuskan hubungan dgn encik han and pilh yoonjae. masa tu aku mmg alah soojung ni, encik han lg hensem kot. tp bila tgk main cast cerita ni mmg yoonjae so aku assume, mmg akan berkahwinlah dorg ending nanti. biasalah kan mcm cerita melayu, hero heroin mesti menyatu pulak. mmg frust aku nk tgk kesudahan nanti.

tapi mama bagi idea menarik kat aku. mama pegi tengok guide, info sinopsis setiap episode. so aku pun dah tahu lah serba sikit ending cerita ni. yeay. walaupun tak berapa nk surprise tp aku lagi suka. kalau aku baca novel pun, aku tgk ending jugak. haha. ape yg membahagiakan aku yoonjae break up dgn soojung so that soo jung dpt pilih encik han. how sweet kan? so aku mcm bahagia je tgk sekarang sbb aku tahu at last dia pilih encik han jugak. dah lah hensem. bhahahaha. ending dia semua bahagia lah tp aku agak mcm puan ma akan mati je. macam lah. ntah kita tgk ending jelah isnin depan.

aku nk tulis entry sbb smalam aku buat rekod menangis tgk cerita ni dua2 episod ni. sampai kantoi dgn mama. malu eden. haha. memang sedih ouh part semalam. episode dh nak kemucak kan, semua pun sedih. sebelum kegembiraan menyusul. dahlah cerita before tu the strange housekeeper aku menangis jugak. berturut menangis. aku rasa memang nk kena ajar diri sendiri ni. aku rasa aku tak boleh tgk org menangis, sbb aku akan menangis sekali. poor me. okay tu jela cerita aku kali ni.

salam sayang, 

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~