"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

06 January 2013

i can define my title as HOORE HOORE


kenapa hoore hoore. itu tajuk filem lah kakak. film utk menghargai Allahyarham Sudirman tapi aku tk tipu, aku bagi 5 bintang tau utk cerita. pegilah tengok sendiri. cerita ni lengkap dengan setiap rasa. pasal cinta, agama, kecantikan, persahabatan dan kekeluargaan and plus lagu lagu Allahyarham yg sememangnya aku suka sejak dulu kala. ibarat masakan yg lengkap dgn garam, gula, ajinamoto etc etc.

aku tk tahu mcm mana nak cerita pasal cerita ni. apa yg aku tahu, kecantikan luaran akan pudar bersama masa manakala kecantikan dalaman itulah yg hakiki. so kt sini, aku nk share kata-kata yg aku copy straight from that film.

“jika kerana paras rupa engkau jatuh cinta, cinta itu akan hilang bersama pudarnya kecantikan itu.” – maskulin cinta.

“Iman lawa apa. cantik tu dari hati tau. buat apa muka cantik mcm bidadari tapi perangai cingai” – nenda

“apa yg penting, kita kena yakin diri dan berani buat perubahan.” – nenda

“Iman kena ikut resam matahari. org suka ke tak, matahari tetap bersinar sbb org dpt manfat dari dia” – johari

“sahabat sejati takkan pernah berubah hati. biarpun musim selalu berubah.” – nenda

rizal : dlm hidup bermasyarakat yg banyak ragam, bagaimana cara utk hidup bersama?
aiman : jari jari kita pun takde yg sama. apa jadi kalau semua sama? perbezaan itu utk saling lengkap melengkapi dan menyempurnakan. itu yg membuatkan dunia kita lagi menarik. jadi, tk perlu takut utk jadi berbeza.

lia : mak suka lah kan iman ikut jejak mak, waris ratuu. waris apa kalau masuk neraka!
nenda : malam ni baru mak sedar rupanya syurga dan neraka tu dah ada dlm tgn lia.

“dalam mendidik anak, kita kena jadi penonton bukan penghukum, bukan penghalang. biar iman cari dan bina keyakinan dia sendiri. lepaskan mcm layang2. tinggi mana pun masih boleh dijaga.” – nenda

“ramai yg pakai tdung tapi hati tidak. akhirnya jadi fitnah agama. ayah tknak iman rasa terpenjara dlm agama. niatkan dalam hati supaya dpt jd contoh dan bukti bahawa perintah agama itu bknnya satu pasungan bagi kaum hawa.” – hairil

tu jelah kot yg boleh di kongsikan. tk rugi layan hoore2 ni. selain dpt menyanyi! hehe. suara dahlah semua sedap. cuba bagi aku menyanyi sikit, lebat tk lebat hujan tengok. sekian wassalam.

salam sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~