"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

27 January 2013

dia rindu kau sekejap.


tatkala kesunyian menyapa diri, mulalah fikiran gatal mengenang kenangan lampau yang sukar dibuang dari kotak fikira. kejap! ini bukan cerita novel. harap maklum :P

dia teringat kau. kau yang pernah menjadi rapat kepada dia. dia teringat masa kau temani dia balik kelas bersama, kau yang selalu stick-kan sticky notes bawah mejanya. kau sungguh sweet. kau yg tak mengira paras rupa untuk dijadikan ukuran. kau yang selalu memujuk dia dikala kesedihan. namun ada seseorang yang memendam rasa, ketidakpuasan hatinya dilemparkan kepada kakaks (maksudnya ada ramai kakak) lalu kakak2 itu menegur dia. dia menangis, teruk yg amat. kenapa harus ada cemburu di hati manusia. manakan sesebuah pasangan akan aman kalau begitu jadinya. namun itu bukan alasan terlerainya sebuah percintaan. kukuh? ya, amat kukuh. dia sayang kau, kau sayang dia. gambarnya yg ayu pernah menghiasi wallpaper henfon kau. betapa setianya kau walaupun dia tidak cantik dan banyak cacat celanya. ya, dia tidak sempurna! 5 bulan tidak bersua, namun itu bukan alasannya. sepanjang masa itu dia banyak belajar mengenai sesuatu. apa yang dia tahu, couple itu haram. sunggub dia takut pada masa itu. dia sayang kau namun dia tidak tegar utk melanggar perintah Allah. dia pernah menyuarakan isi hatinya namun kau pula tidak memahami. katanya sayang sangat. kedua-dua mereka tidak menginginkan sebuah perpisahan. air mata mengalir di pipi dia dan kau. akhirnya kata putus diambil. 3 hari selepas genap umurmu 18 tahun, dia meminta perpisahan. anehnya tiada rasa menyesal di hatinya. kau juga turut menerima dgn hati yg terbuka. dia merasa itu yang terbaik buat dirinya dari terus bergelumang dengan dosa. maka selepas itu, tiada istilah percintaan haram pada yang bukan muhrim dalam dirinya. dia ingin cinta yg halal disisiNya. kau pula sedang bersama dengan yang lain. dia doakan kau bahagia. bagi dirinya, dia inginkan seorang imam buat dirinya bukan boyfriend semata2.

hasil nukilan,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~